Wednesday, June 19, 2013

210. Petang yang jahat.


Siang tadi lepas lunch hour macam biasa, aku buat kerja tak buat kerja. Aku tengok monitor. Aku pegang tetikus. Ada kerja tapi biasalah, mood nak buat lepas lunch hour ni memang lain macam sikit. Lagi malas dari pagi. Aku paksakan diri berlakon buat kerja sikit-sikit. Tanya boss apa-apa plan nak kena plot ke. Tengah-tengah berlakon tu, tiba-tiba ada orang message aku. Aku capai handphone aku, aku tengok spekiebesaq.

Ni tak lain la tu, mesti tengah bosan kata hati aku. Kalau tak bosan, jarang sangat la nak message aku sambung aku dalam hati lagi. Aku ni cuma teman hilang bosan je. Ayat tak boleh blah.

spekiebesaq : Masa kau layan filem Pecah tu sama tak macam kau rasa tengok The Hobit.

Dalam hati aku, ni mesti tengah baca novel yang aku bagi pinjam hari tu. Sambung dia lagi, konon-konon dia baca tu boleh rasa apa yang dia tengok kat wayang hari tu.

Aku : Kan? Aku pun rasa macam tu gak. Masa tengok Pecah, tak sama macam yang aku bayang, aku frust!

Aku jawab. Kemudian biasalah, dia sebagai pro tak layan sangat filem Malaysia kecuali kutipan lebih RM5juta dan aku sebagai pro layan filem Malaysia yang kalau-kalau dikatakan best mula berdebat. Itu la, ini la. Panjang gak dia message aku. Ingatkan tak nak layan dah, siapalah aku ni. Sob sob sob.

Malas nak fikir panjang, aku tanya dia.

Aku : Ni bila nak belanja aku? Weekend ni aku dah takde dah.

Dalam hati aku, sebab aku nak balik kampung sebelum bulan ramadhan ni je. Boleh pulak dia tanya soalan cepumas.

spekiebesaq : Kau berhenti kerja balik kelantan ke?

Aku senyum dan ketawa sendiri dalam hati. Kalau boleh siap nak gelak jahat lagi. Ni kalau buat betul-betul boleh jadi plan aku ni.  Lagipun lama dah aku tak kenakan dia ni.

Aku : Yup, aku balik Kelantan.

Sebenarnya memang aku ada cerita kat dia yang aku nak berhenti kerja tetapi bila aku kata yup tu aku nak kata yang aku balik kelantan sahaja. Dia tanya lagi.

spekiebesaq : Kau dah cari kerja baru belom?

Memang dah terkena mamat ni kata hati aku dan sambil gelak jahat keseorangan, pun dalam hati jugak. Plan aku menjadi. Aku balas message dia.

Aku : Belum, kau jangan nak tukar topik. Bila nak belanja aku?

Dia balas.

spekiebesaq : Kau balik bila?

Tu dia, tone message dah berubah. Konon-konon serius dah time ni. Tapi aku cool lagi, balas lagi.

Aku : Jumaat malam gerak la.

Aku memang ada beli tiket bas nak balik kampung dah masa tu.

spekiebesaq : Sabtu la gerak. Haish. Bukan lari pun rumah tu. Huh

Marah. Aku memang dah tergelak sorang-sorang dah masa tu. Aku rasa kalau orang tengok pun mesti kata aku gila dah masa ni. Ikutkan hati aku nak sambung lagi tapi memandangkan aku ni sangat-sangat baik hati. Aku balas.

Aku : Tak bolehlah, by the way untuk bagi kau tak confius. Aku balik kelantan weekend ni je.

spekiebesaq : Dajey natang %@%! ni. Kau jangan buang tebiat do. Kecut perut aku tahu tak. Sengal.

Fuhh, marah gila dia kat aku. Sayang jugak dia kat aku. Kah kah kah!

Siap aku ada baca dia kat satu tempat ni konon-konon sedihla, takde teman borak la, main futsal la, tengok wayang la. Cettt,, berapa kali sangat je pun. Tapi tu la,

Sorry la bro. Takde niat pun. Kah kah kah!!!!!

NotaKaki : Nak pergi ke tak ek?

Friday, June 14, 2013

208. Review - Man Of Steel (Spoiler Alert)

Aku tak tahu kenapa, bila dah makin dekat dengan tarikh 13Jun2013 makin ramai yang memperkatakan pasal filem ni. Mula-mula aku ingatkan takde orang nak ambil tahu sangat pasal filem ni tapi aku silap. Kalau aku tanya 10 orang pasal filem ni, 11 orang akan memeperkatakannya. Sorang lagi tu aku sendiri.Haha. Memang ramai. Aku terkejut.

Apa yang boleh diperkatakan tentang filem ni secara keseluruhan? Kalau korang harapkan sebuah filem tipikal tentang Superman atau mana-mana superhero lain, korang silap. Korang takkan dapat tengok bagaimana Clark Kent/ Kal-El membesar dan menjadi Superman. Ianya lebih fokus kepada siapa itu Superman sendiri. Asal usul dia dan pooopp terus kepada dia Superman. Adalah kadang-kadang dia teringat atau menceritakan kisah masa dia kecik tetapi tak banyak.

Filem ni pada mulanya bermula agak perlahan dan mula menjadi-jadi apabila Clark Kent/Kal-El mendapat suit Supermannya itu. Aksi dalam ni memang gila dan best! Padat. Masa aku tengok tu, aku boleh senyum kerana bertapa best dan syok gila aksi dalam filem ni. Ini baru Superman yang dikatakan bapa kepada segala superhero dalam dunia ini. Aku terus melupakan permulaan filem ini yang perlahan.


Clark Kent/ Kal-El/ Superman
So, tiada lagi seluar dalam merah di luar. Pada aku lakonan Henry Cavill boleh dikatakan okay. Cuma aku tak berapa suka sebab ada nampak beberapa helai bulu badan di kat masa dia pakai suit ni. Kelakar yang amat pada aku.

Lois Lane
Lakonan Amy Adams sebagai Lois Lane pun okay tapi watak dia tak berapa digunakan sangat. Malahan scene Loin Lane dengan Clark Kent pun tak berapa nak tunjuk sangat diorang ni akan jadi satu pasangan kekasih satu masa nanti. Tiba-tiba je dah cium.

General Zod
Salah satu yang aku suka dalam filem ni adalah dia menunjukkan kepoweran General Zod dan kesetiaan dia dalam melakukan tugas dia tanpa banyak perintah. Bila dia mengamuk, fuh power. Aksi dia dan Superman lawan memang mantap.

Lain-lain? Aku tak berapa suka sangat cara dorang keluarkan laser merah dari mata. Dah nampak macam Cyclop dari X-men pulak. Tapi aku boleh lupakan.

Secara keseluruhan, aku suggestkan kat korang. Sila tengok di wayang untuk letupkan jantung korang.

Boom! Boom! Boom! Kah kah kah!

NotaKaki : Main ke tak ni?

Thursday, June 13, 2013

207. Wordless Wednesday yang terlambat beberapa jam je - Perangai Orang Malaysia


Lokasi : Depan 7-Eleven, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Patut tak aku kutip? Tapi aku tak rajin.

NotaKaki : Dah lewat ni. Tidur la.

206. PS4


Saja nak cerita kat korang yang Sony dah tunjuk speksifikasi dan bentuk PS4 yang tak silap dikatakan akan keluar tahun ini jugak. Cuma mungkin kat pasaran US, UK dan Europe. Mungkin jugak pasaran Jepun. Tak pasti.

Harga untuk pasaran sana kalau convert ke duit Ringgit Malaysia dalam lingkungan RM1,300. Orait la tu kalau ada yang nak bagi hadiah birthday aku kan.

So bentuk dia macam mana?

PS4
Amacam? Mantap kan?hehe

Aku peduli apa orang nak kata macam budak-budak ke tak matang ke apa. Kalau ada pun just untuk release kan tension sahaja. Haha!

Sumber gambar : Yahoo Games

NotaKaki : Seminggu dah ni. Adoi.

Wednesday, June 12, 2013

205. Akan datang bulan Disember karang!

Owh yeah! Kenapa lah dorang ni suka sangat buat lama-lama antara satu filem ke satu filem. Haha. Apa-apa pun, minggu ni ada dua filem yang menarik minat.
Man Of Steel habaq hang!

dan

Pecah (adaptasi dari novel Buku Fixi).

Kan best kalau aku ada panggung wayang sendiri. Haha

NotaKaki : Haru biru kan?

Sunday, June 9, 2013

204. Malang Tak Berbau.


Sekitar tahun 2007,aku masa tu tengah menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Awal tahun 2007 tu jugaklah, aku baru sahaja masuk semester dua. Orang kata masa ni, darah muda baru nak naik membuak-buak untuk tinggal di rumah bujang. Itupun aku terpaksa tolak tawaran KAMSIS (asrama untuk pelajar politeknik), barulah aku berpeluang rasa tinggal di rumah bujang. Aku pun tak bagitahu kat parent aku yang aku dapat kamsis tu, kalau tak memang kena tinggal dalam kamsis la kan.

Apa yang aku nak cerita ni, berlaku pada awal-awal sekitar 2007, yakni ketika baru tinggal di rumah bujang tu. Lupa pula, rumah aku tu area Alor Akar, Kuantan. Ada la dalam 15 minit untuk sampai ke poli aku. Tak jauh tapi tak dekat gak.

Satu hari tu di hari sabtu, poli aku ada menganjurkan satu acara larian beramai-ramai (ala-ala merentas desa). Tak silap aku pusing poli tu je. Aku memang cukup suka join walaupun badan aku tak berapa mengizikan aku untuk menang dalam acara tu. Ok, more to semangat aku.

Pagi tu, memang aku dengan budak-budak rumah lain dah bangun awal la nak bersiap-siap. Memang kitorang semangat dan ada yang dalam keadaan terpaksa. Tengah-tengah siap tu, datang rakan sekelas kitorang ( semua budak rumah aku tu satu kelas) sampai rumah tu. Aku namakan dia Hairi (bukan nama sebenar). Masa tu aku agak rapat dengan dia. Pergi poli pun kadang-kadang naik sekali walaupun aku ada motor sendiri masa itu.

Nak jadi cerita, pagi tu aku dah siap-siap dan nak panaskan motorlah untuk ke poli.

"Weh, kita gerak sekali jelah. Naik motor aku." Ajak Hairi.

"Tapi nanti Zack nak pergi macam mana?" Aku cuba menolak. Kebiasaannya kalau tiada aral melintang, aku akan ke poli bersama-sama Zack.

"Ala, suruh je dia naik dengan Baa." Jawab Hairi. Aku pandang ke arah Zack.

“Boleh tak Zack?”

Aku okay je. Jap aku tanya Baa.” Dia mendapatkan Baa. Beberapa tika kemudian dia datang dengan kata okay.

Lepas memanaskan enjin motor beberapa saat, aku dan Hairi bergerak ke arah poli aku. Masa ni, kalau korang nak tahu jalan ke arah poli atau lebih tepat jalan pada waktu pagi memang sentiasa sesak walaupun pada hari sabtu. Lebih-lebih lagi bila dah sampai jalan di kawasan Semambu. Semambu ni boleh dikatakan pusat penempatan pelajar-pelajar poli, cuma tak diiktiraf secara sah oleh poli aku je.

Dah tu, memang waktu pagi-pagi ni memang akan penuh dengan kenderaan-kenderaan pelajar baik kereta mahupun motor.

Sampai dekat depan pusat Semambu ni, aku nampak ada satu motor ni yang dibawa oleh perempuan, yakni awek kata orang-orang muda macam aku.

“Hairi, kau tengok depan tu. Awek dowh!” Kata aku kepada Hairi. Aku menarik putaran minyak untuk melajukan motor aku. Motor yang aku bawa berada betul-betul di sebelah motor awek tadi. Aku dan Hairi senyum.

Datang niat jahat dalam hati aku, yakni ingin mengikut dengan rapat di belakang motor awek tadi. Cucuk angin bahasa mat rempit. Aku memperlahan motor yang aku bawah dan menggerakkan motor itu ke belakang motor awek tadi. Betul-betul rapat.

Aku pandang belakang, aku senyum bangga ke arah Hairi. Kononnya nak tanya power tak aku ni. Hairi pandang ke arah aku, pandang ke depan. Buat muka terkejut dan menunjukkan ke arah depan kepada aku. Aku terkejut. Pandang depan. Aku terasa motor aku berlanggar dengan motor awek tadi.

Aku cepat-cepat menekan brek tangan atau kaki, tak ingat. Tiba-tiba pandangan mata aku bergerak ke arah bawah dan pandangan terakhir aku ialah jalan raya yang dipenuhi pasir. Shit kata hati aku.

Aku betul-betul tak tahu apa yang jadi ketika itu. Mungkin berpusing-pusing aku ketika itu, mungkin juga aku terseret. Aku tidak tahu.

Apa yang aku tahu, bila semua dah jadi stabil. Cepat-cepat aku tengok balik motor awek tadi. Risau.

Apa yang aku nampak ialah motor awek tadi bergerak dengan selamba dan tanpa rasa bersalah bergerak dengan laju ke arah poli.

Cilaka!

Tapi lepas itu aku betul-betul rasa bersyukur gila. Tak fikir apa dah sampailah member aku, Hairi sampai ke arah aku dan menyedarkan aku yang ketika itu berada di tengah-tengah jalan.

Monday, June 3, 2013

203. KIL - Review (Spoiler Alert)

Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini. Second day filem ni release kat wayang aku dah berpeluang tengok. Actually more memang dah janji dengan orang nak pergi tengok, so aku tak boleh mungkir janji ni. Hahah.

Korang boleh baca kat link aku sebelum ni kalau nak tahu pasal filem ini. Nasihat aku, kalau korang first time nak tengok filem-filem tempatan ataupun cuba untuk tengok balik filem-filem tempatan, aku merayu kepada korang tolonglah buat kajian dan pilih filem yang betul-beetul berbaloi untuk korang tengok. Bukan main semborono je, lepas tu korang menyesal. Lepas tu korang ambil filem yang entah apa-apa tu sebagai bench mark korang untuk filem-filem tempatan. Jangan.

Masa aku mula-mula tengok trailer ni kat youtube, aku dah teruja. Sebab? Korang pernah tengok Pisau Cukur? Ada mamat bergigi besi kan dalam tu? aku rasa mamat tu selamba je, so aku suka la tengok mamat tu belakon. Lagi sebab awek tu pun cantik gak. Hehe. Tapi yang paling utama sebab jalan cerita yang cuba lari dari tema-tema yang dibawa oleh pengeluar-pengeluar filem dan pengarah-pengarah filem yang lain. Kadang-kadang aku tak perlu banyak sebab untuk aku tengok filem tu kat wayang, sama jugak aku tak perlu banyak sebab untuk kutuk dan tak tengok filem tu.

Filem ni memang lain. Although masa aku tengok, hall tu agak kecil dan penonton pun tak ramai tapi aku masih teruja.

Filem ni aku rasa macam jujur, tidak cuba menjadi sesuatu yang tak boleh jadi. Membawa kita kepada persekitaran MALAYSIA yang sebenar. Yakni orang yang naik komuter, orang yang bekerja makan gaji buta, orang yang meminta hutang ketika buat bayaran dan banyak lagi la.Tidak hipokrit pada aku.




Lakonan Redza Minhat memang selamba, awek tu Christina Suzanne pun selamba. Memang pasangan lakonan yang selamba dan mantap. Sweet pun ada gak. Pada aku, bila hero dan heroin mantap, lakonan entah apa-apa daripada pelakon-pelakon sampingan yang bawak watak terlalu kecil tak menjadi masalah contohnya makcik yang duduk dekat rumah mak hero lepas mak dia meninggal dan lakonan agen yang follow hero. By the way, Dinar Abu Zahar ni memang pandai pilih filem ke ek? Banyak filem yang best-best dia jadi pelakon walaupun sekadar watak yang kecil je. Ni buat nak suka tengok dia belakon ni. Boleh?

Cuma pada aku storyline dia ada beberapa agak cliche. Contohnya mak dan adik hero meninggal ataupun  LAB tu tak bunuh hero pun. Aku dah boleh agak terlebih dahulu sebelum babak tu dipaparkan. Still storyline dia secara keseluruhan TIDAK CLICHE apabila dibandingkan dengan filem-filem tempatan yang lain. Mungkin dah sampai masa untuk mana yang tak pernah tengok filem tempatan, boleh try tengok filem ni. Jangan berat bontot.

Good job untuk team production  iaitu Flux Visual Lab yang dengar khabar mula-mula just nak tayang kat youtube je. Aku tak tahu betul tak . Untuk pengiat seni yang lain, belajar la daripada dorang ni atau cuba selongkar sikit mana-mana dan ubah. Ini kalilah. Damn! Ini bukan PRU woi! Haha.

Overall dan konklusinya, filem ni sangat-sangat berbaloi pada aku.

NotaKaki : Helmet basikal baru yang aku jumpa RM100 kat Rawang. Berbaloi ke woi?

sumber gambar : Google Images
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...