Sunday, April 21, 2013

195. Kencing?!


Tarikh PRU 13 dah dekat, aku dengan budak serumah aku tak ambil pot sangat. Cuma bila sampai waktu mengundi, kitorang pasti mengundi. Sayang negara punya pasal.

Nak jadi cerita, aku dengan budak serumah aku konon-kononnya nak berkelah tepi pantai. Ada banyak cadangan yang keluar dan akhirnya kitorang semua pilih Port Dickson, Negeri Sembilan.

Yang pergi tu masa tu semua budak rumah ketika itu iaitu aku, Iz, Izad, Lah dan Khalid termasuk Aniq kawan aku sejak aku berlajar di sebuah politeknik (terpaksa dirahsiakan). Rancang cukup baik je, kitorang gerak dua kereta. Satu akan pergi lebih awal yang mana aku, Izad dan Aniq kerana ingin mengambil barang di rumah Aniq di Senawang terlebih dahulu.

Sampai di Port Dickson atau lebih tepat Tanjung Biru lebih kurang jam 4.30 petang. Ramai pulak orang, kitorang terpaksa memilih tempat yang jauh sikit dengan pantai. Lebih baik daripada tiada langsung. Lagipun boleh skodeng geng awek-awek yang jemur bra tanpa segan silu kat bawah. Baik punya dah susun barang-barang. Aniq siap pasang khemah untuk tidur malam tu.

Aku plan nak tidur je kat luar atas tikar berbumbungkan pokok sahaja. Ada yang nak tidur dalam kereta. Aku tak peduli, yang penting boleh tidur.

Bila semua dah sampai, kitorang mula membakar arang untuk menjadi bara supaya boleh membakar ayam-ayam, ikan-ikan, udang-udang dan sotong-sotong yang dah diperap awal semalaman.

Lebih kurang jam 6.00 petang tu, ayam pertama dah dibakar. Iz dan Lah dah start mandi kat pantai. Ramai-ramai pun bukan boleh buat apa kan, baik mandi je. Khalid pulak layan blues jap tepi pantai lepas itu baru mandi kat pantai. Sampai masa, Aniq pun turun mandi. Kata Khalid dan Aniq ni jaga kulit.

Lepas beberapa pusingan ayam dibakar, Khalid bersama Iz dan Lah naik ke atas. Kata mereka Khalid hampir lemas yang berpunca daripada kaki yang krem. Dah tu, aku dengan Izad turun la mandi pantai pulak. Biar dorang yang jaga proses pembakaran itu.

Masa aku mandi tu dah dekat-dekat waktu maghrib. Kebiasaannya waktu gini la kita boleh nampak anjing-anjing berkeliaran di kawasan perumahan kita. Sama la juga dengan masa tu, tiba-tiba je ada dua tiga ekor anjing datang kat area tempat kitorang. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku, Aniq dan Izad pun naik la.

Lepas siap bakar semua yang kitorang bawak, apa lagi makan la. Lepas je kenyang, baru aku mandi nak bagi hilang kesan air pantai tadi. Gila kalau tak mandi, melekit woi.

Siap je mandi, aku tukar baju apa semua. Lepas itu aku lepak la dengan budak-budak tu memikirkan apa nak buat malam ni kan. Tiba-tiba aku dengar bunyi pancutan air. Dalam hati aku ingat ada anjing ke yang kencing. Lah ambil lampu yang dia beli dan hala ke arah bunyi tu, tengok tak ada apa-apa.

“Woi, mana? Takde apa-apa pun.” Sorang bersuara.

“Tu, cuba kau tengok. Ada air mengalir dari atas la.” Salah seorang pulak yang bersuara. Aku masa itu dah fikir bukan-bukan dah.

“Lah, cuba kau suluh ke atas pulak.” Arah seseorang. Lah pun halakan lampu tu ke atas. Aku nampak sesuatu. Kera dengan selamba kencing. Sial betul.

Lepas fikir panjang, kitorang buat keputusan gerak daripada tempat tu. Korang tahu mana kitorang pergi? Kitorang pergi Bandar Melaka. Dah la kena tidur dalam kereta pulak tu sebab ada housemate aku risau nak tidur kat Dataran Pahlawan. Layan jela.

Ini semua kera la punya pasal.

NotaKaki : Macam dah takde harapan je.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...