Sunday, July 28, 2013

220. Dah buka


Aku ingat lagi masa mula-mula nak belajar puasa dulu, orang kata memang payah. Benda tak biasa la katakan. Masa tu, tengok epal pun nampak sedap. Air coke seminggu pun boleh je nak minum.

Pernah satu masa tu aku baik punya layan jejak rasul yanf entah ke berapa masa tu. Bila dah habis, aku tutup tv. Berjalan ke meja makan. Minum. Lega. Lepas tu mama aku tanya.

"Dah buka ke?"

Aku terkejut.

"Dah la mama." Jawab aku.

Masa tu, ada kakak aku buka tv balik. Kat tv keluar orang baru baca doa buka puasa.

Aku kecewa.

NotaKaki : Besok ke Shah Alam balik.

Saturday, July 27, 2013

219. Penyelesaian kesesakkan di Kota Bharu.


Aku pelik, setiap kali balik Kota Bharu je mesti rasa teruknya jem kat sini. Pernah satu tahap tu aku taknak keluar rumah pun sebab nak elak jem yang maha luar biasa. Cuma kadangkala terpaksa.

Semalam sempat la aku teman abang aku siapkan urusan kahwin dia yang last2 minit punya kan. Aku pun usha-usha la apa punca dia kan.

Lepas kaji-kaji, buat hipotesis bagai. Penyelesaian dia untuk orang-orang Kota Bharu ni ialah sila ikut sistem jalan raya dengan betul.

Sekian.

NotaKaki : Laju jugak line kampung aku ni.

Tuesday, July 23, 2013

218. Jilat Ludah Sendiri?


"Tak habis-habis dengan orang berlari korang tu." Kata aku kepada Nana dan Razimey.
"Ekelen, kau ni asyik tengok orang berlari je. Tak boring ke woi?" Kata aku kepada Abang kacak bilik aku.
"Hmmm, asyik-asyik orang berlari je."Kata aku kepada dia.

Antara dialog-dialog yang pernah aku lontarkan kepada kenalan aku bila dorang bukak topik atau tengok orang berlari. Aku jadi tak boleh blah betul. Aku sebagai lelaki yang rock dan power takkan la nak kena ambil tahu apa itu orang berlari kan? Lagipun baik aku tengok orang masak. Baru la rock. Ada gak faedah kepada diri aku kan.

Aku ambil jalan mudah, aku kutuk la kaw-kaw dorang semua tu. Yela, lagipun banyak lagi benda boleh buat daripada buang masa tengok orang berlari kan?

Tapi satu hari di malam ketika bulan ramadhan, aku boring. Boring gila ni. Tak tahu dah nak buat apa. Aku baring dalam bilik. Gelisah. Keluar bilik. Tengok televisyen, haram tak pernah nak ada cerita best. Aku skodeng awek sebelah blok. Haram. Aku tengok handphone. Takde message. Takde missed call.

Aku masuk bilik, tengok abang kacak tengah layan orang berlari. Aku ambil bantal. Aku baring sebelah dia.

Kah Kah Kah Kah kah kah kah

Cilake, aku gelak sekali kenapa pulak ni.

Tak pasal-pasal kena tengok episod lain pulak.

NotaKaki : Mungkinkah yang terakhir?

Saturday, July 13, 2013

217. Kekeliruan di bulan ramadhan

Pernah tak korang keliru apa yang boleh dan apa yang tidak pada bulan ramadhan contoh sekarang ini. Kalau pernah tentang apa? Niat? Hadas besar? Korek hidung? Atau korang termuntah, batal ke tak ni. Korang berjalan jauh, patut puasa tak ni. atau banyak lagi?

Siang tadi masa aku tengah mentwitterkan diri, ada yang kongsi link ni. Dan aku terasa sangat tergerak hati untuk kongsi dengan korang. Sebab aku tahu ramai yang masih keliru. Malahan aku sendiri pun camtu gak.
Link tu bawa aku ke web masjid negara.

Sebab aku tengah rajin, aku copy untuk korang. Baca lah. Cuma nasihat aku, lebih bagus kita bertanya pada yang pakar secara berdepan. Jika ada yang kekurangan, korang boleh terus tanya kan? haa gitu.

Artikel : Tanggapan Salah Perkara Yang Membatalkan Puasa

Ini adalah perkara yang biasa kita dengar mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa atau pun kurangkan pahala puasa.Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.
Antaranya ialah :

1. Mandi Masa Puasa

Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh.

Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

2. Memasukkan Ke Rongga

Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga.

Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:

“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).

Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad.

Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

3. Tidak Mandi Junub

Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa.

Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

4. Muntah

Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah.

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).

Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

5. Imsak

Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh.

Firman Allah: (maksudnya)

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Sabda Nabi s.a.w pula:

“Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Musafir

Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa.

Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)

“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:

“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

7. Tidak Sengaja

Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali.

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al- Bukhari).

Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal. Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

Harap apa yang aku kongsikn ni dapt bantu korang. Sekali lagi nasihat aku, lebih baik korang bertanya secara terus. Mudah jika ada soalan lanjut yang ingin ditanyakan.

Sumber : web masjid negara dan twitter. Terima kasih pada yang berkongsi.
Notakaki: Cepat sangat dah rasa sekarang. Macam tak cukup je.

Friday, July 12, 2013

216. Lelaki memasak?


Pernah tak korang lelaki yang bujang-bujang ditanya soalan "Korang makan kat mana malam-malam?" oleh sesiapa pun? Hatta baik lelaki, perempuan, makcik, pakcik, tokey kedai ke sesiapa je. Mesti pernah kan? Untuk yang memasak mesti pernah dengan ayat "Yela tu, tak percaya lah aku" apabila kau jawab kau memasak je kat rumah.

Aku sangat-sangat benci apabila orang tak percaya ataupun mengeluarkan ayat yang lebih kurang gitu. Kenapa pemikiran masyarakat kita terlalu spektikal tentang perkara ni ek? Takkan perempuan je yang nak jimat. Lelaki semua nak boros? Cuba la gunakan akal fikiran yang diberi oleh tuhan tu seelok-eloknya.

Dan siapa kata kalau berkahwin, hanya isteri je yang memasak? Itu orang-orang yang kuno je yang fikir gitu. Apa salahnya bila suami memasak? Walaupun untuk sekali sekala kan? Tukar selera sikit. Sikit pun tak salah.

Ok, aku mengaku kalau masak mungkin tak sepower orang-orang yang power masak. Tapi sekarang ni dah tahun 2013. Ianya sangat bodoh bila kau kata tak tahu masak. Ianya lebih betul jika kau kata kau malas nak masak. Sekarang semua di hujung jari. Nak resepi? Cari je dalam internet. Nak tahu potong bawang? Cari je. Apa lagi? Potong ikan? Cari je. Aku pun boleh je tanya kawan-kawan aku bila tak tahu nak buat semua tu. Nak taknak je.

Lelaki ni cuma satu sahaja, taknak menunjuk yang mereka-mereka ini tahu memasak. Tapi kalau dah diajak, janganlah korang kacau dorang memasak. Pantang woi. Mereka-mereka ini ada cara tersendiri. Sampai kalau korang tengok dapur bersepah ke hancur ke. Biarkan. Pandailah dorang nak bersihkan nanti. Kecuali macam aku. Pemalas.

So, tolong tukar ye pandangan anda-anda semua tu. Lelaki zaman sekarang pun reti memasak. Walaupun sekadar mee segera.

Peace.

NotaKaki: Rasa nak pusing Shah Alam je kan.

215. Asus eee Pad Memo me171



Baru-baru ni aku ada cerita tentang baby baru aku? Tapi dalm entry tu aku tak bagitau apa mende.

Macam ni jela bentuk dia.
Benda ni aku terniat nak beli bila abang aku ajak kongsi duit antara aku, dia dan kakak aku beli sebuah untuk ayah aku tapi model yang lain.

Masa tu aku fikir banyak kali gak. Nak beli ke tak. Bukan apa, aku ni tak berapa suka keluar duit untuk something yang aku takut tak pakai. Walaupun aku nak gila-gila benda tu.

Lepas fikir masak-masak, aku angkat gak satu. Aku pilih yang ni sebab paling murah. Serius aku tak kisah kalau aku tak ikut peredaran zaman teknologi sangat sebab aku tahu aku masih tak perlu sesetengah function dalam benda-benda yang baru atau tak pakai pun. Orang Malaysia ni pakai la handphone ke tablet ke yang mahal-mahal dan canggih-canggih, masih cari kertas gak bila nak pergi beli kat pasar ataupun salin nota masa dalam kelas. Toksah nak bohong ke aku la. Bukan aku tak pernah nampak. Banyak kali pulak tu.

Lagipun bila dah godek-godek, aku berpuas hati jugak la dengan model ini. Tak sia-sia berjalan jauh, keluar duit dan fikir masak-masak. Boleh update blog sokmo. Kahkahkah.

Spec dia korang boleh tengok kat sini.

NotaKaki : Senyap terus? Ok.

Tuesday, July 9, 2013

214. Mee Segera Sup

Aku excited gila semalam. Kalau korang nak tau kenapa, korang kena baca la. Kalau taknak tau pun, baik korang habiskan. Takut termimpi-mimpi masa korang tidur nanti.

Semalam kan, aku dari opis lagi terngia-ngia nak makan mee segera sup. Ala-ala macam mee ramen jepun la. Kalau tengok naruto tu, lebih kurang macam dia makan la, muka aku jadi dalam kepala otak aku. Tak boleh jadi. Kena buat jugak ni kata hati aku.

Balik je, aku pergi potong rambut dulu. Biar nampak hensem sikit masa membeli bahan-bahan kat pasaraya Giant nanti. Bila dah hensem, aku terus ke Giant. Rasa awek-awek usha je aku masa tu. Payah.

Lepas berlegar-legar dalam tu. Aku buat keputusan beli ayam sikit, daging sikit dan sup bunjut. Aku bayar. Balik. Lagipun takde awek yang berlegar-legar sangat dah. Lagipun kepala otak aku dah terbayangkan betapa sedapnya mee segera sup aku nanti.

Sampai je kat rumah, aku sediakan bahan-bahan. Potong ayam dan daging jadi saiz besar sikit la dari dadu. Aku rebus ayam dan daging tersebut dalam air yang aku dah sukat. Tak lebih dan tak kurang. Terbaik.

Lama jugak aku rebus, sempatla aku buat benda lain masa tu. Kemudian aku letak sup bunjut. Tak lama lepas tu, aku letak pula mee segera yang aku dah beli siap-siap. Aku beli yang kosong, takde perempah. Aku memang aim lama dah. Masa tu jugakla perut aku berbunyi-bunyi tanda lapar kan. Aku sabar.

Aku pergi mandi dulu. Lepas dah siap-siap, aku tengok mee segera sup aku dah siap. Apa lagi, aku ambil mangkuk. Letak kesemua mee segera sup aku ke dalam mangkuk tersebut. Rendam periuk sebab ada yang melekat. Aku angkat mangkut yang dipenuhi mee segera sup tu ke arah berdekatan televisyen. Aku letak atas tin biskut. Yela, rumah bujang mana rock makan atas meja makan.

Aku pegang sudu dan garfu. Ambil sikit sup. Hmmm, sedap. Tapi kan. Korang tahu tak yang ada something lain la dengan mee segera sup aku ni. Sampai sekarang aku tak tahu apa. Aku suspek sebab aku tak letak bawang langsung.

Hmmm..

NotaKaki: Hari ni nak buat lagi tapi kali ni mesti sedap. Aku ada beli bawang ni.
NotaKukuKaki: Selamat berpuasa kepada semua yang diwajibkan berpuasa esok hari.

213. Keluar malam.

Pernah tak korang dimarahi oleh ibu bapa apabila korang balik rumah lewat malam? Mungkin pada korang tidaklah terlalu lewat, mungkin dalam jam 12 tengah malam? Korang merasakan korang memerlukan kebebasan bukan? Pernah tak korang terfikir kenapa ianya terjadi?

Adakah ianya bersifat semulajadi dalam darah daging seorang bergelar remaja dan dewasa? Adakah ianya sifat turun temurun? Ataupun ada faktor yang lain?

Ok, hari ni aku terasa perlu untuk menulis topik ini kerana keluar malam pada tahun 2013 tidaklah terlalu tabu atau janggal lagi. Ini adalah disebabkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk masyarakat tahun 2013 ini.

Cuma masih kedengaran sana sini yang mana ibu bapa memarahi anak mereka yang pulang lewat. Risau barangkali. Ataupun berpura-pura risau? Tidaklah aku niat ibu-bapa korang itu.

Baru-baru ini, sempat aku berjalan dengan rakan aku ketika berlajar di poli, Aniq dan Safwan. Oleh kerana Aniq ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di Uptown Shah Alam. Aku ditinggal seketika bersama safwan.

Sedang kitorang berjalan itu.

Aku: Ada ke patut bawak baby datang tempat gini, time-time gini pulak tu.

Safwan : Tu la, kawan aku pernah kata. Masa dari baby lagi dah diajar keluar malam-malam. Bila budak tu dah besar, nak marah pulak kan.

Pernah ibu bapa, lebih-lebih lagi yang mana mempunyai anak ketika zaman pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu malam ini memikirkan perkara ini?

NotaKaki: Pulau Perhentian ditutup pada hujung tahun pula. Tunda.

Monday, July 8, 2013

212. Baby baru

Saja nak cerita kat korang. Tapi sebelum tu nak bagitau awal-awal akan ada unsur-unsur berlagak dalam entry kali ni.haha.

Nak jadi cerita, weekend ni memang berjalan jela aku. Tu tak masuk jumaat malam tu bermain futsal dengan budak rumah aku.

Hari sabtu aku bermula agak lewat, aku mintak tolong dengan Izzad hantarkan aku ke stesen komuter Padang Jawa sebab kebetulan masa tu dia hendak ke Putrajaya. Kemudian dari situ, aku ke Subang Jaya. Niat di hati ingin membeli sesuatu yang agak rare. Rare di sini pada aku ialah orang tak pandang sangat.

Sampai di Subang Jaya, aku kena menapak dalam satu kilometer untuk sampai ke destinasi. Takdela jauh sangat pun, saja bagi nampk gempak je kat korang.

Sampai ke destinasi yang aku tuju tu, aku masuk ke sebuah kedai. Penuh tapi aku gagahkan diri jugak untuk barang rare itu. Mata aku mencari-cari harga yang ditulis di papan putih belakang penjual itu. Selepas berpuas hati, aku tunggu untuk dilayan. Pelanggan mereka cukup ramai. Nak kata murah sangat, biasa je.

Selepas beberapa ketika, apa yang aku inginkan. Aku katakan barang aku cari. Dia memberi aku harga yang murah sedikit berbanding yang ditulis di papan putih tadi. Aku katakan ok kepadanya. Dia mencari stok tersebut. Mungkin agak payah sebab barang tu kan rare.

Dia jumpa, lepas tu aku godek-godek sikit. Aku puas hati, aku bayar dan blah dari situ. Gembira juga aku selepas itu.  Dan episod perjalan yang baru bermula dari situ.
Owh, nanti jela aku cerita apa yang rare sangat tu. Kalau rajinla.

NotaKaki: Seronok jumpa keluarga dan kawan-kawan kan?

Tuesday, July 2, 2013

211. Soalan dari budak berumur 14 tahun.


Ahad yang lepas, aku sempat berkelah dekat Sungai Tua. Area-area menghala ke Ulu Yam. Try google kalau nak tahu kat mana. Aku pergi dengan keluarga pakcik aku dan kak ngah aku. Sempat la habiskan seharian dekat sana.

Masa nak balik tu, adik saudara aku mengeluarkan satu topik yang membuatkan aku terdiam dan berfikir budak ni terlampau advance la pulak.

Dia: Kan orang tebang pokok nak buat kertas semua kan? Buat surat khabar la apa kan.

Aku angguk.

Dia lagi: Kenapa kerajaan tak bagi je tab percuma kat orang. Lepas tu tak payahla tebang pokok lagi kan?

Aku: Memang tapikan sedangkan kat bandar pun banyak lagi tak dapat line internet, camne nak bagi?

Dia lagi: Sebab tu tak payah tebang pokok. Keluarkan duit tu untuk perbaiki line internet dan bagi percuma atau rendahkan kos untuk pakai internet.

Topik tu terhenti sebab ada kakngah dalam tu. Aku tak suka tunjuk kewarasan aku berfikir depan kakngah aku. Nanti dia tengok aku dah besar.Haha!

So, pada korang. Boleh tak idea adik saudara aku tu diguna pakai? Anyone?

Kalau korang perasan la, walaupun sekarang dah tahun 2013 tetapi ada sesetengah mentaliti masyarakat kita masuh di takut yang lama. Perasan tak?

Nak contoh? FAM, kerajaan, pembangkang, ahli politik, penyokong ahli politik, penyokong bola sepak, cikgu sekolah, ibu bapa dan diri sendiri. Korang tengok ke cermin dan fikir-fikirkan lah kenapa aku kata begitu. Owh, statement ni aku tujukan kat diri aku gak.

NotaKaki : Dah dua hari ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...