Wednesday, August 28, 2013

225. Review : Elysium (Spoiler Alert)

Mengisahkan keadaan di mana pada tahun 2154 yang mana Bumi sedang tenat ( ni subtitle kat panggung tulis). Orang yang kaya akan hidup di sebuah space station yang bernama Elysium. Dekat sini, mereka dapat menghirup udara yang segar dan bersih. Mereka juga mempunyai sebuah alat yang dapat mengubati apa sahaja jenis penyakit. Manakala orang yang miskin hanya tinggal di bumi yang tenat tadi.

Elysium
Cerita ini mula apabila hero bernama Max terdedah dengan radiasi yang tinggi masa bekerja. Ia menyebabkan Max hanya mempunyai lima hari sahaja untuk hidup. Beliau bertekad untuk ke Elysium bagi mengubati badan beliau. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la layan filem ni kat panggung yang berdekatan.

Apa yang buat aku nak tengok filem ni satu je iaitu pengarah filem ini ialah pengarah yang sama mengarah filem District 9. Aku mengharap sesuatu yang berlainan daripada beliau.

Apa yang aku dapat?
Yang ni body mantap. Wank mesti nak tiru ni.
Lakonan mantap daripada Matt Damon yang melakonkan watak hero iaitu Max.

Tak cantik sangat la pulak dalam ni.
Ramai yang kata lakonan Jodie Foster agak kayu dalam filem ni. Tapi aku rasa dia sengaja buat-buat belakon macam tu sebab nak tunjuk perbezaan antara manusia di Elysium dan Bumi.

Habis jahat la tu?
Lakonan Sharlto Copley pula sebagai orang jahat bernama Kruger kali ini memang nampak jahat. Cuma accent english dia buat aku rasa menyampah. Mungkin juga disengajakan bagi nampak lebih jahat. Tak tahu la aku.


Watak-watak lain biasa sahaja pada aku. Nak kata penting, tak penting. Nak kata tak penting, penting la jugak. Watak-watak lain macam Spider, Frey, Julio dan lain-lain. Yang bagusnya filem ni tak fokus pada banyak watak. Takdelah rasa pening apa kaitan orang ni dengan orang tu dengan orang sana dengan orang situ dengan orang sini.

Untuk jalan cerita pula, filem ni cuma mengambil topik biasa sahaja iaitu politik, kaya dan miskin. Yang bagusnya filem ni diletakkan dalam genre sci-fi. Boleh menarik perhatian orang muda untuk ambil tahu sikit. Bukan berhibur je. Okay, aku tak tahu apa aku merepek dah.








Korang boleh rasakan kehebatan filem ni dengan tengok gambar je?

Apa yang aku boleh kata, aku puas. Ending filem ni jugak cuba memberitahu yang mana tiada kesenangan yang datang tanpa pengorbanan.

Aku merepek lagi. Sekian.

NotaKaki : Nak bagitahu tak ni? Dah berapa bulan dah ni.

Monday, August 26, 2013

224. Nothing Good Happen After 2AM


Amboi. Bukan main kau punya tajuk kan. Sebenarnya tajuk tu aku ambil daripada sitcom 'How I Meet Your Mother'. Aku tak ingat season dan episod berapa.

Apa yang aku nak fokuskan kat sini ialah, betul kan? Cuba korang fikir-fikirkan. Benda yang buruk selalunya jadi time-time tu la. Kan masa tu ramai yang dah tidur.

Nasihat aku, sila balik awal. Kecuali korang nak lepak dengan kawan yang lama gila tak jumpa ke, kawan baik korang ke. Cuma lepaklah kat tempat yang ramai orang. Cuma, tempat ramai ni selamat ke ek? Hmmm..

NotaKaki : Sedih woi!

Thursday, August 22, 2013

223. Langkah meniaga - Nasihat Dari Kawan

Sebelum-sebelum ni aku pernah cerita yang aku ada berniaga. Boleh usha fbpage, twitter atau blog SePena Raya untuk lebih lanjut.

Semalam aku sempat berborak lama dengan kawan dari sekolah aku. Aku panggil dia Ucop. Biarlah nanti dia dapat apa-apa gelaran Dato' ke Tan Sri ke, aku tetap nak panggil dia Ucop. Tapi kalau dia tak layan aku nanti, aku tak boleh salahkan dia la.

Masa tengah borak-borak lama tu. sempat aku mintak nasihat daripada dia untuk perniagaan yang aku jalankan. Untuk mana-mana rakan kongsi aku atau yang nak mula niaga boleh ambil nota dengan apa yang aku nak kongsikan ni.

Lepas melalui proses nasihat yang panjang, aku boleh simpulkan ada beberapa langkah yang penting perlu aku buat yang mana ada yang aku tak buat. Kata Ucop ni ramai yang lupa untuk buat langkah pertama dan kedua. Kata Ucop lagi ramai yang terus lompat ke langkah ketiga, keempat dan seterusnya.

Dah tu, apa langkah-langkah dia tu? Sabar. Nak kongsi la ni.

1. Analisa

Apa yang dimaksudkan dengan analisa? Banyak tapi boleh diringkaska buat kajian dulu pasaran perniagaan, sasaran perniagaan, persaingan dan lain-lain.

2. Objektif dan Strategi

Yang ni boleh dikatakan apa objektif perniagaan yang dilakukan. Contohnya dalam sebulan objektif perniagaan nak dapat sekurang-kurang 5, 10, 20, 40, 80, 160, 320 atau lebih pelanggan. Dalam sehari sekurang-kurangnya seorang, dua orang, empat orang, lapan orang, enam belas orang, tiga puluh dua orang, enam puluh empat orang atau lebih yang 'like' fanpage fb kita ataupun 100, 200, 400 atau lebih orang yang menjenguk blog.

Dalam meniaga ni juga kita perlukan strategi. Oleh itu, senaraikan sebanyak mungkin strategi yang boleh difikirkan. Tak kisah jika strategi itu dikatakan mengarut seperti meletakkan papan iklan di bulan contohnya. Sponsor PM Malaysia ke sana sini. Apa sahaja yang boleh difikirkan.

3. Pilih yang bagus

Selepas senarai strategi, pilih yang mana paling terbaik untuk situasi dan modal perniagaan. Jangan pilih yang mana kurang mendatangkan kebaikan kepada perniagaan yang dipilih.

4. Perlaksanaan

Dah pilih? Buat sungguh-sungguh. Jangan hangat-hangat taik ayam. Baru buat sebulan dua, bila tak nampak hasil. Senyap. Jangan. Dengan tidak membuat apa-apa, modal takkan datang balik.

5. Kaji Balik.

Lepas buat semua itu, dalam masa ke semasa kaji balik apa yang dibuat. Capai tak objektif yang dipilih. Kalau capai, apa objektif seterusnya? Apa strategi seterusnya? Kalau tak capat. Kaji balik apa silap kita.
Lepas aku dengar-dengar, memang banyak lagi aku perlu belajar.

NotaKaki : Mee ramen tu apa woi?

Thursday, August 15, 2013

222. Aku Frust Ni!

Abang aku baru lepas selesai kahwin. Oleh itu aku dah ada kakak ipar la. Masa mula-mula hari tu semua adik beradik aku tak tahu nak panggil apa dekat kakak ipar aku tu.

Aku bagi cadangan Kak Yong sebab aku panggil abang aku Ayong. Mula-mula ada yang kata okay je. Yela, tak best la kan kalau takde apa-apa nak panggil. Kurang mesra orang kata kan.

Tapi semalam abang aku kata kena panggil Kak Long. Sebab? Kalau ada anak saudara kakak ipar aku kata Kak Yong tu jadi Mak Yong. Bunyi tak best.

Aku frust.

NotaKaki: Cuti seminggunpun macam tak cukup je nak kemaskan rumah lepas kenduri kahwin ye.

Thursday, August 1, 2013

221. Rahsia Besar


Aku rasa aku dah tak dapat simpan lagi rahsia ni. Dah dua hari aku simpan. Rahsia mungkin akan memudaratkan umat manusia kelak. Aku tekad ni. Aku nak bagitahu jugak ni.

Korang semua dah ready belum?  Aku harap korang tabah ye. Banyak-banyakkan isthigfar lepas ni tau.

Rahsia dia adalah aku lapar gila puasa dua hari ni.

Terima kasih.

NotaKaki: Aku rasa tak patut terburu-buru macam dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...