Sunday, February 24, 2013

186. TPB AFK


Silalah layan jika anda pendownload tegar. Kalau tak pun boleh gak.

Aku ni tak tahu la tegar ke tak. Download ada jugak tapi yang luar negara jela. Hehe.

NotaKaki : Sorang lagi dah takde.

Wednesday, February 13, 2013

185. Hargai sesuatu.


Korang semua perasan tak something? Yang mana kita pasti akan tidak menyukai something yang mana walaupun ianya hanyalah satu sahaja. Tipu kalau takde.

Baru-baru ni aku ada tengok sitcom SCRUBS. ok sitcom lama. Sekarang memang aku tengah layan sitcom-sitcom lama pun. Dalam satu siri tu, awek dia mintak pakwe dia buang tahi lalat antara bibir dan hidung dia. Sebelum tu, pakwe dia ni simpan misai tapi cukur sebab awek dia suruh. So, bila awek dia tahu yang pakwe dia ada tahi lalat, lagi lah dia rasa tak suka sampai suruh bedah untuk buang tahi lalat tu.

Pakwe dia bersetuju tapi dengan satu syarat iaitu lepas kahwin, awek dia kena ambil nama family pakwe dia. Awek dia taknak sebab merasakan nama family awek dia ni adalah satu heritage (aku tahu maksud tapi tak reti nak translate. Haha!).

So, macam-macam lah dorang ni merepek. Tapi ada sorang doktor ni bagitahu kat awek dia yang "walaupun kau tak suka langsung benda tu tetapi kau akan sangat merindui benda tu apabila benda tu dah takde".

Sama jugaklah dengan kita kan? Contohnya kita tak cukup tak suka apabila ibu atau bapa kita membebel depan kita tapi bila mereka dah tiada, jangan tipu kata korang takkan rindukan dorang langsung. Kalau ada yang kata tak rindu, korang memang tahi.

So, apa yang sebenarnya punya aku membebel panjang-panjang ni sebenarnya ek? Saja nak bagitau aku rindu Madam Bee. Itu sahaja. Terima Kasih.



NotaKaki : Nak pakai banyak duit woi!

Wednesday, February 6, 2013

184. Hari sedih untuk Man Utd

Just nak kongsi sikit, walaupun aku tak lahir pun lagi masa tu dan Malaya pun baru berapa bulan masa tu.

NotaKaki : Jangan lupa Dia.

Tuesday, February 5, 2013

183. Classic seyh!


Gua terasa video ni classic dan cute untuk tidak letak dalam ni. Have funn!

NotaKaki : Jangan terlalu mengejar dunia sehingga melupakan akhirat dan kawan-kawan.

Sunday, February 3, 2013

182. Pesta Buku 1 Malaysia


Siang tadi sempat jugak aku habiskan masa kat PWTC. Kat sana ada Pesta Buku 1 Malaysia. Takdelah besar sangat macam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tapi bolehlah untuk sesiapa lepaskan nafsu untuk dapatkan buku-buku yang baru dan murah kan.

Aku pun sempat dapatkan tiga buku. Jadilah daripada takde buku mau baca. Bosan woooo.

Yang Budak Beca tu adalah tulisan Ishak Haji Muhamad ataupun Pak Sako. Dalam Budak Beca, Pak Sako mengkritik sikap bangsawan Melayu yang lupa akan peranan masing-masing. Pak Sako juga menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit Merdeka! tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak tahu cara untuk mengisi kemerdekaan itu nanti. Beliau juga menyuarakan betapa orang Melayu semakin terhimpit di bumi sendiri dek sikap mereka. Keadaan ini diparahkan lagi dengan berlakunya perubahan sosioekonomi Tanah Melayu akibat dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris. Ini semua menyesakkan dada Pak Sako. Lantaran itu, lahirlah Budak Beca bagi mengingatkan dan menyedarkan orang-orang Melayu agar tidak berdagang di tanah sendiri.

Kat situ aku tengok buku ni dah lama dah diterbitkan dan sekarang ni diterbitkan semula oleh Institusi Terjemahan dan Bahasa Malaysia (ITJM). Bagus jugak usaha ni kan? Kadang-kadang terasa gak nak baca buku lama-lama. Tapi tak tahu lah best ke tidak kan. Nak tahu bacalah. Hehe.

Yang dua lagi tu buku baru. Nakal Gunung tu novel gak tulisan Emin Madi. Aku usha-usha dan belek, nampak menarik je buku. Tu yang aku angkat je. Ikutkan wank pun nak angkat gak, nasib aku beli dulu. Kalau tak melepas la weh.

 Mat Indera, Petualang atau Pejuang tu pulak tulisan Dr Muhaimin Sulam mengenai Mat Indera dari pandangan dia la kot. Nama tajuk pun dah Mat Indera. Haha.

Lepas je habis pusing kat PWTC, kitorang terus ke IKEA. Kononnya nak cari frame gambar yang simple-simple. Dapat poster free la katakan. Tak jumpa tapi kitorang pergi makan meatball situ. Perghh..Mantap! Itu je. Hehe.

NotaKaki : Ubah sikit diri tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...