Sunday, April 21, 2013

196. Atas Permintaan Ramai


Pergh. Tajuk nak macam statement TV3 bila nak tayang cerita-cerita lama yang entah apa-apa. 

Hari tu aku ada cerita yang aku ada beli basikal kan? So ada la nak tengok gambarnya. So ni la gambarnya ye. Harap berpuas hati.



Selepas beberapa round mengelilingi flat rumah aku ni (malu woi nak pusing jauh-jauh, dah la helmet takde lagi), ada beberapa benda yang aku berimpian mahu tukar. Pada aku yang paling penting tayar dan seat. Kenapa?

Tayar itu rasanya tak dapat menampung berat yang gila ni. Masa aku survey sebelum beli basikal (ok, tanya adik saudara aku je, Nabil), tayar ni ada maksimum berat. Memandangkan aku ni beli second hand je, aku dapat tayar yang memang ada kat basikal itu jela kan.

Seat pula membuatkan bontot aku sakit like hell masa jalan atas bumper. Bumper bontot aku pun tak dapat menampung tahu tak. Tak tahu la kalau sebab aku tak biasa lagi dengan seat tu ke apa.

Tadi masa aku pusing-pusing basikal tu, terasa macam berjalan tanpa pakaian atau bahasa mudah berbogel pulak sebab tak pakai helmet. Bertapa pentingnya benda itu. So ini antara yang aku akan ambil perhatian.
Orait tak kalau helmet bentuk ni?
Harap dapat sokongan daripada rakan-rakan yang lain. Kalau boleh taknak jadi semangat satu bulan je macam benda-benda lain yang pernah aku buat.

NotaKaki : Aku masih menjual buku. Sila ke blog, twitter ataupun fb page SepenaRaya. Sila sokong anak muda seperti kami. Terima kasih.

8 comments:

  1. memang smart. tapi bahaya jalan memalam woo..haha

    ReplyDelete
  2. ada lampu depan and belakang.

    :)

    ReplyDelete
  3. ni dah boleh merempit cam dalam cite premium rush..hahah

    ReplyDelete
  4. Ak teringin nak ada beskal. Dulu pernah ad, dah selamat berkarat dengan jayanya. Masalahnya ak duk umah flat, camna la nak simpan basikal. Letak kat luar rumah, takut kena curi. Letak dlm rumah, menyemak je ak tgk,huhuuh

    Haa, elok la tukar tayar n beli helmet tu. Faktor keselamatan.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni pun aku duduk rumah flat gak, jangan jadikannya sebagai alasan. cewahh...

    insyallah akan beli.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...