Friday, March 15, 2013

188. Paling tinggi 4 orang je


Apa yang paling 4 orang je sebenarnya kan? Mesti ada yang tak paham kan? ataupun ingat pasal kahwin. Sebenarnya bukan. Ianya adalah nasihat daripada wank di mana kalau mahu pergi bercuti cukuplah 4 orang sahaja.

Kenapa 4 orang sahaja? Ni aku nak cerita ni. Korang akan memerlukan perancangan yang sangat-sangat rapi kalau korang plan nak pergi lebih daripada 4 orang. Korang takkan dapat seperti apa yang korang rancangkan kalau pergi lebih daripada 4 orang. Pelbagai masalah yang akan timbul.

Contohnya, ada yang pemalas, ada yang pemalu, ada yang akan gaduh, ada yang akan tidak puas hati, ada yang tidak akan ikut apa yang dirancang terlebih dahulu, akan ada yang hanya tahu mengikut sahaja tanpa memberi cadangan dan membuatkan orang marah, akan ada ibu bapa tidak bagi ikut kerana takut tempat itu bahaya, ada yang akan sakit, ada yang akan homesick, akan ada yang asyik nak makan je, akan ada yang nak marah-marah je dan banyak lagi. Yang aku bagi pun dah banyak gak rasanya.

Bukanlah jika korang pergi 4 orang takkan timbul masalah-masalah yang di atas. Aku sendiri pernah terasa hati dengan wank dan aku pasti wank lagi banyak tak puas hati dengan aku. Cuma apabila ianya berlaku dalam lingkungan 4 orang sahaja ianya KURANG menimbulkan masalah apabila ianya melebihi 4 orang. Fuh, ayat aku memang power sampai aku sendiri tidak paham.

Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal benda ini? Sebabnya dari hujung tahun lepas company tempat aku menuai padi merancang untuk bercuti bersama-sama. Pada mula rancangan ianya seperti tiada apa-apa masalah.

Sehinggalah pemilihan tempat dibuat. Antara tempat yang diluahkan untuk pergi Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Sabah, Singapura dan banyak lagi. Antara semua-semua tempat itu, paling menarik perhatian aku hanyalah Singapura tetapi tidak dipilih. Aku tidak kisah yang mana sama seperti staf-staf lain kerana pada kitorang yang penting dapat bercuti. Masalah itu selesai.

Masalah kedua timbul apabila ada yang ingin membawa keluarga bersama. Masalah selesai selepas semua bersetuju staf yang tidak masih berkahwin boleh membawa rakan. Masalah mula timbul apabila ada yang tidak ingin berkongsi bilik supaya aku boleh membawa Madam Bee, aku mengalah dan mengajak rakan aku yang lain. Setel lagi.

Sekarang timbul lagi satu masalah apabila suami kepada K.Ina tidak ingin pergi ke Langkawi menggunakan kapal terbang. Dia lebih sanggup menggunakan kereta ke sana. Dalam hati what the hell? Kau tak payah pun tiket kapal terbang tu. Just perlu datang ke airport dan naik je. Apa masalahnya? Ok, benda ni takkan jadi masalah sebenarnya. Pada aku suka hati kau la nak naik apa kan. Ianya menjadi masalah apabila kitorang dah TEMPAH TIKET kapal terbang. Seriously pada aku sangat-sangat *#=#% la orang gini. Tak boleh ke bagitahu awal-awal. Dah plan dari hujung tahun lepas kot. Lasst-last tukar je kepada kakak kepada K.Ina.

So, sekarang bulan March 2013. Kitorang plan untuk pergi bulan September 2013. Masih ada lebih kurang 5-6 bulan lagi. Aku dapat rasakan yang akan ada masalah lagi yang timbul. Mungkin dari aku sendri. Siapa tahu.

NotaKaki : Jom meriahkan Stadium Shah Alam tengok  Malaysia lawan woi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...