Thursday, January 24, 2013

181. The Tower : Review


Malam tadi aku tengok filem korea yang bertajuk The Tower. Mula-mula aku takde la tengok sangat filem ni tapi dah wank beria sangat nak tengok dan aku bosan. Aku layan jela.

Filem ini berkisah tentang sebuah bangunan tinggi yang dinamakan Sky Tower yang terbakar ketika ada ramai umat manusia dalam bangunan tu. So apa jadi kat dorang semua tu? Selamat ke tak? Apa yang diorang buat untuk selamatkan manusia-manusia itu? Kalau nak tahu korang kenalah tengok kat panggung.

Apa yang aku boleh kata tentang filem ni? Pada aku filem ni ok untuk ditonton. Filem ni menggunakan genre yang agak berlainan daripada drama-drama yang berasal daripada Korea. Not bad dan pada aku industri perfileman diorang memang dah sangat jauh meninggalkan industri perfileman Malaysia. Bukan aku ingin merendah-rendahkan Malaysia tetapi itu hakikat. Aku tak rasa diorang menggunakan bajet yang sedikit untuk menghasilkan filem ini. Aku harap akan ada filem dari Malaysia yang boleh sebaik atau lebih baik daripada filem ini. KRU studio mungkin? Skop Production? atau yang lain? Mungkin.



Filem ini memaparkan bagaimana kasih sayang seorang ayah yang sanggup meredah segala-galanya untuk mencari anaknya terperangkap kat atas. Selain itu, filem ini juga menunjukkan pada kita apa yang terjadi apabila kita menggunakan pengaruh untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. Cewahh. Ayat aku bukan main. Entah betul ke tak aku tak peduli. Memang itu yang aku rasa.

Dalam filem ni gak ada menunjukkan yang mana apabila kita ini orang biasa memang tidak dipandang. Macam cilake. Ingatkan kat Malaysia je, rupanyan kat Korea pun ada perangai serupa tu. Tahi!


Cuma ending dia aku dah boleh agak. Lebih kurang macam filem dari Jepun yang mana akan ada watak penting yang mati untuk orang lain tapi aku suka bila ada ending gini. Bukan apa, ianya akan menunjukkan yang untuk mendapatkan sesuatu, kita mungkin mengorbankan sesuatu yang kita sayang. Dan babak tu sedih woo.. Sikit lagi nak nangis. Kahkahkahkah!

Nak bagitahu yang awek korea memang comel.

Itu je kot aku nak khabar ke korang. Silalah tengok ye filem ni.

NotaKaki : Batu Caves tu celah kaki je weh!

Monday, January 21, 2013

180. Tunang.


Tengahari tadi mama aku call aku. Aku ingat nak tanya khabar ke apa. Rupa-rupanya nak bagitahu kat aku yang abang aku yang sulung nak tunang bulan febuari nanti. Aku macam terkejut gak sebab bulan disember tahun lepas baru jumpa abang aku tu dan takde apa-apa pun lagi. Tup-tup nak tunang dah.

Aku cuba mama aku siapa orang tu apa semua tapi mama aku taknak bagitau. Kena tanya abang aku sendiri. Mama mungkin jeles dengan orang lain, yela ada yang jauh lebih muda daripada abang aku pun dah dapat anak bagai.

Aku cuma harap kalau benda ni jadi, hubungan abang aku dengan bakal isteri dia berkekalan sampai mati nanti.

Amin.

NotaKaki : Menarik tak tajuk teksi?

179. Rock OO. Rimba Bara Kembali



Antara filem wajib tengok untuk tahun ni. Dah la pengarah dia Mamat Khalid. Gua minat kebanyakkan filem dia. Sempoi je filem dia. Haha

NotaKaki : Bila nak tunang oi?

Saturday, January 12, 2013

178. Senyap seketika.


Minggu lepas aku perasan yang blog ni ada detect malware ke apa jadah entah. So, bila jadi gitu aku mula jadi malas nak update. Haha. Alasan baik punya.

Itu je kot nak bagitau.

Cuma nak habaq, mana-mana yang pergi Himpunan Kebangkitan Rakyat tu. Harap-harap pandai jaga diri ye. Aku bagitau awal-awal yang aku tak pergi. Hati aku belum cukup semangat untuk semua itu kot. Hati aku cuma semangant memberi sokongan daripada belakang yang sangat jauh sahaja.

Mana-mana yang kutuk tu, aku tak kisah pun korang nak kutuk tapi pastikan kutuk benda-benda yang lain yang buat korang kutuk tu. Contohnya, konsert yang buat jem ke, LTDL yang buat jem ke, himpunan parti yang buat jem ke. Bagi adil ye.

Jangan sebab korang tak suka, korang kutuk. Sangat nampak tak matang ye kawan-kawan.

NotaKaki : Sorang lagi kawan aku dapat baby oiii!!!!!

Saturday, January 5, 2013

177. Aku Penjual Buku version 2


Stok buku kali ni dah bertambah. Bolehlah try usha kat sana ye. Jangan malu2 nak tanya. Kami di SepenaRaya semua peramah2.


Stok buku kami yang ditambah kali ni ialah dari publisher Lejen Press. Insyalah dari semasa ke semasa kami akan tambah lagi. Dan insyallah kami sendiri akan menerbitkan buku. Mungkin.


Silalah click link kat bawah ni ye.

FB SepenaRaya
Twitter SepenaRaya
Blog SepenaRaya

Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...