Sunday, April 21, 2013

196. Atas Permintaan Ramai


Pergh. Tajuk nak macam statement TV3 bila nak tayang cerita-cerita lama yang entah apa-apa. 

Hari tu aku ada cerita yang aku ada beli basikal kan? So ada la nak tengok gambarnya. So ni la gambarnya ye. Harap berpuas hati.



Selepas beberapa round mengelilingi flat rumah aku ni (malu woi nak pusing jauh-jauh, dah la helmet takde lagi), ada beberapa benda yang aku berimpian mahu tukar. Pada aku yang paling penting tayar dan seat. Kenapa?

Tayar itu rasanya tak dapat menampung berat yang gila ni. Masa aku survey sebelum beli basikal (ok, tanya adik saudara aku je, Nabil), tayar ni ada maksimum berat. Memandangkan aku ni beli second hand je, aku dapat tayar yang memang ada kat basikal itu jela kan.

Seat pula membuatkan bontot aku sakit like hell masa jalan atas bumper. Bumper bontot aku pun tak dapat menampung tahu tak. Tak tahu la kalau sebab aku tak biasa lagi dengan seat tu ke apa.

Tadi masa aku pusing-pusing basikal tu, terasa macam berjalan tanpa pakaian atau bahasa mudah berbogel pulak sebab tak pakai helmet. Bertapa pentingnya benda itu. So ini antara yang aku akan ambil perhatian.
Orait tak kalau helmet bentuk ni?
Harap dapat sokongan daripada rakan-rakan yang lain. Kalau boleh taknak jadi semangat satu bulan je macam benda-benda lain yang pernah aku buat.

NotaKaki : Aku masih menjual buku. Sila ke blog, twitter ataupun fb page SepenaRaya. Sila sokong anak muda seperti kami. Terima kasih.

195. Kencing?!


Tarikh PRU 13 dah dekat, aku dengan budak serumah aku tak ambil pot sangat. Cuma bila sampai waktu mengundi, kitorang pasti mengundi. Sayang negara punya pasal.

Nak jadi cerita, aku dengan budak serumah aku konon-kononnya nak berkelah tepi pantai. Ada banyak cadangan yang keluar dan akhirnya kitorang semua pilih Port Dickson, Negeri Sembilan.

Yang pergi tu masa tu semua budak rumah ketika itu iaitu aku, Iz, Izad, Lah dan Khalid termasuk Aniq kawan aku sejak aku berlajar di sebuah politeknik (terpaksa dirahsiakan). Rancang cukup baik je, kitorang gerak dua kereta. Satu akan pergi lebih awal yang mana aku, Izad dan Aniq kerana ingin mengambil barang di rumah Aniq di Senawang terlebih dahulu.

Sampai di Port Dickson atau lebih tepat Tanjung Biru lebih kurang jam 4.30 petang. Ramai pulak orang, kitorang terpaksa memilih tempat yang jauh sikit dengan pantai. Lebih baik daripada tiada langsung. Lagipun boleh skodeng geng awek-awek yang jemur bra tanpa segan silu kat bawah. Baik punya dah susun barang-barang. Aniq siap pasang khemah untuk tidur malam tu.

Aku plan nak tidur je kat luar atas tikar berbumbungkan pokok sahaja. Ada yang nak tidur dalam kereta. Aku tak peduli, yang penting boleh tidur.

Bila semua dah sampai, kitorang mula membakar arang untuk menjadi bara supaya boleh membakar ayam-ayam, ikan-ikan, udang-udang dan sotong-sotong yang dah diperap awal semalaman.

Lebih kurang jam 6.00 petang tu, ayam pertama dah dibakar. Iz dan Lah dah start mandi kat pantai. Ramai-ramai pun bukan boleh buat apa kan, baik mandi je. Khalid pulak layan blues jap tepi pantai lepas itu baru mandi kat pantai. Sampai masa, Aniq pun turun mandi. Kata Khalid dan Aniq ni jaga kulit.

Lepas beberapa pusingan ayam dibakar, Khalid bersama Iz dan Lah naik ke atas. Kata mereka Khalid hampir lemas yang berpunca daripada kaki yang krem. Dah tu, aku dengan Izad turun la mandi pantai pulak. Biar dorang yang jaga proses pembakaran itu.

Masa aku mandi tu dah dekat-dekat waktu maghrib. Kebiasaannya waktu gini la kita boleh nampak anjing-anjing berkeliaran di kawasan perumahan kita. Sama la juga dengan masa tu, tiba-tiba je ada dua tiga ekor anjing datang kat area tempat kitorang. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku, Aniq dan Izad pun naik la.

Lepas siap bakar semua yang kitorang bawak, apa lagi makan la. Lepas je kenyang, baru aku mandi nak bagi hilang kesan air pantai tadi. Gila kalau tak mandi, melekit woi.

Siap je mandi, aku tukar baju apa semua. Lepas itu aku lepak la dengan budak-budak tu memikirkan apa nak buat malam ni kan. Tiba-tiba aku dengar bunyi pancutan air. Dalam hati aku ingat ada anjing ke yang kencing. Lah ambil lampu yang dia beli dan hala ke arah bunyi tu, tengok tak ada apa-apa.

“Woi, mana? Takde apa-apa pun.” Sorang bersuara.

“Tu, cuba kau tengok. Ada air mengalir dari atas la.” Salah seorang pulak yang bersuara. Aku masa itu dah fikir bukan-bukan dah.

“Lah, cuba kau suluh ke atas pulak.” Arah seseorang. Lah pun halakan lampu tu ke atas. Aku nampak sesuatu. Kera dengan selamba kencing. Sial betul.

Lepas fikir panjang, kitorang buat keputusan gerak daripada tempat tu. Korang tahu mana kitorang pergi? Kitorang pergi Bandar Melaka. Dah la kena tidur dalam kereta pulak tu sebab ada housemate aku risau nak tidur kat Dataran Pahlawan. Layan jela.

Ini semua kera la punya pasal.

NotaKaki : Macam dah takde harapan je.

Thursday, April 18, 2013

194. Gua dah beli!!!


Gua kalau dari dulu memang suka berlagak sikit. So nak bagitau kat hampa semua yang gua dah beli basikal fixie woi!!!!! Biar pi la bukan musim dia. Nanti orang tengok pun rare sikit.

Beli yang second hand je. Jadi la. Harga pun dapat RM300 je. Gua cari kat mudah je. Jenis GTA Ghost 2.0 apa ntah. Kalau rajin korang silalah Google ataupun Bing atau nak Yahoo kan pun boleh gak. Gua rasa malas pulak nak ambil gambar.

Owner sebelum ni budak form 4. Katanya dah dua tahun usia basikal tu tapi jarang pakai. Entah betul ke tak gua pun tak tahu la kan.

Yang penting gua nak setelkan misi gua. Nanti kalau misi gua tu dah setel ataupun separuh daripada misi gua tu dah setel gua ceritakan kat sini ye. Kih3.

Tapi takde geng la nak main. Gua segan ni. Camno tu?

Gua pun dengan penuh harapan tunggu spekiebesaq beli. Lagipun mana lah tahu mana-mana parti politik nak upah aku promosi parti dorang ke. Sebagai yang mengamalkan gaya hidup kapatilisme, gua akan fikirkan dahulu. Bahaya woi. Ada yang sampai tetak orang dah. Takut. Ok gua mengarut dah.

Mari berbasikal.

NotaKaki : Jangan lupa mengundi 5 Mei 2013 nanti woi!

Tuesday, April 16, 2013

193. Teh Tarik Kaw Punya



Kelihatan di kaca televisyen Dr. Mahathir sedang berucap mengenai Wawasan 2020. Ketika itu aku kecil belum darjah 4 lagi. Masa tu ramai yang mengatakan aku ni comel, lincah dan tak pemalu. Tak macam sekarang, pemalu nak mampus. Aku ingat lagi satu peristiwa masa aku kecil, keluarga aku melawat keluarga kawan abah aku yang mana sampai sekarang aku tak ingat siapa dekat area Kuala Lumpur. Mungkin kawan abah dari sekolah kat Pasir Puteh, Kelantan kot. Mungkin juga kawan mama. Serius aku tak ingat.

Kebetulan pula, kawan abah tu ada anak yang umur baya-baya aku je. Budak-budak ni korang tahu jela, pantang jumpa kawan sebaya. Aku dan adik aku, Uda (gelaran dalam keluarga aku) boleh pulak baik gila dengan anak kawan abah tu. Aku namakan dia Sarip Dol (Bapak dia pun aku tak ingat siapa, nak ingat nama anak dia lagi haram).

Bukan main lagi lah masa dekat rumah kawan abah tu, main bagai nak rak. Dia lari, aku kejar. Aku lari dia kejar. Uda lari, aku dan Sarip Dol kejar. Nampak semangat tak budak-budak tahun 90-an bermain? Tak macam budak sekarang, tahu main picit-picit dengan sapu-sapu tablet je. Haram pemalas.

Penat bermain kejar-kejar, Sarip Dol ajak berjalan pulak entah mana hala pulak. Fuhh, tak penat ke apa budak ni kata aku tapi memandangkan aku nak menunjukkan kepoweran aku, aku ikut jugak. Malu woi kalau tak ikut. Lagipun kawasan Sarip Dol, aku dengan Uda ikut jela kan.

Sampai ke petang dekat-dekat nak maghrib tu, abah ajak keluarga kawan abah tu makan dekat kedai makan. Nama pun nak makan, bukannya nak cari basikal pun.

Kira-kira bila dah sampai je kat kedai makan tu, abang yang ambil order tu pun tanya la sorang-sorang nak makan apa kan. Ada yang kata nak makan nasi goreng, mee goreng, nasi goreng cina dengan telur mata goreng. Kalau boleh semua makanan dalam menu tu keluarga aku nak minta.

Bila sampai tang minuman, mama aku order air buah oren segar, abah nescafe ais rasanya ( entah dah popular belum masa ni air ni). Sarip Dol pulak minta teh tarik yang kaw punya.

“Saya pun nak sama dengan dia ye tapi bagi saya yang lagi kaw punya tau.” Kata aku kepada abang yang ambil order tu. Haram aku tak tahu apa maksud kaw punya. Ikut jela Sarip Dol order apa kan.

Semua tengok aku. Aku buat tak tahu jela. Aku, Uda dan Sarip Dol terus bermain kejar-kejar lepas je order. Sambung yang petang tadi barangkali. Budak-budak yang cergas macam kami mana kenal apa itu penat.

Tengah main kejar-kejar tu aku nampak makanan dan minuman aku dah sampai. Aku berhentilah bermain dan terus ke duduk untuk makan. Mama kata tak sedap makan masa makanan dah sejuk. Aku budak baik dengar kata Mama aku. Masa tu, aku makan punyalah gelojoh sampaikan aku tercekik barulah aku berhenti.

Apa lagi, aku minumlah air teh tarik yang aku order tadi. Minum seteguk. Aku berhenti. Perlahan-lahan aku turun dari kerusi tempat aku duduk dan berjalan ke arah mama aku.

“Mama, nak air mama boleh? Air Alang tak sedap la.” Tanya aku kepada mama aku dengan muka mintak tampar bertubi-tubi. Masa tu jugaklah aku kena ceramah oleh mama aku. Aku buat tak tahu je, yang penting boleh minum air sedap. Jus oren segar kata kau.

NotaKaki : Apesal line internet aku macam pun&#k je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...