Friday, March 22, 2013

192. Apa kata kalau....


Google takde?

Pernah tak korang terfikir? Adik saudara aku lah kongsi gambar kat FB.



Yang tak boleh blah siap ada yang buat page fb tu

"What if there was no Google" "I Don't know, Google it"

bertapa besarnya kesan Google kepada dunia sejagat. Sebelum ni mana ada orang sebut
kau yahoo la, kau msn la ataupun yang baru punya kau bing la. Tak ada.

So, berterima kasih la sikit kat Google lepas korang buat assignment ke apa-apa ke kan.
NotaKaki : Esok mahu buat apa ek?

Thursday, March 21, 2013

191. Hari yang lepas.

Pernah korang duduk sejenak beberapa saat dan memikirkan kembali apa yang pernah buat, apa yang kau sedang buat dan apa yang korang nak buat? Ok, mungkin bukan beberapa saat tapi point aku pernah tak?

Baru-baru ni aku berpeluang menyaksikan filem 'Liberal Arts'. Ok aku download je. Boleh dikatakan filem ni membuatkan aku terfikir balik kehidupan aku selama ni dan apa yang sebenar-benar yang aku nak buat.

Tahun ni umur aku hampir menjangkau suku abad. Ada kawan aku sudah mendirikan rumah tangga, ada yang sudah ada anak malahan ada yang nak dapat anak kedua lagi. Abang aku sendiri insyallah raya tahun ni akan kahwin gak. Dengar-dengar wank sendiri nak masuk meminang hujung tahun ini, semoga berjaya bro.

Semua ini menyebabkan aku terfikir 'what the fuc#%ng s#!t I'm doing now?'. Kalau aku boleh jumpa balik aku 10tahun lepas, confirm dia kecewa (aku terlampau banyak tengok sitkom).

Aku nak pusing satu Malaysia lepas sekolah tak dapat-dapat. Kahwin pada usia 23tahun tak dapat. Sambung study pun aku tak mintak lagi dah. Aku terasa aku tiada usaha langsung ke arah semua itu. Hanya tahu complain without action langsung.

Kalau aku resign and start balik hidup aku kat kampung orait tak? Hmmmmm..

NotaKaki: Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Terlalu cliche.



Wednesday, March 20, 2013

190. Impian?


Setiap manusia normal yang dilahirkan dalam dunia ini mesti ada sekurang-kurangnya satu impian yang nak ditunaikan. Mungkin kalau ada yang kata tiada tu, dia adalah robot yang dihantar daripada masa depan.

Hari ini aku terasa nak kongsi impian terkini aku. Impian ini selalunya hanya akan timbul bila aku rasa betul-betul sunyi. Lagi-lagi ada something yang terjadi hari isnin yang lepas membuat aku terasa sedih dan sunyi. Ianya membuatkan aku terkenang pada kehidupan aku dari tahun 2009 yakni selepas habis belajar kat Poli sehingga sekarang 2013. Satu tahun bekerja di Kota Damansara dan hampir 3 tahun bekerja di Subang Jaya.

Aku terasa seperti aku tidak dihargai langsung apabila dia meminta sesuatu daripada aku. Lantas membuatkan aku memikirkan impian aku.

Aku mengimpikan untuk membeli sebuah basikal dan mengelilingi Malaysia yang dimulakan dengan Semenanjung Malaysia dan diakhiri di Sabah Sarawak. Pada sesetengah kawan yang rapat dengan aku mungkin dah jelik dengan impian aku yang asyik bertukar saban tahun.

Cuma kalau ada yang betul-betul rapat dengan aku mungkin tahu yang sejak dari sekolah lagi, aku mengimpikan untuk mengelilingi Malaysia tanpa menggunakan kereta sendiri. Maksudnya mungkin menggunakan pengangkutan awam, berjalan kaki, basikal ataupun apa sahaja. Asalkan bukan kereta.

Ianya tidak pernah terjadi kerana aku tidak pernah mempunyai masa yang cukup panjang untuk impian aku itu. Malahan tanpa aku mengira bajet pun aku sendiri dah tahu yang mana ianya akan memerlukan bajet yang sangat tinggi. Oleh kerana itu apabila wank mengajak aku ke Cameron Highlands dua tahun lepas aku bersetuju. Malahan ke Bangkok pun sama. Dia bijak main bajet. Aku suka walaupun aku selalunya akan terlebih bajet sikit dan mungkin ada menyalahkan dia dalam sedar atau tidak. Sorry bro.

Aku harap cukup bulan ni aku nak hold dulu projek kedai buku aku dan proceed ke RM500 ke arah basikal dulu. Harap-harap aku ada semangat yang cukup untuk semua tu.

NotaKaki : Lelaki pun boleh menangis.

Monday, March 18, 2013

189. Apa masalah sebenar?


Tadi aku dengan wank singgah Stadium Shah Alam tengok friendly game antara Malaysia dengan Arab Saudi. Malaysia kena 4 gol dan bagi sebijik je ke Arab Saudi.

Lepas game tu, wank tanya aku "Apesal tak bagi first team je main dari awal?"

agak-agak korang kenapa ek? Kalau boleh takde yang kata EKSPERIMEN. Itu jawapan tahi daripada seorang yang tahi.

Sekian.

NotaKaki : Tiga minggu berturut-turut badan gua penat!

Friday, March 15, 2013

188. Paling tinggi 4 orang je


Apa yang paling 4 orang je sebenarnya kan? Mesti ada yang tak paham kan? ataupun ingat pasal kahwin. Sebenarnya bukan. Ianya adalah nasihat daripada wank di mana kalau mahu pergi bercuti cukuplah 4 orang sahaja.

Kenapa 4 orang sahaja? Ni aku nak cerita ni. Korang akan memerlukan perancangan yang sangat-sangat rapi kalau korang plan nak pergi lebih daripada 4 orang. Korang takkan dapat seperti apa yang korang rancangkan kalau pergi lebih daripada 4 orang. Pelbagai masalah yang akan timbul.

Contohnya, ada yang pemalas, ada yang pemalu, ada yang akan gaduh, ada yang akan tidak puas hati, ada yang tidak akan ikut apa yang dirancang terlebih dahulu, akan ada yang hanya tahu mengikut sahaja tanpa memberi cadangan dan membuatkan orang marah, akan ada ibu bapa tidak bagi ikut kerana takut tempat itu bahaya, ada yang akan sakit, ada yang akan homesick, akan ada yang asyik nak makan je, akan ada yang nak marah-marah je dan banyak lagi. Yang aku bagi pun dah banyak gak rasanya.

Bukanlah jika korang pergi 4 orang takkan timbul masalah-masalah yang di atas. Aku sendiri pernah terasa hati dengan wank dan aku pasti wank lagi banyak tak puas hati dengan aku. Cuma apabila ianya berlaku dalam lingkungan 4 orang sahaja ianya KURANG menimbulkan masalah apabila ianya melebihi 4 orang. Fuh, ayat aku memang power sampai aku sendiri tidak paham.

Kenapa tiba-tiba aku cerita pasal benda ini? Sebabnya dari hujung tahun lepas company tempat aku menuai padi merancang untuk bercuti bersama-sama. Pada mula rancangan ianya seperti tiada apa-apa masalah.

Sehinggalah pemilihan tempat dibuat. Antara tempat yang diluahkan untuk pergi Pulau Pinang, Langkawi, Melaka, Sabah, Singapura dan banyak lagi. Antara semua-semua tempat itu, paling menarik perhatian aku hanyalah Singapura tetapi tidak dipilih. Aku tidak kisah yang mana sama seperti staf-staf lain kerana pada kitorang yang penting dapat bercuti. Masalah itu selesai.

Masalah kedua timbul apabila ada yang ingin membawa keluarga bersama. Masalah selesai selepas semua bersetuju staf yang tidak masih berkahwin boleh membawa rakan. Masalah mula timbul apabila ada yang tidak ingin berkongsi bilik supaya aku boleh membawa Madam Bee, aku mengalah dan mengajak rakan aku yang lain. Setel lagi.

Sekarang timbul lagi satu masalah apabila suami kepada K.Ina tidak ingin pergi ke Langkawi menggunakan kapal terbang. Dia lebih sanggup menggunakan kereta ke sana. Dalam hati what the hell? Kau tak payah pun tiket kapal terbang tu. Just perlu datang ke airport dan naik je. Apa masalahnya? Ok, benda ni takkan jadi masalah sebenarnya. Pada aku suka hati kau la nak naik apa kan. Ianya menjadi masalah apabila kitorang dah TEMPAH TIKET kapal terbang. Seriously pada aku sangat-sangat *#=#% la orang gini. Tak boleh ke bagitahu awal-awal. Dah plan dari hujung tahun lepas kot. Lasst-last tukar je kepada kakak kepada K.Ina.

So, sekarang bulan March 2013. Kitorang plan untuk pergi bulan September 2013. Masih ada lebih kurang 5-6 bulan lagi. Aku dapat rasakan yang akan ada masalah lagi yang timbul. Mungkin dari aku sendri. Siapa tahu.

NotaKaki : Jom meriahkan Stadium Shah Alam tengok  Malaysia lawan woi!

Friday, March 1, 2013

187. Freedom of Speech? Really?


Korang dah tengok video ni? kalau belum, korang tengoklah dulu.

dah tengok kan?

baca pulak yang ni.

Kalau tak nampak, cuba klik. Kalau tak boleh click Utusan Malaysia.

Dah baca? Apa pandangan korang ek?

Pada aku, ianya sangat menyedihkan. Bukanlah kerana aku minat kepada Salih Yaakob ni sangat pun. Kalau tengok dia belakon pun, gelak tak gelak je aku tengok.

Apa yang aku nampak ketika ini ialah, kebanyakkan orang lebih-lebih lagi di Malaysia tidak boleh diperli langsung. Walhal selama ni mereka-mereka ini jugaklah yang meminta FREEDOM OF SPEECH.

Come on, masa aku tengok video tu aku cuma mampu tergelak je. Pada aku kalaulah apa yang video ni tunjuk tak betul, senyap je. Hanya orang yang terasa je yang akan melenting kan?

Ibarat siapa makan cili, dia terasa pedas. Kalau tak tahu apa maksud dia, boleh click kat link tu.

Seriously, aku frust sebab situasi sekarang ibarat buaya yang sedang tengok cermin. Kah kah kah. Apa aku merepek ni dah. Entahlah.

Korang renung-renungkanlah apa patut kita buat untuk dapat politik yang matang.

Aku nak menangis kejap. Kih kih kih.

NotaKaki : Bukit Tabur second round.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...