Wednesday, March 20, 2013

190. Impian?


Setiap manusia normal yang dilahirkan dalam dunia ini mesti ada sekurang-kurangnya satu impian yang nak ditunaikan. Mungkin kalau ada yang kata tiada tu, dia adalah robot yang dihantar daripada masa depan.

Hari ini aku terasa nak kongsi impian terkini aku. Impian ini selalunya hanya akan timbul bila aku rasa betul-betul sunyi. Lagi-lagi ada something yang terjadi hari isnin yang lepas membuat aku terasa sedih dan sunyi. Ianya membuatkan aku terkenang pada kehidupan aku dari tahun 2009 yakni selepas habis belajar kat Poli sehingga sekarang 2013. Satu tahun bekerja di Kota Damansara dan hampir 3 tahun bekerja di Subang Jaya.

Aku terasa seperti aku tidak dihargai langsung apabila dia meminta sesuatu daripada aku. Lantas membuatkan aku memikirkan impian aku.

Aku mengimpikan untuk membeli sebuah basikal dan mengelilingi Malaysia yang dimulakan dengan Semenanjung Malaysia dan diakhiri di Sabah Sarawak. Pada sesetengah kawan yang rapat dengan aku mungkin dah jelik dengan impian aku yang asyik bertukar saban tahun.

Cuma kalau ada yang betul-betul rapat dengan aku mungkin tahu yang sejak dari sekolah lagi, aku mengimpikan untuk mengelilingi Malaysia tanpa menggunakan kereta sendiri. Maksudnya mungkin menggunakan pengangkutan awam, berjalan kaki, basikal ataupun apa sahaja. Asalkan bukan kereta.

Ianya tidak pernah terjadi kerana aku tidak pernah mempunyai masa yang cukup panjang untuk impian aku itu. Malahan tanpa aku mengira bajet pun aku sendiri dah tahu yang mana ianya akan memerlukan bajet yang sangat tinggi. Oleh kerana itu apabila wank mengajak aku ke Cameron Highlands dua tahun lepas aku bersetuju. Malahan ke Bangkok pun sama. Dia bijak main bajet. Aku suka walaupun aku selalunya akan terlebih bajet sikit dan mungkin ada menyalahkan dia dalam sedar atau tidak. Sorry bro.

Aku harap cukup bulan ni aku nak hold dulu projek kedai buku aku dan proceed ke RM500 ke arah basikal dulu. Harap-harap aku ada semangat yang cukup untuk semua tu.

NotaKaki : Lelaki pun boleh menangis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...