Tuesday, April 16, 2013

193. Teh Tarik Kaw Punya



Kelihatan di kaca televisyen Dr. Mahathir sedang berucap mengenai Wawasan 2020. Ketika itu aku kecil belum darjah 4 lagi. Masa tu ramai yang mengatakan aku ni comel, lincah dan tak pemalu. Tak macam sekarang, pemalu nak mampus. Aku ingat lagi satu peristiwa masa aku kecil, keluarga aku melawat keluarga kawan abah aku yang mana sampai sekarang aku tak ingat siapa dekat area Kuala Lumpur. Mungkin kawan abah dari sekolah kat Pasir Puteh, Kelantan kot. Mungkin juga kawan mama. Serius aku tak ingat.

Kebetulan pula, kawan abah tu ada anak yang umur baya-baya aku je. Budak-budak ni korang tahu jela, pantang jumpa kawan sebaya. Aku dan adik aku, Uda (gelaran dalam keluarga aku) boleh pulak baik gila dengan anak kawan abah tu. Aku namakan dia Sarip Dol (Bapak dia pun aku tak ingat siapa, nak ingat nama anak dia lagi haram).

Bukan main lagi lah masa dekat rumah kawan abah tu, main bagai nak rak. Dia lari, aku kejar. Aku lari dia kejar. Uda lari, aku dan Sarip Dol kejar. Nampak semangat tak budak-budak tahun 90-an bermain? Tak macam budak sekarang, tahu main picit-picit dengan sapu-sapu tablet je. Haram pemalas.

Penat bermain kejar-kejar, Sarip Dol ajak berjalan pulak entah mana hala pulak. Fuhh, tak penat ke apa budak ni kata aku tapi memandangkan aku nak menunjukkan kepoweran aku, aku ikut jugak. Malu woi kalau tak ikut. Lagipun kawasan Sarip Dol, aku dengan Uda ikut jela kan.

Sampai ke petang dekat-dekat nak maghrib tu, abah ajak keluarga kawan abah tu makan dekat kedai makan. Nama pun nak makan, bukannya nak cari basikal pun.

Kira-kira bila dah sampai je kat kedai makan tu, abang yang ambil order tu pun tanya la sorang-sorang nak makan apa kan. Ada yang kata nak makan nasi goreng, mee goreng, nasi goreng cina dengan telur mata goreng. Kalau boleh semua makanan dalam menu tu keluarga aku nak minta.

Bila sampai tang minuman, mama aku order air buah oren segar, abah nescafe ais rasanya ( entah dah popular belum masa ni air ni). Sarip Dol pulak minta teh tarik yang kaw punya.

“Saya pun nak sama dengan dia ye tapi bagi saya yang lagi kaw punya tau.” Kata aku kepada abang yang ambil order tu. Haram aku tak tahu apa maksud kaw punya. Ikut jela Sarip Dol order apa kan.

Semua tengok aku. Aku buat tak tahu jela. Aku, Uda dan Sarip Dol terus bermain kejar-kejar lepas je order. Sambung yang petang tadi barangkali. Budak-budak yang cergas macam kami mana kenal apa itu penat.

Tengah main kejar-kejar tu aku nampak makanan dan minuman aku dah sampai. Aku berhentilah bermain dan terus ke duduk untuk makan. Mama kata tak sedap makan masa makanan dah sejuk. Aku budak baik dengar kata Mama aku. Masa tu, aku makan punyalah gelojoh sampaikan aku tercekik barulah aku berhenti.

Apa lagi, aku minumlah air teh tarik yang aku order tadi. Minum seteguk. Aku berhenti. Perlahan-lahan aku turun dari kerusi tempat aku duduk dan berjalan ke arah mama aku.

“Mama, nak air mama boleh? Air Alang tak sedap la.” Tanya aku kepada mama aku dengan muka mintak tampar bertubi-tubi. Masa tu jugaklah aku kena ceramah oleh mama aku. Aku buat tak tahu je, yang penting boleh minum air sedap. Jus oren segar kata kau.

NotaKaki : Apesal line internet aku macam pun&#k je?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...