Monday, June 3, 2013

203. KIL - Review (Spoiler Alert)

Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini. Second day filem ni release kat wayang aku dah berpeluang tengok. Actually more memang dah janji dengan orang nak pergi tengok, so aku tak boleh mungkir janji ni. Hahah.

Korang boleh baca kat link aku sebelum ni kalau nak tahu pasal filem ini. Nasihat aku, kalau korang first time nak tengok filem-filem tempatan ataupun cuba untuk tengok balik filem-filem tempatan, aku merayu kepada korang tolonglah buat kajian dan pilih filem yang betul-beetul berbaloi untuk korang tengok. Bukan main semborono je, lepas tu korang menyesal. Lepas tu korang ambil filem yang entah apa-apa tu sebagai bench mark korang untuk filem-filem tempatan. Jangan.

Masa aku mula-mula tengok trailer ni kat youtube, aku dah teruja. Sebab? Korang pernah tengok Pisau Cukur? Ada mamat bergigi besi kan dalam tu? aku rasa mamat tu selamba je, so aku suka la tengok mamat tu belakon. Lagi sebab awek tu pun cantik gak. Hehe. Tapi yang paling utama sebab jalan cerita yang cuba lari dari tema-tema yang dibawa oleh pengeluar-pengeluar filem dan pengarah-pengarah filem yang lain. Kadang-kadang aku tak perlu banyak sebab untuk aku tengok filem tu kat wayang, sama jugak aku tak perlu banyak sebab untuk kutuk dan tak tengok filem tu.

Filem ni memang lain. Although masa aku tengok, hall tu agak kecil dan penonton pun tak ramai tapi aku masih teruja.

Filem ni aku rasa macam jujur, tidak cuba menjadi sesuatu yang tak boleh jadi. Membawa kita kepada persekitaran MALAYSIA yang sebenar. Yakni orang yang naik komuter, orang yang bekerja makan gaji buta, orang yang meminta hutang ketika buat bayaran dan banyak lagi la.Tidak hipokrit pada aku.




Lakonan Redza Minhat memang selamba, awek tu Christina Suzanne pun selamba. Memang pasangan lakonan yang selamba dan mantap. Sweet pun ada gak. Pada aku, bila hero dan heroin mantap, lakonan entah apa-apa daripada pelakon-pelakon sampingan yang bawak watak terlalu kecil tak menjadi masalah contohnya makcik yang duduk dekat rumah mak hero lepas mak dia meninggal dan lakonan agen yang follow hero. By the way, Dinar Abu Zahar ni memang pandai pilih filem ke ek? Banyak filem yang best-best dia jadi pelakon walaupun sekadar watak yang kecil je. Ni buat nak suka tengok dia belakon ni. Boleh?

Cuma pada aku storyline dia ada beberapa agak cliche. Contohnya mak dan adik hero meninggal ataupun  LAB tu tak bunuh hero pun. Aku dah boleh agak terlebih dahulu sebelum babak tu dipaparkan. Still storyline dia secara keseluruhan TIDAK CLICHE apabila dibandingkan dengan filem-filem tempatan yang lain. Mungkin dah sampai masa untuk mana yang tak pernah tengok filem tempatan, boleh try tengok filem ni. Jangan berat bontot.

Good job untuk team production  iaitu Flux Visual Lab yang dengar khabar mula-mula just nak tayang kat youtube je. Aku tak tahu betul tak . Untuk pengiat seni yang lain, belajar la daripada dorang ni atau cuba selongkar sikit mana-mana dan ubah. Ini kalilah. Damn! Ini bukan PRU woi! Haha.

Overall dan konklusinya, filem ni sangat-sangat berbaloi pada aku.

NotaKaki : Helmet basikal baru yang aku jumpa RM100 kat Rawang. Berbaloi ke woi?

sumber gambar : Google Images

10 comments:

  1. wah...sinopsis yg bikin org tertarik nak soh g panggung
    kacak n cantik pelakon utamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan malu2 ke panggung.cewahh.

      Delete
  2. Assalamualaikum.. suka dengan hero heroinnya. hehhee

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. heroin dia lagi comel. hahahaha!

      Delete
  4. hana ni kalau nak wayang ni kureng sikit.huhu tunggu sampai keluar dvd baru beli. tapi kalau org dah letak kat youtube hana xkan nak biar je kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh nak kata apa la...atas diri masing2..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...