Monday, January 21, 2013

180. Tunang.


Tengahari tadi mama aku call aku. Aku ingat nak tanya khabar ke apa. Rupa-rupanya nak bagitahu kat aku yang abang aku yang sulung nak tunang bulan febuari nanti. Aku macam terkejut gak sebab bulan disember tahun lepas baru jumpa abang aku tu dan takde apa-apa pun lagi. Tup-tup nak tunang dah.

Aku cuba mama aku siapa orang tu apa semua tapi mama aku taknak bagitau. Kena tanya abang aku sendiri. Mama mungkin jeles dengan orang lain, yela ada yang jauh lebih muda daripada abang aku pun dah dapat anak bagai.

Aku cuma harap kalau benda ni jadi, hubungan abang aku dengan bakal isteri dia berkekalan sampai mati nanti.

Amin.

NotaKaki : Menarik tak tajuk teksi?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...