Tuesday, July 23, 2013

218. Jilat Ludah Sendiri?


"Tak habis-habis dengan orang berlari korang tu." Kata aku kepada Nana dan Razimey.
"Ekelen, kau ni asyik tengok orang berlari je. Tak boring ke woi?" Kata aku kepada Abang kacak bilik aku.
"Hmmm, asyik-asyik orang berlari je."Kata aku kepada dia.

Antara dialog-dialog yang pernah aku lontarkan kepada kenalan aku bila dorang bukak topik atau tengok orang berlari. Aku jadi tak boleh blah betul. Aku sebagai lelaki yang rock dan power takkan la nak kena ambil tahu apa itu orang berlari kan? Lagipun baik aku tengok orang masak. Baru la rock. Ada gak faedah kepada diri aku kan.

Aku ambil jalan mudah, aku kutuk la kaw-kaw dorang semua tu. Yela, lagipun banyak lagi benda boleh buat daripada buang masa tengok orang berlari kan?

Tapi satu hari di malam ketika bulan ramadhan, aku boring. Boring gila ni. Tak tahu dah nak buat apa. Aku baring dalam bilik. Gelisah. Keluar bilik. Tengok televisyen, haram tak pernah nak ada cerita best. Aku skodeng awek sebelah blok. Haram. Aku tengok handphone. Takde message. Takde missed call.

Aku masuk bilik, tengok abang kacak tengah layan orang berlari. Aku ambil bantal. Aku baring sebelah dia.

Kah Kah Kah Kah kah kah kah

Cilake, aku gelak sekali kenapa pulak ni.

Tak pasal-pasal kena tengok episod lain pulak.

NotaKaki : Mungkinkah yang terakhir?

5 comments:

  1. Replies
    1. kau tak abis boring lagi macam aku...haha

      Delete
  2. wank ko sket hari jer tu. aku bg tip kt hang, kalo nak ngorat awek, baik hang tgk orang berlari. kompom dia syg kt hang. muahaha

    ReplyDelete
  3. gotcha!! it's lelaki berlari.....yeay! hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...