Thursday, January 24, 2013

181. The Tower : Review


Malam tadi aku tengok filem korea yang bertajuk The Tower. Mula-mula aku takde la tengok sangat filem ni tapi dah wank beria sangat nak tengok dan aku bosan. Aku layan jela.

Filem ini berkisah tentang sebuah bangunan tinggi yang dinamakan Sky Tower yang terbakar ketika ada ramai umat manusia dalam bangunan tu. So apa jadi kat dorang semua tu? Selamat ke tak? Apa yang diorang buat untuk selamatkan manusia-manusia itu? Kalau nak tahu korang kenalah tengok kat panggung.

Apa yang aku boleh kata tentang filem ni? Pada aku filem ni ok untuk ditonton. Filem ni menggunakan genre yang agak berlainan daripada drama-drama yang berasal daripada Korea. Not bad dan pada aku industri perfileman diorang memang dah sangat jauh meninggalkan industri perfileman Malaysia. Bukan aku ingin merendah-rendahkan Malaysia tetapi itu hakikat. Aku tak rasa diorang menggunakan bajet yang sedikit untuk menghasilkan filem ini. Aku harap akan ada filem dari Malaysia yang boleh sebaik atau lebih baik daripada filem ini. KRU studio mungkin? Skop Production? atau yang lain? Mungkin.



Filem ini memaparkan bagaimana kasih sayang seorang ayah yang sanggup meredah segala-galanya untuk mencari anaknya terperangkap kat atas. Selain itu, filem ini juga menunjukkan pada kita apa yang terjadi apabila kita menggunakan pengaruh untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. Cewahh. Ayat aku bukan main. Entah betul ke tak aku tak peduli. Memang itu yang aku rasa.

Dalam filem ni gak ada menunjukkan yang mana apabila kita ini orang biasa memang tidak dipandang. Macam cilake. Ingatkan kat Malaysia je, rupanyan kat Korea pun ada perangai serupa tu. Tahi!


Cuma ending dia aku dah boleh agak. Lebih kurang macam filem dari Jepun yang mana akan ada watak penting yang mati untuk orang lain tapi aku suka bila ada ending gini. Bukan apa, ianya akan menunjukkan yang untuk mendapatkan sesuatu, kita mungkin mengorbankan sesuatu yang kita sayang. Dan babak tu sedih woo.. Sikit lagi nak nangis. Kahkahkahkah!

Nak bagitahu yang awek korea memang comel.

Itu je kot aku nak khabar ke korang. Silalah tengok ye filem ni.

NotaKaki : Batu Caves tu celah kaki je weh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...