Sunday, June 9, 2013

204. Malang Tak Berbau.


Sekitar tahun 2007,aku masa tu tengah menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Awal tahun 2007 tu jugaklah, aku baru sahaja masuk semester dua. Orang kata masa ni, darah muda baru nak naik membuak-buak untuk tinggal di rumah bujang. Itupun aku terpaksa tolak tawaran KAMSIS (asrama untuk pelajar politeknik), barulah aku berpeluang rasa tinggal di rumah bujang. Aku pun tak bagitahu kat parent aku yang aku dapat kamsis tu, kalau tak memang kena tinggal dalam kamsis la kan.

Apa yang aku nak cerita ni, berlaku pada awal-awal sekitar 2007, yakni ketika baru tinggal di rumah bujang tu. Lupa pula, rumah aku tu area Alor Akar, Kuantan. Ada la dalam 15 minit untuk sampai ke poli aku. Tak jauh tapi tak dekat gak.

Satu hari tu di hari sabtu, poli aku ada menganjurkan satu acara larian beramai-ramai (ala-ala merentas desa). Tak silap aku pusing poli tu je. Aku memang cukup suka join walaupun badan aku tak berapa mengizikan aku untuk menang dalam acara tu. Ok, more to semangat aku.

Pagi tu, memang aku dengan budak-budak rumah lain dah bangun awal la nak bersiap-siap. Memang kitorang semangat dan ada yang dalam keadaan terpaksa. Tengah-tengah siap tu, datang rakan sekelas kitorang ( semua budak rumah aku tu satu kelas) sampai rumah tu. Aku namakan dia Hairi (bukan nama sebenar). Masa tu aku agak rapat dengan dia. Pergi poli pun kadang-kadang naik sekali walaupun aku ada motor sendiri masa itu.

Nak jadi cerita, pagi tu aku dah siap-siap dan nak panaskan motorlah untuk ke poli.

"Weh, kita gerak sekali jelah. Naik motor aku." Ajak Hairi.

"Tapi nanti Zack nak pergi macam mana?" Aku cuba menolak. Kebiasaannya kalau tiada aral melintang, aku akan ke poli bersama-sama Zack.

"Ala, suruh je dia naik dengan Baa." Jawab Hairi. Aku pandang ke arah Zack.

“Boleh tak Zack?”

Aku okay je. Jap aku tanya Baa.” Dia mendapatkan Baa. Beberapa tika kemudian dia datang dengan kata okay.

Lepas memanaskan enjin motor beberapa saat, aku dan Hairi bergerak ke arah poli aku. Masa ni, kalau korang nak tahu jalan ke arah poli atau lebih tepat jalan pada waktu pagi memang sentiasa sesak walaupun pada hari sabtu. Lebih-lebih lagi bila dah sampai jalan di kawasan Semambu. Semambu ni boleh dikatakan pusat penempatan pelajar-pelajar poli, cuma tak diiktiraf secara sah oleh poli aku je.

Dah tu, memang waktu pagi-pagi ni memang akan penuh dengan kenderaan-kenderaan pelajar baik kereta mahupun motor.

Sampai dekat depan pusat Semambu ni, aku nampak ada satu motor ni yang dibawa oleh perempuan, yakni awek kata orang-orang muda macam aku.

“Hairi, kau tengok depan tu. Awek dowh!” Kata aku kepada Hairi. Aku menarik putaran minyak untuk melajukan motor aku. Motor yang aku bawa berada betul-betul di sebelah motor awek tadi. Aku dan Hairi senyum.

Datang niat jahat dalam hati aku, yakni ingin mengikut dengan rapat di belakang motor awek tadi. Cucuk angin bahasa mat rempit. Aku memperlahan motor yang aku bawah dan menggerakkan motor itu ke belakang motor awek tadi. Betul-betul rapat.

Aku pandang belakang, aku senyum bangga ke arah Hairi. Kononnya nak tanya power tak aku ni. Hairi pandang ke arah aku, pandang ke depan. Buat muka terkejut dan menunjukkan ke arah depan kepada aku. Aku terkejut. Pandang depan. Aku terasa motor aku berlanggar dengan motor awek tadi.

Aku cepat-cepat menekan brek tangan atau kaki, tak ingat. Tiba-tiba pandangan mata aku bergerak ke arah bawah dan pandangan terakhir aku ialah jalan raya yang dipenuhi pasir. Shit kata hati aku.

Aku betul-betul tak tahu apa yang jadi ketika itu. Mungkin berpusing-pusing aku ketika itu, mungkin juga aku terseret. Aku tidak tahu.

Apa yang aku tahu, bila semua dah jadi stabil. Cepat-cepat aku tengok balik motor awek tadi. Risau.

Apa yang aku nampak ialah motor awek tadi bergerak dengan selamba dan tanpa rasa bersalah bergerak dengan laju ke arah poli.

Cilaka!

Tapi lepas itu aku betul-betul rasa bersyukur gila. Tak fikir apa dah sampailah member aku, Hairi sampai ke arah aku dan menyedarkan aku yang ketika itu berada di tengah-tengah jalan.

4 comments:

  1. tu la tak baca bismillah.. haha

    ReplyDelete
  2. lc aku patah depan sebab accident ngan keta.
    keta tu brek tetiba je.
    selamba je dia blah camtu..hahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...