Friday, May 17, 2013

202. Wajib tonton?


FILEM : KIL
Klasifikasi: NA
Genre: Drama / Romantik / Misteri
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: GRAND BRILLIANCE
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Pelakon: Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill
Filem mengisahkan Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda tertekan muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia tidak pernah boleh membawa dirinya untuk membunuh diri. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat syarikat itu. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuh atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula menukar fikiran tidak mahu mati.

So, pada korang wajib tonton tak? Macam lain daripada yang lain je filem ni kan? Gua dah la penyokong industri tempatan yang suam-suam kuku.

NotaKaki: Nak jalan jauh woi!

Wednesday, May 15, 2013

201. Dia ke? (Spoiler Alert)




Siapa kat sini tengok Sitcom "How I Met Your Mother?"? Sitcom ni pada aku adalah pengganti kepada sitcom "Friends" yang pernah popular satu ketika dahulu.

Sitcom ni berkisah seorang lelaki bernama Ted Mosby yang cari pasangan sejati dan kononnya tengah menceritakan kisah dia jumpa pasangan sejati dia kat anak-anak dia.



Pada aku, sitcom yang patut layan. Kalau korang nak tahu, sitcom ni ada satu rahsia besar iaitu sejak dari season 1 sampai sekarang tak pernah tunjuk langsung muka pasangan sejati dia tu.

Dan akhirnya finale untuk season 8 ni dorang tunjuk gak. Gila meremang gak aku tengok. Teruja siot. Haha. Penangan sitcom ni sampaikan aku dengan abang aku yang sulung pun boleh buat jadi topik berborak. Power tak power sitcom ni. Dan yang tak boleh blah keluar dengan berita dalam Hot FM.

Gila betul aku dengar berita ni kat situ. Power! So kepada yang tak tahu ni la muka THE MOTHER tu.


Masa aku tengok mula-mula macam biasa-biasa je. Tapi bila google balik. Cantik jugak. Hehe



Cuma dorang tak confirmkan lagi betul ke tak. Orang yang buat sitcom ni pun gila gak, kena-kena boleh ubah pulak mana nak tahu. Sekarang ni dorang just guna nama "The Girl with Yellow Umbrella". Kalau korang tengok sitcom ni akan tahu la maksud dia.

So, kalau nak tahu betul ke tak, kena la tunggu lagi. Lepas ni season 9 yang dah confirm season yang terakhir untuk sitcom ni.

By the way, bila la Malaysia akan ada sitcom-sitcom yang macam ni. Bersambung bertahun-tahun dan tak boring. Banyak yang mula-mula best, lama-lama jadi hmmmm. Ntah la.

NotaKaki : Unifi ooo unifi. Janganlah buat masalah lagi.

Monday, May 13, 2013

200. Penegak Keadilan


Aku ingat lagi masa aku kecil sekolah rendah. Mungkin darjah satu atau darjah dua kot. Masa itu bulan Ramadhan. Paham-paham jela kalau budak-budak ni macam aku ni yang baru nak meningkat ke umur remaja, orang tua sahaja yang sembahyang tarawih kat hadapan. Belakang diorang mana ada sesiapa pun.

Kebanyakkan budak-budak ni akan pergi bermain. Ada yang main kejar-kejar dengan kawan-kawan. Ada yang yang main gasing. Ada yang main cyberpet dan digimon. Game yang lawan-lawan tu la.

Tapi kebiasaannya budak-budak akan bermain mercun la. Musim bulan ramadhan je musim yang syok nak main mercun ni. Bulan lain takde nafsu langsung orang kata. Bagi free pun tak pandang.

Nak dijadikan cerita, masa itu aku baik dengan adik aku, Uda dan Rais. Kawan lain tak campur sangat. Lepas je sembahyang isya’, kitorang gerak ke kedai depan. Nak cari stok mercun untuk bom geng lain. Masa ni siapa yang boleh buat orang pandang sebab bunyi mercun korang memang power.

“Bang, stok mercun ada?” Tanya Rais kepada abang jual mercun. Aku letak nama dia Man Mercun. Senang nak ingat walaupun bukan nama sebenar.

“Shhhh. Senyap sikit. Agak-agakla korang nak beli.” Balas Man Mercun. Aku dan yang lain pelik.

“Korang nak aku kena tangkap ke apa?” Sambung Man Mercun. Masa tu baru kitorang perasan yang mercun dah diharamkan oleh kerajaan. Kitorang geleng-geleng kepala.

“Jom ikut aku ke belakang.” Ajak Man Mercun. Kitorang ikut je seperti anak-anak ayam ikut ibu ayam. Masa itu aku ada nampak seorang budak lebih kurang umur aku je masuk ke kedai. Aku buat tak tahu sebab tak berapa kenal. Aku tahu rumah dia kat mana tapi tak kawan dengan dia.

“Korang nak mercun apa ni?” Tanya Man Mercun.

“Yang paling power la bang. Mercun mancis tiga kotak.” Jawab Rais. Aku dan Uda mendiamkan diri tanda setuju.

“Semua sekali RM3.00 je. Ni ada duit tak ni?” Kitorang angguk. Tiba-tiba tokei kedai merangkap mak Man Mercun panggil Man Mercun ke hadapan. Mungkin ada barang yang nak diambil. Man Mercun meletakkan beg dia yang penuh dengan mercun. Mungkin Man Mercun takut mak dia nampak.

Masa itu lah, budak yang aku nampak tadi datang ke arah kitorang dan mengambil mercun-mercun kat dalam tu. Dia pandang kitorang dan senyum sahaja. Kemudian dia berlari dengan menggunakan pintu belakang kedai.

“Bang! Ada budak ambil barang abang ni.” Jerit aku. Man Mercun berlari-lari anak ke arah kitorang dan terus periksa beg yang ditinggalkan tadi.

“Sial. Nasib baik ada lagi yang tinggal. Korang tahu tak siapa yang ambil tadi?” Tanya Man Mercun dengan marahnya. Siapa tak marah kalau barang kena ambil.

“Tahu bang. Budak tu duduk kat rumah jalan belakang tu.” Tunjuk aku. Rais dan Uda mengiyakan untuk meyakinkan Man Mercun.

“Okay, korang tunjuk kat aku mana rumah budak tu. Nanti aku bagi upah kat korang. Boleh?” Man Mercun memberi tawaran kepada kitorang. Kitorang angguk tanda setuju. Lagi-lagi masa ni la nak jadi penegak keadilan kan? Macam dalam televisyen tu la.

Kitorang terus berjalan ke arah jalan belakang dan menunjukkan rumah budak yang mengambil mercun tadi. Man Mercun menyuruh kitorang berdiri di luar pagar rumah budak itu. Dia seorang diri pergi mengetuk pintu rumah budak itu.

“Assalamualaikum! Ada orang tak?” Jerit Man Mercun dan mengetuk pintu rumah itu. Seorang perempuan tua membuka pintu rumah itu.

“Ya, ada apa ya? Tanya perempuan tua itu.

“Anak makcik ada tak?”

“Baru sahaja balik. Kenapa nak?”

“Sebenarnya dia ada ambil barang saya ni makcik. Kalau boleh, saya nak balik barang saya.” Jawab Man Mercun. Perempuan itu membuat muka terkejut dan memanggil anaknya tadi.

Mereka berbincang bersama dan akhirnya budak itu memberi balik mercun yang diambil kepada Man Mercun. Agaknya mak budak itu dah buat muka bagi budak tu takut. Aku tak pulak perasan.

“Jom.” Ajak Man Mercun. Kitorang tak tahu ke mana hala tuju yang ingin dibawa Man Mercun tetapi kitorang tetap ikut. Mengharapkan upah yang dijanjikan tadi.

“Sebab korang dah tolong aku tadi, jom aku jadi supplier mercun korang malam ni.” Man Mercun berkata. Kitorang teruja bukan main la kan.

Sedang dalam pejalanan dari rumah budak tadi yang di jalan belakang ke tempat permainan mercun berlangsung. Man Mercun nak test power. Biar semua orang terkejut dengan kehadiran kitorang.

“Ni mercun terpedo. Kalau meletup boleh gegar satu Segambut ni.” Kata Man Mercun dengan riak. Kitorang angguk je. Sebenarnya dalam hati aku memang teruja gila dah masa tu. Nanti budak-budak taman boleh salute dengan kitorang.

Piuungggggggggg. Bunyi mercun terpedo yang Man Mercun nyalakn tadi. Kuat gila. Berdebar hati aku. Berpusing-pusing naik ke atas. Mungkin tak tegak kata hati aku sendirian.

Tiba-tiba mercun terpedo tu terbang ke arah satu tempat yang diluar jangkaan kitorang.

“Wo-woi, mana mercun tu pergi woi!” Jerit Rais tapi dah terlambat.

BOOOOOOMMMMMM!

Memang kuat bunyi letupan mercun yang Man Mercun nyalakan tadi. Biasanya kitorang mesti gembira atau excited orang putih kata tetapi kali ni tak.

Sebabnya mercun terpedo tu meletup betul-betul atas surau yang orang tengah sembahyang terawih. Senyap sekejap imam yang rancak dari tadi. Terkejut barangkali.

Dah tu, kitorang lari la tetapi geng-geng buat moreh sempat kejar kitorang. Nasib baik masa tu, Man Mercun je yang kena tarik. Kitorang buat muka seposen kot, tu yang lepas.

NotaKaki : Sikit lagi nak masuk bulan ramadhan. Ish..

199. Makan Gaji Buta?


Dalam tempat aku bekerja sekarang ni, ada dua kelompok. Satu yang bekerja lebih daripada 5 tahun manakala satu lagi yang bekerja kurang daripada 5 tahun iaitu aku dan Fitri. Kedua-dua kelompok ini tiada apa-apa masalah antara satu sama lain.

Cuma kelompok yang kedua itu ada sedikit masalah. Kitorang dalam seminggu tu, mesti ada sekurang-kurangnya satu hari tu masuk lambat. Macam dah jadi satu kemestian. Sampaikan ada yang kata perangai kitorang itu mewakili perangai orang melayu secara keseluruhannya tetapi itu bukan masalah yang besar sangat pun.

Bila kitorang sampai, kebiasaannya kitorang kalau tak melayari internet kitorang akan tutup mata ataupun bahasa mudah tidur lebih kurang satu jam. Hebat kan? Lepas itu barulah tengok-tengok sikit kerja mana boleh siapkan. Itu pun paling sejam ke dua jam je.

Kalau ada mood, kitorang buat kerja sampai lunch time. Kalau takde mood, kitorang buat balik apa kitorang buat sebelum buat kerja itu. Internet atau tidur. Power kan?

Lunch kitorang dari pukul 1.00 petang sampai 2.00 petang. Masa itu, kitorang memang tak suka dikacau. Kalau ada mana-mana kerja yang nak jugak masa itu, mulut kitorang akan membebel je. Pernah kitorang blah macam itu je, sambung kerja balik lepas pukul 2.00 petang.

Yang tak boleh blah, lepas lunch bukannya kitorang sambung terus buat kerja. Tengok monitor komputer tu, gerak-gerak mouse dan terus tidur. Tak pun layan internet. Selagi tak boring macam itu lah kegiatan harian kitorang kat pejabat tu.

Masalah sebenarnya yang aku nak cerita kalau masa time gaji lambat masuk, semua buat kerja lambat-lambat. Menarik kan? Bayangkan jela macam mana lambatnya kerja nak kitorang siapkan time tu.

NotaKaki : Dah dapat inverstor. Terbaik!

Thursday, May 9, 2013

198. Thank You SAF



Ini adalah penghormatan kepada Sir Alex Ferguson kerana beliau dah bersara. Lantak pi lah aku bukan orang Manchester pun.

video tu entah sape buat, aku ambik je.

197. Ke mana sampah korang?

Keluarga aku pernah tinggal di Kuala Lumpur ketika abah dan mama aku bekerja di sekitar sana yakni dari 80-an hingga 2006. Sepanjang keluarga aku menetap di sana, kebiasaannya pada hari bekerja isnin hingga jumaat jarang mama aku memasak. Kami semua faham, beliau penat bekerja. Jadi kebiasaannya mama akan beli sahaja dari kedai. Cuba korang bayangkan sampah yang dibuat oleh keluarga kami banyak tak?

Sekarang, cuba korang pula sampah yang dibuat oleh rumah lain? rumah keluarga lain, rumah yang dipenuhi orang-orang bujang ataupun rumah yang diduduki oleh student-student institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.

Aku rasa memang banyak sampah yang dibazirkan kerana aku sendiri pernah merasai semua itu. Aku sebenarnya tak tahu nak start cerita apa dengan korang. Ni yang dah kelaut air masin aku rasa. 

Takpe, kita terus ke mata yang sebenar. Minggu ni aku dikerahkan oleh pejabat tempat aku bekerja untuk membuat kerja di salah sebuat tempat pelupusan sampah dalam selangor ( dirahsiakan bagi tujuan keselamat, cewah).

Masa aku kat sana, aku dapat rasakan bertapa membazirnya kita ini. Pernah tak korang terfikir apa kan jadi dengan sampah-sampah yang korang buang? Tak silap aku ada pelbagai cara, korang boleh cuba cari sendiri maklumat tu. Aku akan kongsikan cara yang dilakukan oleh tempat ini sahaja.

Kalau di tempat ini, dorang akan mengorek tanah di sebuah kawasan yang luas (kedalaman aku tak berapa pasti). Sampah-sampah akan diletakan dalam kawasan yang telah dikorek. Kemudian dorang akan tutup dengan satu plastik (warna hitam) dan barulah ditutup dengan tanah. Tak silap aku, dorang akan buat proses ini dalam beberapa tingkat. 

Langkah seterusnya, sampah-sampah itu akan dibakar secara semulajadi (aku agak je) dan akan mengeluarkan gas. Gas ni aku tak sure dorang buat apa. Kerja aku survey point untuk dorang buat perigi gas ini lah.

Korang bayangkanlah apa akan jadi dengan tanah tu kan? Nasihat aku, kurangkan penggunaakan barang yang akan korang buang. Kalau boleh masak, korang masaklah sekadar yang perlu. Kalau tak reti masak, cuba galakan diri korang makan di kedai untuk mengelakkan penggunaan plastik, kertas atau polistren. Kalau tak boleh gak, cuba bawak bekas dari rumah dan korang mintak tokey kedai tu letakkan makanan korang dalam bekas korang tu. Kebersihan bekas pun korang boleh jamin kan?

Janganlah kita hanya tahu marah kepada yang membuang sampah merata-rata, sedangkan kita sendiri pun lebih kurang je.

Mari menuju ke arah sampah yang kurang! cewah, macam ahli politik pulak. Demam baru nak kebah sikit-sikit la tu.

Kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku ambil dekat lokasi tempat kejadian berlaku. Sorry kalau rasa tak puas hati, aku tengah bekerja. 










Korang sendiri pun geli kan? Kesian kat dorang ni tau. Oklah, sebelum air laut masin jadi garam baik aku berhenti.

NotaKaki : Pulau Perhentian pulak ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...