Thursday, March 21, 2013

191. Hari yang lepas.

Pernah korang duduk sejenak beberapa saat dan memikirkan kembali apa yang pernah buat, apa yang kau sedang buat dan apa yang korang nak buat? Ok, mungkin bukan beberapa saat tapi point aku pernah tak?

Baru-baru ni aku berpeluang menyaksikan filem 'Liberal Arts'. Ok aku download je. Boleh dikatakan filem ni membuatkan aku terfikir balik kehidupan aku selama ni dan apa yang sebenar-benar yang aku nak buat.

Tahun ni umur aku hampir menjangkau suku abad. Ada kawan aku sudah mendirikan rumah tangga, ada yang sudah ada anak malahan ada yang nak dapat anak kedua lagi. Abang aku sendiri insyallah raya tahun ni akan kahwin gak. Dengar-dengar wank sendiri nak masuk meminang hujung tahun ini, semoga berjaya bro.

Semua ini menyebabkan aku terfikir 'what the fuc#%ng s#!t I'm doing now?'. Kalau aku boleh jumpa balik aku 10tahun lepas, confirm dia kecewa (aku terlampau banyak tengok sitkom).

Aku nak pusing satu Malaysia lepas sekolah tak dapat-dapat. Kahwin pada usia 23tahun tak dapat. Sambung study pun aku tak mintak lagi dah. Aku terasa aku tiada usaha langsung ke arah semua itu. Hanya tahu complain without action langsung.

Kalau aku resign and start balik hidup aku kat kampung orait tak? Hmmmmm..

NotaKaki: Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Terlalu cliche.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...