Tuesday, July 9, 2013

214. Mee Segera Sup

Aku excited gila semalam. Kalau korang nak tau kenapa, korang kena baca la. Kalau taknak tau pun, baik korang habiskan. Takut termimpi-mimpi masa korang tidur nanti.

Semalam kan, aku dari opis lagi terngia-ngia nak makan mee segera sup. Ala-ala macam mee ramen jepun la. Kalau tengok naruto tu, lebih kurang macam dia makan la, muka aku jadi dalam kepala otak aku. Tak boleh jadi. Kena buat jugak ni kata hati aku.

Balik je, aku pergi potong rambut dulu. Biar nampak hensem sikit masa membeli bahan-bahan kat pasaraya Giant nanti. Bila dah hensem, aku terus ke Giant. Rasa awek-awek usha je aku masa tu. Payah.

Lepas berlegar-legar dalam tu. Aku buat keputusan beli ayam sikit, daging sikit dan sup bunjut. Aku bayar. Balik. Lagipun takde awek yang berlegar-legar sangat dah. Lagipun kepala otak aku dah terbayangkan betapa sedapnya mee segera sup aku nanti.

Sampai je kat rumah, aku sediakan bahan-bahan. Potong ayam dan daging jadi saiz besar sikit la dari dadu. Aku rebus ayam dan daging tersebut dalam air yang aku dah sukat. Tak lebih dan tak kurang. Terbaik.

Lama jugak aku rebus, sempatla aku buat benda lain masa tu. Kemudian aku letak sup bunjut. Tak lama lepas tu, aku letak pula mee segera yang aku dah beli siap-siap. Aku beli yang kosong, takde perempah. Aku memang aim lama dah. Masa tu jugakla perut aku berbunyi-bunyi tanda lapar kan. Aku sabar.

Aku pergi mandi dulu. Lepas dah siap-siap, aku tengok mee segera sup aku dah siap. Apa lagi, aku ambil mangkuk. Letak kesemua mee segera sup aku ke dalam mangkuk tersebut. Rendam periuk sebab ada yang melekat. Aku angkat mangkut yang dipenuhi mee segera sup tu ke arah berdekatan televisyen. Aku letak atas tin biskut. Yela, rumah bujang mana rock makan atas meja makan.

Aku pegang sudu dan garfu. Ambil sikit sup. Hmmm, sedap. Tapi kan. Korang tahu tak yang ada something lain la dengan mee segera sup aku ni. Sampai sekarang aku tak tahu apa. Aku suspek sebab aku tak letak bawang langsung.

Hmmm..

NotaKaki: Hari ni nak buat lagi tapi kali ni mesti sedap. Aku ada beli bawang ni.
NotaKukuKaki: Selamat berpuasa kepada semua yang diwajibkan berpuasa esok hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...