Sunday, February 3, 2013

182. Pesta Buku 1 Malaysia


Siang tadi sempat jugak aku habiskan masa kat PWTC. Kat sana ada Pesta Buku 1 Malaysia. Takdelah besar sangat macam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tapi bolehlah untuk sesiapa lepaskan nafsu untuk dapatkan buku-buku yang baru dan murah kan.

Aku pun sempat dapatkan tiga buku. Jadilah daripada takde buku mau baca. Bosan woooo.

Yang Budak Beca tu adalah tulisan Ishak Haji Muhamad ataupun Pak Sako. Dalam Budak Beca, Pak Sako mengkritik sikap bangsawan Melayu yang lupa akan peranan masing-masing. Pak Sako juga menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit Merdeka! tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak tahu cara untuk mengisi kemerdekaan itu nanti. Beliau juga menyuarakan betapa orang Melayu semakin terhimpit di bumi sendiri dek sikap mereka. Keadaan ini diparahkan lagi dengan berlakunya perubahan sosioekonomi Tanah Melayu akibat dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris. Ini semua menyesakkan dada Pak Sako. Lantaran itu, lahirlah Budak Beca bagi mengingatkan dan menyedarkan orang-orang Melayu agar tidak berdagang di tanah sendiri.

Kat situ aku tengok buku ni dah lama dah diterbitkan dan sekarang ni diterbitkan semula oleh Institusi Terjemahan dan Bahasa Malaysia (ITJM). Bagus jugak usaha ni kan? Kadang-kadang terasa gak nak baca buku lama-lama. Tapi tak tahu lah best ke tidak kan. Nak tahu bacalah. Hehe.

Yang dua lagi tu buku baru. Nakal Gunung tu novel gak tulisan Emin Madi. Aku usha-usha dan belek, nampak menarik je buku. Tu yang aku angkat je. Ikutkan wank pun nak angkat gak, nasib aku beli dulu. Kalau tak melepas la weh.

 Mat Indera, Petualang atau Pejuang tu pulak tulisan Dr Muhaimin Sulam mengenai Mat Indera dari pandangan dia la kot. Nama tajuk pun dah Mat Indera. Haha.

Lepas je habis pusing kat PWTC, kitorang terus ke IKEA. Kononnya nak cari frame gambar yang simple-simple. Dapat poster free la katakan. Tak jumpa tapi kitorang pergi makan meatball situ. Perghh..Mantap! Itu je. Hehe.

NotaKaki : Ubah sikit diri tu.

6 comments:

  1. Aku suka buku ketengahkan isu mcm dlm budak beca tuh.Nanti pasti cari satu.

    ReplyDelete
  2. semoga jumpa la hendaknya ye..hehe

    ReplyDelete
  3. aku ni kadang teringin nak beli buku macam2
    tapi buku yang tak baca lagi dok ada pon bertimbun2
    terus demotivate daripada nak beli buku baru haha

    ReplyDelete
  4. busy sangat ke bro sampai tak baca2 buku yang timbun2 tu?haha

    ReplyDelete
  5. jeles sbb sy xdpt pegi pesta buku..haish!

    ReplyDelete
  6. next time ada lagi. bulan april ni kalau tak silap.

    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...