Tuesday, December 31, 2013

243. Kena kongsi dengan korang ni!


Kalau ada yang tanya apa itu filem pada tahun 80-an, korang suruh je tengok trailer ni. Entah betul ke tak.

Layankan.

Terbaik kan?

NotaKaki : Aku sayang topi dia bagi. Tapi malu nak pakai. Kihkihkih.

242. Detik Terakhir.


Kenapa aku nak fikir tajuk semua payah macam cilaka?

Apa yang aku nak kongsi hari ni? Entah la. Aku terasa untuk hari terakhir di tahun 2013 masihi ni, terasa nak tulis sesuatu je. Macam-macam yang ada dalam kepala otak aku tapi ada sesuatu yang menghalang aku untuk menaip di keyboard aku.

Tahun ni jika diambil satu tahun ke satu tahu dari aku kecil, mungkin apabila aku dah berumur nanti sambil melihat cucu-cucu aku bermain dan aku duduk di atas kerusi malas memegang tablet untuk membaca berita terbaru akan membuatkan aku katakan tahun kegelapan aku. 2013 is tahun kegelapan untuk aku.

Tahun ni memang tiada hasil langsung untuk aku. Aku tak salahkan sesiapa, aku hanya mampu salahkan diri sendiri. Aku takkan menuding jari ke mana-mana dan mengatakan bukan salah aku yang tahun 2013 adalah tahun kegelapan.

Tahun di mana aku berhenti kerja, tahun di mana aku berpisah, tahun di mana perniagaan yang cuba dilakukan seperti tidak membuahkan hasil, tahun di mana ramai rakan-rakan aku dari kecil yakni tadika, sekolah, politeknik yang berkahwin, tahun di mana rakan-rakan itu ada yang sudah mendapat anak, tahun di mana ada mereka-mereka yang menyambung pelajaran yang lebih tinggi, ada yang mendapat pekerjaan yang menggembirakan mereka-mereka.

Aku? Tiada hasil. Hanya ini yang mampu aku katakan. Aku berharap pada tahun 2014, ianya bukanlah tahun kegelapan untuk diri aku lagi.

Aku rasa macam-macam alasan aku bagi kalau orang tanya aku apa masalahnya. Sepatutnya bukan itu yang aku buat. Sepatutnya aku mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang ada tapi aku cuma membiarkannya sahaja.

Dahla, aku malas nak tambah lebih-lebih. Bukan ada yang nak baca pun. Haha.

NotaKaki : Sejuk woi dok kampung ni woi!

Friday, December 27, 2013

241. Berfikir sebentar.


Pernah tak masa korang pergi masjid atau surau atau ketika korang nak solat berjemaah, imam kata rapat-rapatkan saf? Kalau tak pernah dengar tu aku takde komen la.

Pernah tak korang masa berjalan ke arah masjid atau surau atau ketika korang nak solat berjemaah, korang akan nampak ramai yang memegang sejadah sendiri yang dibawa dari rumah?

Untuk bahagian solat wanita, aku takde komen tapi

Pernah tak korang nampak sesiapa yang membawa sejadah sendiri, kebiasaannya akan menggunakan sejadah itu sendirian? Maksud aku, berdiri sorang-sorang di atas sejadah tersebut?

Dan

Pernah tak korang nampak yang apabila mereka-mereka ini membuat begitu pastinya terdapat ruang di antara satu sama lain?

Takpe ke ek? Takde rasa nak kongsi ke dengan sesiapa bagi rapat sikit?

selamat berfikir.

NotaKaki : Hampir tamat.

Saturday, November 30, 2013

240. Orang Kiteeee.


Semalam ada Anugerah Skrin kat TV3 kan? Aku tak tengok tapi aku ada jugaklah tengok keputusan dia kat internet. Aku dapat tahu yang filem KIL dapat Anugerah Filem Terbaik. Kalau betul, dikatakan akan ramailah yang mula mencari-cari filem tu, baik di kedai-kedai yang DVD secara halal atau haram mahupun mencari di ruang-ruang internet.
Kenapa tiba-tiba aku ungkit pasal mende ni? Secara tiba-tiba aku terfikir, kalau la betul filem kat atas ni layak dapat Anugerah Filem Terbaik, kenapa tak ramai yang tengok? Dari mana aku boleh kata ramai tak tengok? Dari data yang aku dapat kat sini. Kalau korang tengok kat situ, jumlah kutipan dia dalam sekitar RM0.51Juta sahaja atau bahasa mudah RM 510,000.00 la kan? Aku lembap sikit bab-bab matematik ni.

Bila korang tengok-tengok balik kat situ, yang paling tinggi ialah filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit iaitu sebanyak RM5.89Juta atau RM 5,890,000.00. Kenapa filem ini tak layak dapat Anugerah Filem Terbaik? Korang tak musykil ke?

Korang cuba fikir sejenak, kenapa jadi macam ni? Kenapa filem yang dikatakan filem terbaik tetapi tidak mendapat sambutan daripada penonton-penonton Malaysia?

 Anugerah kita ni syok sendiri ke?

Atau korang nak kata penonton-penonton filem Malaysia tak bijak memilih?

Cuma, pernah jugaklah aku tanya-tanya kawan-kawan aku. Kenapa tak tengok filem Malaysia kat panggung? Antara jawapan paling cliche ialah sebab takde kawan nak teman, kenapa takde kawan nak teman? Sebab dorang tak tengok filem Malaysia, kenapa tak tengok?

Haa, yang ni paling banyak jawapan aku dapat. Sebab tak best,cerita cliche, tak logik dan sebagainya. Padahal mereka-mereka ini tak tengok pun lagi. Bukanlah aku nak kata filem-filem Malaysia ni semuanya best tetapi ada antaranya yang sepatutnya boleh diberi peluang untuk korang tengok kat panggung. Lagipun filem-filem luar negara pun ada jugak yang tak best. Aku pelik gak, filem-filem yang tak laku kat luar negara bila masuk Malaysia pun boleh jadi nombor satu dalam carta. Pelik.

Satu lagi jawapan yang aku dapat sebab kenapa mereka-mereka tak tengok kat panggung ialah sebab nanti musim raya keluar kat siaran tv biasa. Aku malas nak kata apa dah la.

NotaKaki : Lama gua tak tengok panggung ni.

Wednesday, November 13, 2013

239. Isu semasa : Warga asing

Perasan tak? Ada sesuatu yang tak kena dengan negara kita? Baru-baru ni kecoh pasal seorang pegawai bank yang ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri? Mula-mula dikatakan warganegara Malaysia sendiri, tiba-tiba esoknya kata bukan warganegara pulak.

Mulalah keluar cerita dalam berita yang menampakkan badan penguatkuasa membuat kerja. Ke sana sini mencari warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu. Ada yang kena dakwa la, ada yang kena tangkap. Macam-macam yang menunjukkan mereka-mereka ini membuat kerja.

Tapi, macam ada yang tak kena lah.

Memang pengawal keselamatan terlalu senang untuk pegang senjata api ke ek? Tak payah minta lesen atau kebenaran kepada mana-mana badan berkuasa ke?

Katakan kena minta, mesti diwajibkan bagi kad pengenalan kan? Takkan kat situ tak boleh nak kesan yang mana palsu ke mana yang betul ke? Atau tak buat kerja ek? Atau buat kerja tapi lepaskan juga sebab ada sesuatu berlaku bawah meja ke?

Oklah, mungkin ada yang pengawal keselamatan yang tak pakai senjata api kan. Tapi yang peliknya dalam berita tu senang pula dapat jumpa mana yang guna kad pengenalan palsu kan? Macam tau-tau je mana nak pergi? Tak pelik? Atas masing-masing punya pendapat.

Cuma satu je, semua warga asing yang guna kad pengenalan palsu ni kerja sebagai pengawal keselamatan ke? Yang bekerja dalam bidang lain semua tak payah periksa ke?

Tepuk dada tanya nak makan apa, tak reti masak beli je kat kedai.

NotaKaki : Bila musim hujan start ek?

Monday, November 11, 2013

238. Motor noobies

Gua ni start bawak motor secara profesional masa umur gua 17 tahun tu pun masa buat lesen. Dahla kantoi. Malu gua beb. Tak pernah dibuat orang. Kalau cerita pun tak boleh bagi semangat ke orang.

Kalau ikutkan gua belajar motor ni masa gua form 3 tak silap gua. Guna motor bapak kawan gua. Masa tu gua boleh start motor dengan gear 3. Amacam? Korang boleh lawan kenooban gua masa tu? Lepas tu konon-konon dah power la kan, balik rumah terus mintak motor kat bapak gua sebijik. Haram nak dapat, takpe gua paham.

Gua bukan apa, nak cerita kat korang-korang je. Kalau orang cakap dengan gua pasal motor ni haram gua nak tahu. Apa benda kaburator gua tak tahu. Masa gua isi borang pos laju pun ada part-part gua tak paham. Gua hentam jela masa tu, konon-konon macam masa ambil periksa la kan.

Gua jauh menyimpang ni. Apa yang menguatkan statement gua yang mengatakan gua ni noob pasal motor ni ialah setelah suku abad hidup di muka bumi ni baru la gua tahu gear motor honda c70 lampu bulat tu macammane. Gear satu dia kena tekan belakang, lepas tu kena tekan depan dua kali baru boleh masuk gear dua.

By the way siapa-siapa tak maksud noob tu korang noob kuasa dua. Sekian.

Notakaki : Esok cuti pulak. Baru nak tengok produk.

Sunday, November 10, 2013

237. Orang-orang kelantan memang power!


Kenapa aku bagi statement gitu?

Korang bayangkan la ye, sepanjang perjalanan dari rumah aku kat Kampung Mentuan hingga ke Beris dan patah balik. Aku boleh kira dengan jari berapa orang je yang pakai helmet masa bawak motor.

Seriusly, kepala dorang-dorang ni memang power nak mampus. Aku memang tabik spring la kat dorang-dorang ni. Baik dari muda sampai ke tua sama sahaja. Tak kisah la dorang ni nak pergi mana-mana. Sama sahaja.

Aku tak nafikan yang masa aku berdarah muda sikit suatu ketika dahulu pun berperangai sebegitu rupa tapi jarak perjalanan aku takdelah sejauh mereka-mereka semua itu. Korang boleh try google sendiri kalau nak tau bertapa jauh perjalanan aku tadi. Mereka-mereka ni ada antaranya yang bergerak sama dengan aku.  Korang bayangkan la kan power tak mereka-mereka ini kan.

Ahh, ayat aku dah serupa wank. Baik aku berhenti.

NotaKaki : Dua hari berjalan lancar.

Friday, November 8, 2013

236. Fasa Baru


Kalau termasuk hari ini, dah seminggu dua hari aku berada di Kota Bharu. Dalam proses melalui fasa yang baru dalam kehidupan aku. Korang bayangkan, sejak family aku pindah sini, aku hanya sempat tinggal paling lama pun 6 bulan sahaja.

Family aku pindah masa aku belajar di poli kat Kuantan. Praktikal 6 bulan pada tahun 2008. Kemudian lepas habis belajar sebulan kemudian terus mencari pengalaman dan rezeki di Lembah Klang yakni Kota Damansara setahun dan Subang Jaya 3 tahun setengah yang mana aku menetap di Shah Alam selama itu jugalah.

Kalau orang nak kata aku ni kelantan murtad pun memang dah layak. Kelantan celup pun boleh jugak. Dan kalau diikutkan macam-macam cop dah aku kena. Lagipun pada dasar hati aku, kampung aku di Segambut atau lebih tepat Taman Segambut (SPPK) sebab aku menetap kat situ lebih 10 tahun. 

Sebenarnya bukan benda ini yang aku nak tulis. Lebih kepada apa aku nak buat dekat sini. Bila aku kata ke orang ramai yang aku nak balik kampung dan tinggal bersama family aku, ramai yang tanya 

"kau nak buat apa kat sana?"

Lama dah aku pikirkan benda ini. Teruk sangatkah tempat ini sampai perlu orang tanya soalan sebegitu rupa ye? Pada aku ayat mencari rezeki di Kuala Lumpur (padahal sebelah Kuala Lumpur je banyak) dah terlalu overrated. 

Selama aku kat sana, lama dah perhatikan. Memang betul peluang pekerjaan lebih banyak, gaji lebih tinggi dan lain-lain faedah yang kau akan dapat tetapi ramai yang memikirkan dari sudut yang positif sahaja. Pernah tak mereka-mereka ini memikirkan perkara ini dari sudut negatif? Memang peluang pekerjaan lebih banyak tapi pernah pikir tak berapa ramai yang minta kerja di sana? Gaji lebih tinggi tapi kos sara hidup pun lebih tinggi kan? Sewa rumah, makan, minum dan lain-lain.

Bukanlah aku menghalang sesiapa untuk ke sana tetapi kalau boleh fikir masak-masak sebelum ke sana. Memang ada pekerjaan yang boleh korang kejar kat sana lagi-lagi pekerjaan yang memerlukan skill-skill profesional tapi tak semestinya yang korang belajar di universit dan mendapat degree korang akan dapat apa yang korang cari kat sana. Malahan ada gaji yang lebih kurang sama sahaja di mana-mana.

So, ambil masa dan fikirkan la ye. Aku nak renung masa depan ni.

Jap, aku tak cerita lagi apa aku nak cerita ni.

Bila aku kena soal dengan soalan di atas aku akan jawab

" Tanam anggur."

Ada yang gelak, ada yang ambil serius dan ada yang takde perasaan.

Ikut dalam hati aku sebenar?

Nanti jela aku cerita bila benda dah jadi.

NotaKaki: Sejuk woi musim hujan ni. 

Monday, October 28, 2013

235. Tajuk dan isi

Lama juga aku tak menulis kat sini. Biasalah memikirkan masa depan. Kalau tengok tajuk aku tu. Apa korang rasa yang aku nak kongsikan kali ni?

Hari ni aku nak tulis pasal filem pulak. Lama juga rasanya tak menulis pasal filem. Pernah tak korang nak tengok cerita kat panggung atau tv tapi tak tahu nak tengok apa? Apa yang korang buat, korang akan pilih cerita berdasarkan tajuk. Tak kisah apa-apa cerita. Mesti ada kan?

Aku tertarik nak tulis pasal ni sebab baru-baru ni kawan aku ada belanja aku tengok cerita kat panggung. Tak perlu diceritakan di mana kan.

Tajuk filem tu Longkai. Mulanya aku tak tahu apa maksud longkai ni sehingga kawan aku bagitau longkai ialah orang yang tarik kereta yang rosak kat tepi jalan.

Berdasarkan trailer filem tu yang aku dah tengok sebelum tu dan maksud longkai tu, aku dah setkan minda aku yang cerita tu memang mengisahkan pasal kehidupan longkai-longkai ini.

Dah tu apa yang aku tulis ni? Tak sampai-sampai lagi ke. Rilek. Nak cerita la ni.

Lepas aku tengok cerita tu dan berkongsi dengan kawan aku tu. Aku boleh katakan yang cerita ni bukan cerita longkai sangat pun. Kehidupan longkai tu hanyalah sampingan. Kalau ditukarkan kepada pekerjaan lain pun tak mengganggu perjalanan cerita ini langsung.

Jadi?

Apa yang aku perasan, kenapa ada lagi yang buat filem begini? Guna tajuk konon nak menarik orang tengok tapi sebaliknya ceritanya takde kena mengena sangat. Aku tak kata filem tempatan sahaja, malahan hollywood pun ada yang gitu.

Kecewa tau.

Malaslah nak story moli lagi pasal ni.

NotaKaki: Esok nak hantar motor.
NotaTapakkaki: Dia baca lagi ke blog aku sekarang?

Saturday, October 19, 2013

234. Ikut Peraturan atau Undang-undang


Aku ni dah berada di  muka bumi ni lebih suku abad. Alhamdullilah. Selama suku abad ni, aku kebanyakkannya berada di Malaysia.

Selama ni, apa yang aku perasan, orang Malaysia ni sangat susah untuk ikut peraturan atau undang-undang. Kenapa ek?

Terlalu banyak, contoh paling ketara kalau pagi-pagi nak pergi ke tempat kerja. Korang akan nampak berapa ramai yang akan menggunakan laluan kecemasan.

Lagi?

Kalau siapa yang pernah tinggal kat asrama, tipu kalau tak pernah budak-budak yang lompat pagar sebab nak pergi mana-mana kan?

Lagi?

Naik kapal terbang, mesti ada sahaja yang tak padamkan atau buat handphone tu dalam flight mode. Kan?

Nak lagi?

Berapa ramai yang suka langgar lampu merah? Yang bawak perlahan kat lorong laju?

Err.. Apa lagi ek? Siot pulak, masa ni la aku tak boleh nak fikir apa-apa dah.

Layan meegi sedap gak ni.

NotaKaki : Jet lag woi!

Thursday, October 10, 2013

233. Akhirnya.

Aku ni boleh dikatakan senang terpengaruh dengan sesuatu movie ataupun siri tv. Paling terpengaruh bila bab-bab makanan ni.

Dari bulan puasa dan kebelakangan ni, aku layan Orang Berlari. Dalam tu dorang ada tunjuk yang dorang makan Mee Ramen. Aku tertanya-tanya apa rasa dia.

Yang best, aku pergi beli mee segera dan konon-konon cuba buat sendiri mee ramen tu. Macam-macam rasa ada. Padahal aku sendiri tak tahu apa rasa, bentuk dan ciri-ciri yang perlu ada dalam mee ramen tu.

Sehinggalah kawan baik aku bawak aku ke tempat makan Mid Valley. Kat situ ada jual makanan Korea. Aku apa lagi, mula-mula tak tahu la nak ambil apa kan. Last-last aku ambil Mee Ramen Seafood. Harga dalam RM12 lebih kurang. Tapi kat situ tak eja ramen tapi ramyun. Tak tahu apa beza.

So, apa rasa dia? mee dia tu memang sebijik macam mee segera yang korang beli dan makan masa jadi student atau gaji korang lambat masuk tu. Sup dia ataupun kuah dia? Aku tak tahu. Bukan macam tomyam, tak sama dengan asam laksa, malahan jauh sangat dengan rasa laksa.

Sedap ke tak? Boleh tahan. Cuma mungkin harga dia tu agak mahal kerana memang bahan-bahan dia penuh. Malahan dorang siap bagi kimchi lagi. Masam. Katanya macam jeruk.

Korang boleh la try rasa kat sana nanti ye. Bawak sedara mara pi sana. Sekali sekala makan makanan negara lain. Apa salahnya kan?

Gini la rupa mee ramen tu.

NotaKaki : Tak sabar nak balik kampung.

232. Handphone hilang


Beberapa minggu yang lepas, aku pergi tengok wayang kat sebuah pusat membeli belah terkemuka di Bangsar. Korang boleh agak kot yang mana, ala yang besar tepi Lebuhraya Persekutuan tu. Boleh kot?

Lepas je tengok dengan salah seorang kawan baik aku, aku nak gerak ke Shah Alam sebab tertinggal barang. Masa dalam perjalanan tu aku nak telefon budak rumah aku nak tanya dorang ada tak kat rumah sebab aku tertinggal kunci kat rumah makcik aku kat Rawang. Jauh woi kalau nak ambil. Masa tu la aku tersedar yang handphone aku dah hilang.

Aku cemas, kalut, gabra, sedih. Semua ada. Handphone pemberian seseorang. Aku sayang gila kat handphone tu. Mula-mula aku ingat nak balik je ke Shah Alam, nasib baik kawan baik aku macam paksa sikit patah balik ke pusat membeli belah terkemuka tu.

Aku patah balik. Dengan harapan yang menggunung ada lagi handphone tu kat tempat aku tengok tadi. Pendekkan cerita. Takde. Aku sedih gila. Aku bagitau kat orang yang bagi handphone tu ke aku. Dia kata takpe. Lagi aku sedih, macam dah tak kisah je. Aku pasrah walaupun sedih.

Esoknya aku buat simcard baru. By the way, nak buat simcard baru terlalu senang dan cepat. Tak perlu ambil cuti satu hari pun kalau korang bekerja.

Nak dijadikan cerita, kakak aku message aku pada petang hari Rabu bagitau ada orang suruh ambil handphone kat pawagam tempat aku tengok wayang tu. Ada orang jumpa. Suruh ambil kat kaunter pawagam tu. Aku gembira.

Esoknya, lepas kerja aku gerak ke pawagam tu dengan harapan nak ambil handphone aku. Sampai je, aku bagitau kat pekerja pawagam tu. Mula-mula dorang bagitau manager takde, suruh tungguh yang shift malam punya. Okay, tak pe. Aku tunggulah. Tak lama pun, dalam pukul 8 malam tu je. Sempat la nak makan dan solat maghrib kan?

Aku pergi la sana bertanyakan handphone aku. Datang pula pekerja yang lain. Bagitau manager malam pun tak datang-datang lagi. Kononnya semalam bekerja sampai pukul 7 pagi. Dia suruh aku call balik esok atau tunggu dorang je call. Aku balik. Sedih.

Esok aku tak pergi sebab penat. Aku tak call sebab kononnya dorang akan call aku. Aku tunggu.

Sabtu siang aku call dorang 2 3 kali. Tapi sama jugak. Petang tu, aku pergi pawagam tu tapi aku tak jumpa dorang. Aku call dekat bahagian depan orang beratur beli tiket. Kononnya lagi dorang akan call aku balik malam tu jugak. Aku tunggu punya tunggu, haram takde call.

Masa ni aku dah pasrah balik yang mana rasanya takkan jumpa lagi handphone aku dah.

Tup tup hari Khamis, kawan baik aku suruh aku call pawagam tu sebab dorang ada call aku tapi tak dapat. Aku call dan dorang suruh datang ambil handpone aku kat pawagam tu.

Aku pergi bertemankan budak rumah aku. Aku pergi jumpa manager dan akhirnya handphone aku dapat jugak. Rupa-rupanya ada staff yang mencuri handphone aku. Kononnya staff tersebut dah dibuang kerja. Entah betul atau tidak aku tak tahu. Banyak nombor-nombor dalam tu dah dibuang, semua gambar aku dibuang. Sedih lagi.

Kalau korang baca apa yang aku tulis panjang-panjang kat atas tu, korang akan nampak bertapa susahnya aku nak dapatkan balik handphone aku tu. Kan lebih mudah pihak pawagam tu menceritakan perkara sebenar kepada aku? Tidak lah aku perlu ke sana berulang kali, atau telefon mereka berulang kali. Mudah kan jika jujur?

Lantaklah, yang penting aku dapat handphone aku balik. Alhamdullilah.

NotaKaki : Esok nak masak ayam goreng woi!

231. Fasa hidup yang baru

Lama juga aku tak menulis kat sini. Bukan apa, malas je. Okay, aku tahu. Ayat cliche. Aku pun benci orang tulis ayat-ayat tu.

Bulan oktober, rasanya ini adalah suku terakhir untuk tahun ini kan? Betulkan aku kalau aku silap.

Apa yang jadi kat aku bulan ni? Apa yang fasa baru nya? Ni nak cerita la ni.

Akhirnya setelah bekerja lebih 3 tahun di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya, aku berhenti. Ini adalah rekod paling lama aku bertahan di sebuah syarikat aku bekerja. Okay, ini pun kerja rasmi aku yang kedua selepas habis belajar di sebuah politeknik Kuantan tahun 2009.

Banyak yang bertanyakan kepada aku, apa yang ingin aku lakukan selepas ini? Secara jujurnya aku nak balik kampung dan tinggal bersama Mama dan Abah aku dulu. Mungkin berehat beberapa ketika dan memikirkan kembali masa depan aku.

Pada aku, kalau aku terus buat apa yang sedang buat sekarang. Aku takkam gembira sampai bila-bila. Dah la jauh daripada keluarga. Lebih baik tidak gembira tapi dekat dengan keluarga kan? Dah tu, itulah sebab paling kuat untuk aku balik kampung.

Mungkin rezeki aku lebih selepas ni. Siapa tahu kan? Bak kata orang-orang tua, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Okay, aku tak tahu betul ke tak. Aku tabur je tu.

Ramai rakan-rakan aku bertanya apa yang boleh aku buat di Kelantan. Sekali lagi, jujurnya aku tak tahu. Aku pernah tinggal kat Kelantan tak lebih 6 bulan iaitu masa aku buat praktikal tahun 2008. Aku pulak banyak duduk kat rumah lepas bekerja. Memang aku takde input apa yang aku boleh buat kat Kelantan. Tapi aku percaya, rezeki ada di mana-mana. Jadi, selagi kita tak tengok dengan betul-betul, kita takkan nampak. Kan?

Aku dah jauh mengarut. Bye.

NotaKaki : Pawagam kat KB mall dah siap belum?

Wednesday, September 18, 2013

230. Langkawi.


Alhamdullilh, selesai juga percutian aku tahun ni. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ni, tahun ni aku pergi bercuti bersama-sama dengan hampir kesemua rakan sepejabat aku. Disponsor. Senang hidup aku masa tu.

Malahan bukan sahaja rakan sepejabat, ada juga yang membawa keluarga mereka bersama. Aku pula mengajak ucop menemani aku ke sana. Mana tahu sejuk malam-malam, ada juga yang teman kan.

Gembira? Mestilah, siapa yang pergi bercuti tak gembira kan? Lebih-lebih lagi jika ditaja pula. Walaupun ada beberapa tempat yang tidak sempat singgah akibat kekangan masa, aku masih bersyukur kerana dapat meligat keindahan alam ciptaan tuhan.

Bezanya kalau percutian ditaja ni, kita kena ikut jadual yang dah ditetapkan walaupun ada yang tak berapa kena dengan jiwa kita. Lagi-lagi jiwa muda macam aku.

 Insyallah kalau ada rezeki lebih lagi pada masa hadapan kita jumpa lagi.


NotaKaki : Pulau Batam?

Saturday, September 7, 2013

Friday, September 6, 2013

228. Tandas Lelaki atau Tandas Perempuan?


Aku nak tanya korang betul-betul ni. Serius ni. Gila babi punya serius. Opss. Sori.

Kalau pondan, maknyah, bapok ataupun apa-apa jela korang panggil, mereka-mereka sepatutnya kalau nak ke tandas awam, yang mana patut dorang ni masuk ek? Tandas lelaki atau tandas perempuan?

Bila aku tanya ni, bukanlah bermaksud aku mengiktiraf mereka-mereka ini. Cuma aku menghormati mereka-mereka ini sebagai manusia biasa sahaja. Insyallah aku tidak akan mengutuk atau mengkeji mereka-mereka kerana aku sendiri tidaklah terlalu sempurna.

Mungkin apa yang aku mampu buat hanya lah menasihati sahaja. Itupun jika aku ada kawan-kawan seperti ini.

Oleh itu, berbalik kepada soalan aku tadi. Tandas lelaki ke tandas perempuan?

Korang cuba bayangkan lah ye.

Kalau masuk tandas lelaki, tak ke bermaksud mereka-mereka ini mengaku yang mereka-mereka adalah lelaki? Jadi apa gunanya mereka-mereka ini berpakaian atau berkelakuan sebegitu rupa kan?

Kalau masuk tandas perempuan pula, mereka-mereka ini bukan masih mempunyai sesuatu yang perempuan tiada? Kecuali dah potong la kan. Itu lain cerita. Untuk mereka-mereka yang tak potong lagi ni, guana cerita ye? Makcik-makcik atau kakak-kakak tidak terasa pelikkah apabila mereka-mereka ini ada bersama dalam tandas itu nanti?

Jadi, tandas lelaki atau tandas perempuan?

Soalan serius ni.

Wednesday, September 4, 2013

227. Hormat Negaraku?


Tahukah anda semua bahawasanya bermula pada minggu lepas, kerajaan mengarahkan lagu Negaraku dimainkan? Tak silap aku sehingga hari ini. Masa arahan ini dikeluarkan, ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju.

Aku? Setuju dan tak setuju. Pelik tak?

Ok, aku terangkan kat sini.

Kenapa aku setuju? Sejujurnya pada pendapat aku, takde salah langsung untuk lagu Negaraku dimainkan sebelum filem ditayangkan. Korang cuma perlu bangun dan berdiri tegak ketika lagu itu dimainkan. Kalau rasa semangat lebih? Nyanyi sekali. Lagu tu tak sampai setengah jam pun. Malahan 15minit pun tak sampai.

Dan kenapa aku setuju lagi? Korang tahu tak bertapa naiknya semangat korang apabila lagu Negaraku tu dimainkan dan dinyanyi beramai-ramai dengan penuh semangat? Boleh meremang woi bulu roma korang. Tak caye? Sila ke stadium kalau ada perlawanan bola sepak. Tapi cari stadium yang penuh la. Kalau korang sorang-sorang je tak rasa sangat pun.

Kenapa aku tak setuju pula? Apa gunanya kalau setakat beberapa hari je? Kalau korang tanya aku, lagu Negaraku ni patut terus dimainkan sepanjang tahun. Kenapa pulak? Macam point aku kat atas la, tak lama pun. Serius, korang tak mati langsung kalau berdiri tegak dan nyanyi lagu Negaraku.

Korang nak negara bagi sesuatu kat korang? tapi bila minta nyanyi lagu Negaraku pun tak boleh ke? Dah la nak minta pergi perang tak boleh. Nak bayar cukai pun banyak yang lari. Nak minta bayar hutang PTPTN yang korang sendiri setuju untuk terima tanpa orang paksa-paksa pun payah (Bukan tak boleh kalau korang kerja sambilan kan?).

Tadi aku sendiri nampak dengan mata aku sendiri yang mana ketika lagu Negaraku dimainkan, ada beberapa orang yang tak berdiri langsung. Aku nak tegur? Menteri Penerangan sendiri kata terpulang atas diri masing-masing nak berdiri ke tak. Apa aku boleh buat lagi kat sini?

Minta nyanyi lagu Negaraku pun banyak alasan? Serius la weh, benda ni takde kaitan langsung dengan politik.

Fikir-fikirkan la ye.

NotaKaki : Kembali lagi ke? Haiyaaa...

Tuesday, September 3, 2013

226. Drama dari Malaysia yang Tiada Penamat.

Dalam radio petang semalam kata khabar angin. Tengok berita malam betul-betul pulak.

Apa?! Naik 20sen?

Owh, itu bukan reaksi aku bila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak ron 95.

Suka untuk aku katakan reaksi aku ketika berita tersebut diumumkan ialah aku tersenyum.

Sebab?

Aku minat sejarah. Walaupun aku takdelah sampai mengkaji tetapi aku tetap ambil tahu serba sedikit.

Apa kaitannya kat sini?

Sejarah akan mengajar kita yang mana sejarah akan sentiasa berulang.

Jadi?

Sepanjang pemerhatian semenjak aku mula terdedah kepada politik sikit. Selepas PRU pastinya kerajaan Malaysia akan menaikkan harga minyak. Tempoh sahaja yang tidak sama. Mungkin sekejap mungkin lama. Lama pun tidaklah terlalu lama.

Kemudian?

Pastinya keluarga, rakan atau saudara mara sekeliling kita yakni mereka-mereka ini adalah rakyat Malaysia akan marah. Sana sini bising. Malahan ada yang menyesal mengundi parti-parti tertentu ketika PRU. Ada juga turut yang konon bersumpah tidak akan lagi mengundi parti-parti tertentu itu lagi pada masa depan.

Betulkah?

Gula-gula. Itu sahaja cukup untuk menyejukkan hati rakyat Malaysia.

Apakah itu gula-gula?

Yang paling popular dalam 1- 2 tahun ini semestinya BR1M. Kalau pernah dengar baucer buku 1 Malaysia? Ataupun baucer handphone? Ataupun sekolah di kawasan rumah anda akan dibina? Bonus hujung tahun kepada kakitangan kerajaan? Bonus hari raya kepada kakitangan kerajaan juga? Tol percuma pada jam 2 pagi hingga 3 pagi untuk pulang ke kampung? Ataupun diskaun sebanyak 10 peratus pada minggu raya? Konsert percuma Psy? Harga kereta yang diturunkan berperingkat-ringkat selama 5 tahun akan datang?

Itu sahaja ke?

Aku rasa aku tak perlu senaraikan semua.

Kenapa?

Tak perlu semua, cukup kalau ambil 5 sahaja perkara-perkara di atas sudah mampu menyejukkan hati rakyat Malaysia. Lagipun rakyat Malaysia ini kan suka mengenang budi.

Alhamdullilah. Mari kita lihat drama terbaik dari Malaysia lagi. Takde penamat punya.

NotaKaki : Dua minggu je lagi ni.

Wednesday, August 28, 2013

225. Review : Elysium (Spoiler Alert)

Mengisahkan keadaan di mana pada tahun 2154 yang mana Bumi sedang tenat ( ni subtitle kat panggung tulis). Orang yang kaya akan hidup di sebuah space station yang bernama Elysium. Dekat sini, mereka dapat menghirup udara yang segar dan bersih. Mereka juga mempunyai sebuah alat yang dapat mengubati apa sahaja jenis penyakit. Manakala orang yang miskin hanya tinggal di bumi yang tenat tadi.

Elysium
Cerita ini mula apabila hero bernama Max terdedah dengan radiasi yang tinggi masa bekerja. Ia menyebabkan Max hanya mempunyai lima hari sahaja untuk hidup. Beliau bertekad untuk ke Elysium bagi mengubati badan beliau. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la layan filem ni kat panggung yang berdekatan.

Apa yang buat aku nak tengok filem ni satu je iaitu pengarah filem ini ialah pengarah yang sama mengarah filem District 9. Aku mengharap sesuatu yang berlainan daripada beliau.

Apa yang aku dapat?
Yang ni body mantap. Wank mesti nak tiru ni.
Lakonan mantap daripada Matt Damon yang melakonkan watak hero iaitu Max.

Tak cantik sangat la pulak dalam ni.
Ramai yang kata lakonan Jodie Foster agak kayu dalam filem ni. Tapi aku rasa dia sengaja buat-buat belakon macam tu sebab nak tunjuk perbezaan antara manusia di Elysium dan Bumi.

Habis jahat la tu?
Lakonan Sharlto Copley pula sebagai orang jahat bernama Kruger kali ini memang nampak jahat. Cuma accent english dia buat aku rasa menyampah. Mungkin juga disengajakan bagi nampak lebih jahat. Tak tahu la aku.


Watak-watak lain biasa sahaja pada aku. Nak kata penting, tak penting. Nak kata tak penting, penting la jugak. Watak-watak lain macam Spider, Frey, Julio dan lain-lain. Yang bagusnya filem ni tak fokus pada banyak watak. Takdelah rasa pening apa kaitan orang ni dengan orang tu dengan orang sana dengan orang situ dengan orang sini.

Untuk jalan cerita pula, filem ni cuma mengambil topik biasa sahaja iaitu politik, kaya dan miskin. Yang bagusnya filem ni diletakkan dalam genre sci-fi. Boleh menarik perhatian orang muda untuk ambil tahu sikit. Bukan berhibur je. Okay, aku tak tahu apa aku merepek dah.








Korang boleh rasakan kehebatan filem ni dengan tengok gambar je?

Apa yang aku boleh kata, aku puas. Ending filem ni jugak cuba memberitahu yang mana tiada kesenangan yang datang tanpa pengorbanan.

Aku merepek lagi. Sekian.

NotaKaki : Nak bagitahu tak ni? Dah berapa bulan dah ni.

Monday, August 26, 2013

224. Nothing Good Happen After 2AM


Amboi. Bukan main kau punya tajuk kan. Sebenarnya tajuk tu aku ambil daripada sitcom 'How I Meet Your Mother'. Aku tak ingat season dan episod berapa.

Apa yang aku nak fokuskan kat sini ialah, betul kan? Cuba korang fikir-fikirkan. Benda yang buruk selalunya jadi time-time tu la. Kan masa tu ramai yang dah tidur.

Nasihat aku, sila balik awal. Kecuali korang nak lepak dengan kawan yang lama gila tak jumpa ke, kawan baik korang ke. Cuma lepaklah kat tempat yang ramai orang. Cuma, tempat ramai ni selamat ke ek? Hmmm..

NotaKaki : Sedih woi!

Thursday, August 22, 2013

223. Langkah meniaga - Nasihat Dari Kawan

Sebelum-sebelum ni aku pernah cerita yang aku ada berniaga. Boleh usha fbpage, twitter atau blog SePena Raya untuk lebih lanjut.

Semalam aku sempat berborak lama dengan kawan dari sekolah aku. Aku panggil dia Ucop. Biarlah nanti dia dapat apa-apa gelaran Dato' ke Tan Sri ke, aku tetap nak panggil dia Ucop. Tapi kalau dia tak layan aku nanti, aku tak boleh salahkan dia la.

Masa tengah borak-borak lama tu. sempat aku mintak nasihat daripada dia untuk perniagaan yang aku jalankan. Untuk mana-mana rakan kongsi aku atau yang nak mula niaga boleh ambil nota dengan apa yang aku nak kongsikan ni.

Lepas melalui proses nasihat yang panjang, aku boleh simpulkan ada beberapa langkah yang penting perlu aku buat yang mana ada yang aku tak buat. Kata Ucop ni ramai yang lupa untuk buat langkah pertama dan kedua. Kata Ucop lagi ramai yang terus lompat ke langkah ketiga, keempat dan seterusnya.

Dah tu, apa langkah-langkah dia tu? Sabar. Nak kongsi la ni.

1. Analisa

Apa yang dimaksudkan dengan analisa? Banyak tapi boleh diringkaska buat kajian dulu pasaran perniagaan, sasaran perniagaan, persaingan dan lain-lain.

2. Objektif dan Strategi

Yang ni boleh dikatakan apa objektif perniagaan yang dilakukan. Contohnya dalam sebulan objektif perniagaan nak dapat sekurang-kurang 5, 10, 20, 40, 80, 160, 320 atau lebih pelanggan. Dalam sehari sekurang-kurangnya seorang, dua orang, empat orang, lapan orang, enam belas orang, tiga puluh dua orang, enam puluh empat orang atau lebih yang 'like' fanpage fb kita ataupun 100, 200, 400 atau lebih orang yang menjenguk blog.

Dalam meniaga ni juga kita perlukan strategi. Oleh itu, senaraikan sebanyak mungkin strategi yang boleh difikirkan. Tak kisah jika strategi itu dikatakan mengarut seperti meletakkan papan iklan di bulan contohnya. Sponsor PM Malaysia ke sana sini. Apa sahaja yang boleh difikirkan.

3. Pilih yang bagus

Selepas senarai strategi, pilih yang mana paling terbaik untuk situasi dan modal perniagaan. Jangan pilih yang mana kurang mendatangkan kebaikan kepada perniagaan yang dipilih.

4. Perlaksanaan

Dah pilih? Buat sungguh-sungguh. Jangan hangat-hangat taik ayam. Baru buat sebulan dua, bila tak nampak hasil. Senyap. Jangan. Dengan tidak membuat apa-apa, modal takkan datang balik.

5. Kaji Balik.

Lepas buat semua itu, dalam masa ke semasa kaji balik apa yang dibuat. Capai tak objektif yang dipilih. Kalau capai, apa objektif seterusnya? Apa strategi seterusnya? Kalau tak capat. Kaji balik apa silap kita.
Lepas aku dengar-dengar, memang banyak lagi aku perlu belajar.

NotaKaki : Mee ramen tu apa woi?

Thursday, August 15, 2013

222. Aku Frust Ni!

Abang aku baru lepas selesai kahwin. Oleh itu aku dah ada kakak ipar la. Masa mula-mula hari tu semua adik beradik aku tak tahu nak panggil apa dekat kakak ipar aku tu.

Aku bagi cadangan Kak Yong sebab aku panggil abang aku Ayong. Mula-mula ada yang kata okay je. Yela, tak best la kan kalau takde apa-apa nak panggil. Kurang mesra orang kata kan.

Tapi semalam abang aku kata kena panggil Kak Long. Sebab? Kalau ada anak saudara kakak ipar aku kata Kak Yong tu jadi Mak Yong. Bunyi tak best.

Aku frust.

NotaKaki: Cuti seminggunpun macam tak cukup je nak kemaskan rumah lepas kenduri kahwin ye.

Thursday, August 1, 2013

221. Rahsia Besar


Aku rasa aku dah tak dapat simpan lagi rahsia ni. Dah dua hari aku simpan. Rahsia mungkin akan memudaratkan umat manusia kelak. Aku tekad ni. Aku nak bagitahu jugak ni.

Korang semua dah ready belum?  Aku harap korang tabah ye. Banyak-banyakkan isthigfar lepas ni tau.

Rahsia dia adalah aku lapar gila puasa dua hari ni.

Terima kasih.

NotaKaki: Aku rasa tak patut terburu-buru macam dulu.

Sunday, July 28, 2013

220. Dah buka


Aku ingat lagi masa mula-mula nak belajar puasa dulu, orang kata memang payah. Benda tak biasa la katakan. Masa tu, tengok epal pun nampak sedap. Air coke seminggu pun boleh je nak minum.

Pernah satu masa tu aku baik punya layan jejak rasul yanf entah ke berapa masa tu. Bila dah habis, aku tutup tv. Berjalan ke meja makan. Minum. Lega. Lepas tu mama aku tanya.

"Dah buka ke?"

Aku terkejut.

"Dah la mama." Jawab aku.

Masa tu, ada kakak aku buka tv balik. Kat tv keluar orang baru baca doa buka puasa.

Aku kecewa.

NotaKaki : Besok ke Shah Alam balik.

Saturday, July 27, 2013

219. Penyelesaian kesesakkan di Kota Bharu.


Aku pelik, setiap kali balik Kota Bharu je mesti rasa teruknya jem kat sini. Pernah satu tahap tu aku taknak keluar rumah pun sebab nak elak jem yang maha luar biasa. Cuma kadangkala terpaksa.

Semalam sempat la aku teman abang aku siapkan urusan kahwin dia yang last2 minit punya kan. Aku pun usha-usha la apa punca dia kan.

Lepas kaji-kaji, buat hipotesis bagai. Penyelesaian dia untuk orang-orang Kota Bharu ni ialah sila ikut sistem jalan raya dengan betul.

Sekian.

NotaKaki : Laju jugak line kampung aku ni.

Tuesday, July 23, 2013

218. Jilat Ludah Sendiri?


"Tak habis-habis dengan orang berlari korang tu." Kata aku kepada Nana dan Razimey.
"Ekelen, kau ni asyik tengok orang berlari je. Tak boring ke woi?" Kata aku kepada Abang kacak bilik aku.
"Hmmm, asyik-asyik orang berlari je."Kata aku kepada dia.

Antara dialog-dialog yang pernah aku lontarkan kepada kenalan aku bila dorang bukak topik atau tengok orang berlari. Aku jadi tak boleh blah betul. Aku sebagai lelaki yang rock dan power takkan la nak kena ambil tahu apa itu orang berlari kan? Lagipun baik aku tengok orang masak. Baru la rock. Ada gak faedah kepada diri aku kan.

Aku ambil jalan mudah, aku kutuk la kaw-kaw dorang semua tu. Yela, lagipun banyak lagi benda boleh buat daripada buang masa tengok orang berlari kan?

Tapi satu hari di malam ketika bulan ramadhan, aku boring. Boring gila ni. Tak tahu dah nak buat apa. Aku baring dalam bilik. Gelisah. Keluar bilik. Tengok televisyen, haram tak pernah nak ada cerita best. Aku skodeng awek sebelah blok. Haram. Aku tengok handphone. Takde message. Takde missed call.

Aku masuk bilik, tengok abang kacak tengah layan orang berlari. Aku ambil bantal. Aku baring sebelah dia.

Kah Kah Kah Kah kah kah kah

Cilake, aku gelak sekali kenapa pulak ni.

Tak pasal-pasal kena tengok episod lain pulak.

NotaKaki : Mungkinkah yang terakhir?

Saturday, July 13, 2013

217. Kekeliruan di bulan ramadhan

Pernah tak korang keliru apa yang boleh dan apa yang tidak pada bulan ramadhan contoh sekarang ini. Kalau pernah tentang apa? Niat? Hadas besar? Korek hidung? Atau korang termuntah, batal ke tak ni. Korang berjalan jauh, patut puasa tak ni. atau banyak lagi?

Siang tadi masa aku tengah mentwitterkan diri, ada yang kongsi link ni. Dan aku terasa sangat tergerak hati untuk kongsi dengan korang. Sebab aku tahu ramai yang masih keliru. Malahan aku sendiri pun camtu gak.
Link tu bawa aku ke web masjid negara.

Sebab aku tengah rajin, aku copy untuk korang. Baca lah. Cuma nasihat aku, lebih bagus kita bertanya pada yang pakar secara berdepan. Jika ada yang kekurangan, korang boleh terus tanya kan? haa gitu.

Artikel : Tanggapan Salah Perkara Yang Membatalkan Puasa

Ini adalah perkara yang biasa kita dengar mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa atau pun kurangkan pahala puasa.Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.
Antaranya ialah :

1. Mandi Masa Puasa

Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh.

Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

2. Memasukkan Ke Rongga

Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga.

Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:

“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).

Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad.

Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

3. Tidak Mandi Junub

Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa.

Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

4. Muntah

Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah.

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).

Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

5. Imsak

Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh.

Firman Allah: (maksudnya)

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Sabda Nabi s.a.w pula:

“Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Musafir

Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa.

Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)

“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:

“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

7. Tidak Sengaja

Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali.

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al- Bukhari).

Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal. Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

Harap apa yang aku kongsikn ni dapt bantu korang. Sekali lagi nasihat aku, lebih baik korang bertanya secara terus. Mudah jika ada soalan lanjut yang ingin ditanyakan.

Sumber : web masjid negara dan twitter. Terima kasih pada yang berkongsi.
Notakaki: Cepat sangat dah rasa sekarang. Macam tak cukup je.

Friday, July 12, 2013

216. Lelaki memasak?


Pernah tak korang lelaki yang bujang-bujang ditanya soalan "Korang makan kat mana malam-malam?" oleh sesiapa pun? Hatta baik lelaki, perempuan, makcik, pakcik, tokey kedai ke sesiapa je. Mesti pernah kan? Untuk yang memasak mesti pernah dengan ayat "Yela tu, tak percaya lah aku" apabila kau jawab kau memasak je kat rumah.

Aku sangat-sangat benci apabila orang tak percaya ataupun mengeluarkan ayat yang lebih kurang gitu. Kenapa pemikiran masyarakat kita terlalu spektikal tentang perkara ni ek? Takkan perempuan je yang nak jimat. Lelaki semua nak boros? Cuba la gunakan akal fikiran yang diberi oleh tuhan tu seelok-eloknya.

Dan siapa kata kalau berkahwin, hanya isteri je yang memasak? Itu orang-orang yang kuno je yang fikir gitu. Apa salahnya bila suami memasak? Walaupun untuk sekali sekala kan? Tukar selera sikit. Sikit pun tak salah.

Ok, aku mengaku kalau masak mungkin tak sepower orang-orang yang power masak. Tapi sekarang ni dah tahun 2013. Ianya sangat bodoh bila kau kata tak tahu masak. Ianya lebih betul jika kau kata kau malas nak masak. Sekarang semua di hujung jari. Nak resepi? Cari je dalam internet. Nak tahu potong bawang? Cari je. Apa lagi? Potong ikan? Cari je. Aku pun boleh je tanya kawan-kawan aku bila tak tahu nak buat semua tu. Nak taknak je.

Lelaki ni cuma satu sahaja, taknak menunjuk yang mereka-mereka ini tahu memasak. Tapi kalau dah diajak, janganlah korang kacau dorang memasak. Pantang woi. Mereka-mereka ini ada cara tersendiri. Sampai kalau korang tengok dapur bersepah ke hancur ke. Biarkan. Pandailah dorang nak bersihkan nanti. Kecuali macam aku. Pemalas.

So, tolong tukar ye pandangan anda-anda semua tu. Lelaki zaman sekarang pun reti memasak. Walaupun sekadar mee segera.

Peace.

NotaKaki: Rasa nak pusing Shah Alam je kan.

215. Asus eee Pad Memo me171



Baru-baru ni aku ada cerita tentang baby baru aku? Tapi dalm entry tu aku tak bagitau apa mende.

Macam ni jela bentuk dia.
Benda ni aku terniat nak beli bila abang aku ajak kongsi duit antara aku, dia dan kakak aku beli sebuah untuk ayah aku tapi model yang lain.

Masa tu aku fikir banyak kali gak. Nak beli ke tak. Bukan apa, aku ni tak berapa suka keluar duit untuk something yang aku takut tak pakai. Walaupun aku nak gila-gila benda tu.

Lepas fikir masak-masak, aku angkat gak satu. Aku pilih yang ni sebab paling murah. Serius aku tak kisah kalau aku tak ikut peredaran zaman teknologi sangat sebab aku tahu aku masih tak perlu sesetengah function dalam benda-benda yang baru atau tak pakai pun. Orang Malaysia ni pakai la handphone ke tablet ke yang mahal-mahal dan canggih-canggih, masih cari kertas gak bila nak pergi beli kat pasar ataupun salin nota masa dalam kelas. Toksah nak bohong ke aku la. Bukan aku tak pernah nampak. Banyak kali pulak tu.

Lagipun bila dah godek-godek, aku berpuas hati jugak la dengan model ini. Tak sia-sia berjalan jauh, keluar duit dan fikir masak-masak. Boleh update blog sokmo. Kahkahkah.

Spec dia korang boleh tengok kat sini.

NotaKaki : Senyap terus? Ok.

Tuesday, July 9, 2013

214. Mee Segera Sup

Aku excited gila semalam. Kalau korang nak tau kenapa, korang kena baca la. Kalau taknak tau pun, baik korang habiskan. Takut termimpi-mimpi masa korang tidur nanti.

Semalam kan, aku dari opis lagi terngia-ngia nak makan mee segera sup. Ala-ala macam mee ramen jepun la. Kalau tengok naruto tu, lebih kurang macam dia makan la, muka aku jadi dalam kepala otak aku. Tak boleh jadi. Kena buat jugak ni kata hati aku.

Balik je, aku pergi potong rambut dulu. Biar nampak hensem sikit masa membeli bahan-bahan kat pasaraya Giant nanti. Bila dah hensem, aku terus ke Giant. Rasa awek-awek usha je aku masa tu. Payah.

Lepas berlegar-legar dalam tu. Aku buat keputusan beli ayam sikit, daging sikit dan sup bunjut. Aku bayar. Balik. Lagipun takde awek yang berlegar-legar sangat dah. Lagipun kepala otak aku dah terbayangkan betapa sedapnya mee segera sup aku nanti.

Sampai je kat rumah, aku sediakan bahan-bahan. Potong ayam dan daging jadi saiz besar sikit la dari dadu. Aku rebus ayam dan daging tersebut dalam air yang aku dah sukat. Tak lebih dan tak kurang. Terbaik.

Lama jugak aku rebus, sempatla aku buat benda lain masa tu. Kemudian aku letak sup bunjut. Tak lama lepas tu, aku letak pula mee segera yang aku dah beli siap-siap. Aku beli yang kosong, takde perempah. Aku memang aim lama dah. Masa tu jugakla perut aku berbunyi-bunyi tanda lapar kan. Aku sabar.

Aku pergi mandi dulu. Lepas dah siap-siap, aku tengok mee segera sup aku dah siap. Apa lagi, aku ambil mangkuk. Letak kesemua mee segera sup aku ke dalam mangkuk tersebut. Rendam periuk sebab ada yang melekat. Aku angkat mangkut yang dipenuhi mee segera sup tu ke arah berdekatan televisyen. Aku letak atas tin biskut. Yela, rumah bujang mana rock makan atas meja makan.

Aku pegang sudu dan garfu. Ambil sikit sup. Hmmm, sedap. Tapi kan. Korang tahu tak yang ada something lain la dengan mee segera sup aku ni. Sampai sekarang aku tak tahu apa. Aku suspek sebab aku tak letak bawang langsung.

Hmmm..

NotaKaki: Hari ni nak buat lagi tapi kali ni mesti sedap. Aku ada beli bawang ni.
NotaKukuKaki: Selamat berpuasa kepada semua yang diwajibkan berpuasa esok hari.

213. Keluar malam.

Pernah tak korang dimarahi oleh ibu bapa apabila korang balik rumah lewat malam? Mungkin pada korang tidaklah terlalu lewat, mungkin dalam jam 12 tengah malam? Korang merasakan korang memerlukan kebebasan bukan? Pernah tak korang terfikir kenapa ianya terjadi?

Adakah ianya bersifat semulajadi dalam darah daging seorang bergelar remaja dan dewasa? Adakah ianya sifat turun temurun? Ataupun ada faktor yang lain?

Ok, hari ni aku terasa perlu untuk menulis topik ini kerana keluar malam pada tahun 2013 tidaklah terlalu tabu atau janggal lagi. Ini adalah disebabkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk masyarakat tahun 2013 ini.

Cuma masih kedengaran sana sini yang mana ibu bapa memarahi anak mereka yang pulang lewat. Risau barangkali. Ataupun berpura-pura risau? Tidaklah aku niat ibu-bapa korang itu.

Baru-baru ini, sempat aku berjalan dengan rakan aku ketika berlajar di poli, Aniq dan Safwan. Oleh kerana Aniq ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di Uptown Shah Alam. Aku ditinggal seketika bersama safwan.

Sedang kitorang berjalan itu.

Aku: Ada ke patut bawak baby datang tempat gini, time-time gini pulak tu.

Safwan : Tu la, kawan aku pernah kata. Masa dari baby lagi dah diajar keluar malam-malam. Bila budak tu dah besar, nak marah pulak kan.

Pernah ibu bapa, lebih-lebih lagi yang mana mempunyai anak ketika zaman pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu malam ini memikirkan perkara ini?

NotaKaki: Pulau Perhentian ditutup pada hujung tahun pula. Tunda.

Monday, July 8, 2013

212. Baby baru

Saja nak cerita kat korang. Tapi sebelum tu nak bagitau awal-awal akan ada unsur-unsur berlagak dalam entry kali ni.haha.

Nak jadi cerita, weekend ni memang berjalan jela aku. Tu tak masuk jumaat malam tu bermain futsal dengan budak rumah aku.

Hari sabtu aku bermula agak lewat, aku mintak tolong dengan Izzad hantarkan aku ke stesen komuter Padang Jawa sebab kebetulan masa tu dia hendak ke Putrajaya. Kemudian dari situ, aku ke Subang Jaya. Niat di hati ingin membeli sesuatu yang agak rare. Rare di sini pada aku ialah orang tak pandang sangat.

Sampai di Subang Jaya, aku kena menapak dalam satu kilometer untuk sampai ke destinasi. Takdela jauh sangat pun, saja bagi nampk gempak je kat korang.

Sampai ke destinasi yang aku tuju tu, aku masuk ke sebuah kedai. Penuh tapi aku gagahkan diri jugak untuk barang rare itu. Mata aku mencari-cari harga yang ditulis di papan putih belakang penjual itu. Selepas berpuas hati, aku tunggu untuk dilayan. Pelanggan mereka cukup ramai. Nak kata murah sangat, biasa je.

Selepas beberapa ketika, apa yang aku inginkan. Aku katakan barang aku cari. Dia memberi aku harga yang murah sedikit berbanding yang ditulis di papan putih tadi. Aku katakan ok kepadanya. Dia mencari stok tersebut. Mungkin agak payah sebab barang tu kan rare.

Dia jumpa, lepas tu aku godek-godek sikit. Aku puas hati, aku bayar dan blah dari situ. Gembira juga aku selepas itu.  Dan episod perjalan yang baru bermula dari situ.
Owh, nanti jela aku cerita apa yang rare sangat tu. Kalau rajinla.

NotaKaki: Seronok jumpa keluarga dan kawan-kawan kan?

Tuesday, July 2, 2013

211. Soalan dari budak berumur 14 tahun.


Ahad yang lepas, aku sempat berkelah dekat Sungai Tua. Area-area menghala ke Ulu Yam. Try google kalau nak tahu kat mana. Aku pergi dengan keluarga pakcik aku dan kak ngah aku. Sempat la habiskan seharian dekat sana.

Masa nak balik tu, adik saudara aku mengeluarkan satu topik yang membuatkan aku terdiam dan berfikir budak ni terlampau advance la pulak.

Dia: Kan orang tebang pokok nak buat kertas semua kan? Buat surat khabar la apa kan.

Aku angguk.

Dia lagi: Kenapa kerajaan tak bagi je tab percuma kat orang. Lepas tu tak payahla tebang pokok lagi kan?

Aku: Memang tapikan sedangkan kat bandar pun banyak lagi tak dapat line internet, camne nak bagi?

Dia lagi: Sebab tu tak payah tebang pokok. Keluarkan duit tu untuk perbaiki line internet dan bagi percuma atau rendahkan kos untuk pakai internet.

Topik tu terhenti sebab ada kakngah dalam tu. Aku tak suka tunjuk kewarasan aku berfikir depan kakngah aku. Nanti dia tengok aku dah besar.Haha!

So, pada korang. Boleh tak idea adik saudara aku tu diguna pakai? Anyone?

Kalau korang perasan la, walaupun sekarang dah tahun 2013 tetapi ada sesetengah mentaliti masyarakat kita masuh di takut yang lama. Perasan tak?

Nak contoh? FAM, kerajaan, pembangkang, ahli politik, penyokong ahli politik, penyokong bola sepak, cikgu sekolah, ibu bapa dan diri sendiri. Korang tengok ke cermin dan fikir-fikirkan lah kenapa aku kata begitu. Owh, statement ni aku tujukan kat diri aku gak.

NotaKaki : Dah dua hari ni.

Wednesday, June 19, 2013

210. Petang yang jahat.


Siang tadi lepas lunch hour macam biasa, aku buat kerja tak buat kerja. Aku tengok monitor. Aku pegang tetikus. Ada kerja tapi biasalah, mood nak buat lepas lunch hour ni memang lain macam sikit. Lagi malas dari pagi. Aku paksakan diri berlakon buat kerja sikit-sikit. Tanya boss apa-apa plan nak kena plot ke. Tengah-tengah berlakon tu, tiba-tiba ada orang message aku. Aku capai handphone aku, aku tengok spekiebesaq.

Ni tak lain la tu, mesti tengah bosan kata hati aku. Kalau tak bosan, jarang sangat la nak message aku sambung aku dalam hati lagi. Aku ni cuma teman hilang bosan je. Ayat tak boleh blah.

spekiebesaq : Masa kau layan filem Pecah tu sama tak macam kau rasa tengok The Hobit.

Dalam hati aku, ni mesti tengah baca novel yang aku bagi pinjam hari tu. Sambung dia lagi, konon-konon dia baca tu boleh rasa apa yang dia tengok kat wayang hari tu.

Aku : Kan? Aku pun rasa macam tu gak. Masa tengok Pecah, tak sama macam yang aku bayang, aku frust!

Aku jawab. Kemudian biasalah, dia sebagai pro tak layan sangat filem Malaysia kecuali kutipan lebih RM5juta dan aku sebagai pro layan filem Malaysia yang kalau-kalau dikatakan best mula berdebat. Itu la, ini la. Panjang gak dia message aku. Ingatkan tak nak layan dah, siapalah aku ni. Sob sob sob.

Malas nak fikir panjang, aku tanya dia.

Aku : Ni bila nak belanja aku? Weekend ni aku dah takde dah.

Dalam hati aku, sebab aku nak balik kampung sebelum bulan ramadhan ni je. Boleh pulak dia tanya soalan cepumas.

spekiebesaq : Kau berhenti kerja balik kelantan ke?

Aku senyum dan ketawa sendiri dalam hati. Kalau boleh siap nak gelak jahat lagi. Ni kalau buat betul-betul boleh jadi plan aku ni.  Lagipun lama dah aku tak kenakan dia ni.

Aku : Yup, aku balik Kelantan.

Sebenarnya memang aku ada cerita kat dia yang aku nak berhenti kerja tetapi bila aku kata yup tu aku nak kata yang aku balik kelantan sahaja. Dia tanya lagi.

spekiebesaq : Kau dah cari kerja baru belom?

Memang dah terkena mamat ni kata hati aku dan sambil gelak jahat keseorangan, pun dalam hati jugak. Plan aku menjadi. Aku balas message dia.

Aku : Belum, kau jangan nak tukar topik. Bila nak belanja aku?

Dia balas.

spekiebesaq : Kau balik bila?

Tu dia, tone message dah berubah. Konon-konon serius dah time ni. Tapi aku cool lagi, balas lagi.

Aku : Jumaat malam gerak la.

Aku memang ada beli tiket bas nak balik kampung dah masa tu.

spekiebesaq : Sabtu la gerak. Haish. Bukan lari pun rumah tu. Huh

Marah. Aku memang dah tergelak sorang-sorang dah masa tu. Aku rasa kalau orang tengok pun mesti kata aku gila dah masa ni. Ikutkan hati aku nak sambung lagi tapi memandangkan aku ni sangat-sangat baik hati. Aku balas.

Aku : Tak bolehlah, by the way untuk bagi kau tak confius. Aku balik kelantan weekend ni je.

spekiebesaq : Dajey natang %@%! ni. Kau jangan buang tebiat do. Kecut perut aku tahu tak. Sengal.

Fuhh, marah gila dia kat aku. Sayang jugak dia kat aku. Kah kah kah!

Siap aku ada baca dia kat satu tempat ni konon-konon sedihla, takde teman borak la, main futsal la, tengok wayang la. Cettt,, berapa kali sangat je pun. Tapi tu la,

Sorry la bro. Takde niat pun. Kah kah kah!!!!!

NotaKaki : Nak pergi ke tak ek?

Friday, June 14, 2013

208. Review - Man Of Steel (Spoiler Alert)

Aku tak tahu kenapa, bila dah makin dekat dengan tarikh 13Jun2013 makin ramai yang memperkatakan pasal filem ni. Mula-mula aku ingatkan takde orang nak ambil tahu sangat pasal filem ni tapi aku silap. Kalau aku tanya 10 orang pasal filem ni, 11 orang akan memeperkatakannya. Sorang lagi tu aku sendiri.Haha. Memang ramai. Aku terkejut.

Apa yang boleh diperkatakan tentang filem ni secara keseluruhan? Kalau korang harapkan sebuah filem tipikal tentang Superman atau mana-mana superhero lain, korang silap. Korang takkan dapat tengok bagaimana Clark Kent/ Kal-El membesar dan menjadi Superman. Ianya lebih fokus kepada siapa itu Superman sendiri. Asal usul dia dan pooopp terus kepada dia Superman. Adalah kadang-kadang dia teringat atau menceritakan kisah masa dia kecik tetapi tak banyak.

Filem ni pada mulanya bermula agak perlahan dan mula menjadi-jadi apabila Clark Kent/Kal-El mendapat suit Supermannya itu. Aksi dalam ni memang gila dan best! Padat. Masa aku tengok tu, aku boleh senyum kerana bertapa best dan syok gila aksi dalam filem ni. Ini baru Superman yang dikatakan bapa kepada segala superhero dalam dunia ini. Aku terus melupakan permulaan filem ini yang perlahan.


Clark Kent/ Kal-El/ Superman
So, tiada lagi seluar dalam merah di luar. Pada aku lakonan Henry Cavill boleh dikatakan okay. Cuma aku tak berapa suka sebab ada nampak beberapa helai bulu badan di kat masa dia pakai suit ni. Kelakar yang amat pada aku.

Lois Lane
Lakonan Amy Adams sebagai Lois Lane pun okay tapi watak dia tak berapa digunakan sangat. Malahan scene Loin Lane dengan Clark Kent pun tak berapa nak tunjuk sangat diorang ni akan jadi satu pasangan kekasih satu masa nanti. Tiba-tiba je dah cium.

General Zod
Salah satu yang aku suka dalam filem ni adalah dia menunjukkan kepoweran General Zod dan kesetiaan dia dalam melakukan tugas dia tanpa banyak perintah. Bila dia mengamuk, fuh power. Aksi dia dan Superman lawan memang mantap.

Lain-lain? Aku tak berapa suka sangat cara dorang keluarkan laser merah dari mata. Dah nampak macam Cyclop dari X-men pulak. Tapi aku boleh lupakan.

Secara keseluruhan, aku suggestkan kat korang. Sila tengok di wayang untuk letupkan jantung korang.

Boom! Boom! Boom! Kah kah kah!

NotaKaki : Main ke tak ni?

Thursday, June 13, 2013

207. Wordless Wednesday yang terlambat beberapa jam je - Perangai Orang Malaysia


Lokasi : Depan 7-Eleven, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Patut tak aku kutip? Tapi aku tak rajin.

NotaKaki : Dah lewat ni. Tidur la.

206. PS4


Saja nak cerita kat korang yang Sony dah tunjuk speksifikasi dan bentuk PS4 yang tak silap dikatakan akan keluar tahun ini jugak. Cuma mungkin kat pasaran US, UK dan Europe. Mungkin jugak pasaran Jepun. Tak pasti.

Harga untuk pasaran sana kalau convert ke duit Ringgit Malaysia dalam lingkungan RM1,300. Orait la tu kalau ada yang nak bagi hadiah birthday aku kan.

So bentuk dia macam mana?

PS4
Amacam? Mantap kan?hehe

Aku peduli apa orang nak kata macam budak-budak ke tak matang ke apa. Kalau ada pun just untuk release kan tension sahaja. Haha!

Sumber gambar : Yahoo Games

NotaKaki : Seminggu dah ni. Adoi.

Wednesday, June 12, 2013

205. Akan datang bulan Disember karang!

Owh yeah! Kenapa lah dorang ni suka sangat buat lama-lama antara satu filem ke satu filem. Haha. Apa-apa pun, minggu ni ada dua filem yang menarik minat.
Man Of Steel habaq hang!

dan

Pecah (adaptasi dari novel Buku Fixi).

Kan best kalau aku ada panggung wayang sendiri. Haha

NotaKaki : Haru biru kan?

Sunday, June 9, 2013

204. Malang Tak Berbau.


Sekitar tahun 2007,aku masa tu tengah menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Awal tahun 2007 tu jugaklah, aku baru sahaja masuk semester dua. Orang kata masa ni, darah muda baru nak naik membuak-buak untuk tinggal di rumah bujang. Itupun aku terpaksa tolak tawaran KAMSIS (asrama untuk pelajar politeknik), barulah aku berpeluang rasa tinggal di rumah bujang. Aku pun tak bagitahu kat parent aku yang aku dapat kamsis tu, kalau tak memang kena tinggal dalam kamsis la kan.

Apa yang aku nak cerita ni, berlaku pada awal-awal sekitar 2007, yakni ketika baru tinggal di rumah bujang tu. Lupa pula, rumah aku tu area Alor Akar, Kuantan. Ada la dalam 15 minit untuk sampai ke poli aku. Tak jauh tapi tak dekat gak.

Satu hari tu di hari sabtu, poli aku ada menganjurkan satu acara larian beramai-ramai (ala-ala merentas desa). Tak silap aku pusing poli tu je. Aku memang cukup suka join walaupun badan aku tak berapa mengizikan aku untuk menang dalam acara tu. Ok, more to semangat aku.

Pagi tu, memang aku dengan budak-budak rumah lain dah bangun awal la nak bersiap-siap. Memang kitorang semangat dan ada yang dalam keadaan terpaksa. Tengah-tengah siap tu, datang rakan sekelas kitorang ( semua budak rumah aku tu satu kelas) sampai rumah tu. Aku namakan dia Hairi (bukan nama sebenar). Masa tu aku agak rapat dengan dia. Pergi poli pun kadang-kadang naik sekali walaupun aku ada motor sendiri masa itu.

Nak jadi cerita, pagi tu aku dah siap-siap dan nak panaskan motorlah untuk ke poli.

"Weh, kita gerak sekali jelah. Naik motor aku." Ajak Hairi.

"Tapi nanti Zack nak pergi macam mana?" Aku cuba menolak. Kebiasaannya kalau tiada aral melintang, aku akan ke poli bersama-sama Zack.

"Ala, suruh je dia naik dengan Baa." Jawab Hairi. Aku pandang ke arah Zack.

“Boleh tak Zack?”

Aku okay je. Jap aku tanya Baa.” Dia mendapatkan Baa. Beberapa tika kemudian dia datang dengan kata okay.

Lepas memanaskan enjin motor beberapa saat, aku dan Hairi bergerak ke arah poli aku. Masa ni, kalau korang nak tahu jalan ke arah poli atau lebih tepat jalan pada waktu pagi memang sentiasa sesak walaupun pada hari sabtu. Lebih-lebih lagi bila dah sampai jalan di kawasan Semambu. Semambu ni boleh dikatakan pusat penempatan pelajar-pelajar poli, cuma tak diiktiraf secara sah oleh poli aku je.

Dah tu, memang waktu pagi-pagi ni memang akan penuh dengan kenderaan-kenderaan pelajar baik kereta mahupun motor.

Sampai dekat depan pusat Semambu ni, aku nampak ada satu motor ni yang dibawa oleh perempuan, yakni awek kata orang-orang muda macam aku.

“Hairi, kau tengok depan tu. Awek dowh!” Kata aku kepada Hairi. Aku menarik putaran minyak untuk melajukan motor aku. Motor yang aku bawa berada betul-betul di sebelah motor awek tadi. Aku dan Hairi senyum.

Datang niat jahat dalam hati aku, yakni ingin mengikut dengan rapat di belakang motor awek tadi. Cucuk angin bahasa mat rempit. Aku memperlahan motor yang aku bawah dan menggerakkan motor itu ke belakang motor awek tadi. Betul-betul rapat.

Aku pandang belakang, aku senyum bangga ke arah Hairi. Kononnya nak tanya power tak aku ni. Hairi pandang ke arah aku, pandang ke depan. Buat muka terkejut dan menunjukkan ke arah depan kepada aku. Aku terkejut. Pandang depan. Aku terasa motor aku berlanggar dengan motor awek tadi.

Aku cepat-cepat menekan brek tangan atau kaki, tak ingat. Tiba-tiba pandangan mata aku bergerak ke arah bawah dan pandangan terakhir aku ialah jalan raya yang dipenuhi pasir. Shit kata hati aku.

Aku betul-betul tak tahu apa yang jadi ketika itu. Mungkin berpusing-pusing aku ketika itu, mungkin juga aku terseret. Aku tidak tahu.

Apa yang aku tahu, bila semua dah jadi stabil. Cepat-cepat aku tengok balik motor awek tadi. Risau.

Apa yang aku nampak ialah motor awek tadi bergerak dengan selamba dan tanpa rasa bersalah bergerak dengan laju ke arah poli.

Cilaka!

Tapi lepas itu aku betul-betul rasa bersyukur gila. Tak fikir apa dah sampailah member aku, Hairi sampai ke arah aku dan menyedarkan aku yang ketika itu berada di tengah-tengah jalan.

Monday, June 3, 2013

203. KIL - Review (Spoiler Alert)

Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini. Second day filem ni release kat wayang aku dah berpeluang tengok. Actually more memang dah janji dengan orang nak pergi tengok, so aku tak boleh mungkir janji ni. Hahah.

Korang boleh baca kat link aku sebelum ni kalau nak tahu pasal filem ini. Nasihat aku, kalau korang first time nak tengok filem-filem tempatan ataupun cuba untuk tengok balik filem-filem tempatan, aku merayu kepada korang tolonglah buat kajian dan pilih filem yang betul-beetul berbaloi untuk korang tengok. Bukan main semborono je, lepas tu korang menyesal. Lepas tu korang ambil filem yang entah apa-apa tu sebagai bench mark korang untuk filem-filem tempatan. Jangan.

Masa aku mula-mula tengok trailer ni kat youtube, aku dah teruja. Sebab? Korang pernah tengok Pisau Cukur? Ada mamat bergigi besi kan dalam tu? aku rasa mamat tu selamba je, so aku suka la tengok mamat tu belakon. Lagi sebab awek tu pun cantik gak. Hehe. Tapi yang paling utama sebab jalan cerita yang cuba lari dari tema-tema yang dibawa oleh pengeluar-pengeluar filem dan pengarah-pengarah filem yang lain. Kadang-kadang aku tak perlu banyak sebab untuk aku tengok filem tu kat wayang, sama jugak aku tak perlu banyak sebab untuk kutuk dan tak tengok filem tu.

Filem ni memang lain. Although masa aku tengok, hall tu agak kecil dan penonton pun tak ramai tapi aku masih teruja.

Filem ni aku rasa macam jujur, tidak cuba menjadi sesuatu yang tak boleh jadi. Membawa kita kepada persekitaran MALAYSIA yang sebenar. Yakni orang yang naik komuter, orang yang bekerja makan gaji buta, orang yang meminta hutang ketika buat bayaran dan banyak lagi la.Tidak hipokrit pada aku.




Lakonan Redza Minhat memang selamba, awek tu Christina Suzanne pun selamba. Memang pasangan lakonan yang selamba dan mantap. Sweet pun ada gak. Pada aku, bila hero dan heroin mantap, lakonan entah apa-apa daripada pelakon-pelakon sampingan yang bawak watak terlalu kecil tak menjadi masalah contohnya makcik yang duduk dekat rumah mak hero lepas mak dia meninggal dan lakonan agen yang follow hero. By the way, Dinar Abu Zahar ni memang pandai pilih filem ke ek? Banyak filem yang best-best dia jadi pelakon walaupun sekadar watak yang kecil je. Ni buat nak suka tengok dia belakon ni. Boleh?

Cuma pada aku storyline dia ada beberapa agak cliche. Contohnya mak dan adik hero meninggal ataupun  LAB tu tak bunuh hero pun. Aku dah boleh agak terlebih dahulu sebelum babak tu dipaparkan. Still storyline dia secara keseluruhan TIDAK CLICHE apabila dibandingkan dengan filem-filem tempatan yang lain. Mungkin dah sampai masa untuk mana yang tak pernah tengok filem tempatan, boleh try tengok filem ni. Jangan berat bontot.

Good job untuk team production  iaitu Flux Visual Lab yang dengar khabar mula-mula just nak tayang kat youtube je. Aku tak tahu betul tak . Untuk pengiat seni yang lain, belajar la daripada dorang ni atau cuba selongkar sikit mana-mana dan ubah. Ini kalilah. Damn! Ini bukan PRU woi! Haha.

Overall dan konklusinya, filem ni sangat-sangat berbaloi pada aku.

NotaKaki : Helmet basikal baru yang aku jumpa RM100 kat Rawang. Berbaloi ke woi?

sumber gambar : Google Images

Friday, May 17, 2013

202. Wajib tonton?


FILEM : KIL
Klasifikasi: NA
Genre: Drama / Romantik / Misteri
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: GRAND BRILLIANCE
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Pelakon: Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill
Filem mengisahkan Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda tertekan muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia tidak pernah boleh membawa dirinya untuk membunuh diri. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat syarikat itu. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuh atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula menukar fikiran tidak mahu mati.

So, pada korang wajib tonton tak? Macam lain daripada yang lain je filem ni kan? Gua dah la penyokong industri tempatan yang suam-suam kuku.

NotaKaki: Nak jalan jauh woi!

Wednesday, May 15, 2013

201. Dia ke? (Spoiler Alert)




Siapa kat sini tengok Sitcom "How I Met Your Mother?"? Sitcom ni pada aku adalah pengganti kepada sitcom "Friends" yang pernah popular satu ketika dahulu.

Sitcom ni berkisah seorang lelaki bernama Ted Mosby yang cari pasangan sejati dan kononnya tengah menceritakan kisah dia jumpa pasangan sejati dia kat anak-anak dia.



Pada aku, sitcom yang patut layan. Kalau korang nak tahu, sitcom ni ada satu rahsia besar iaitu sejak dari season 1 sampai sekarang tak pernah tunjuk langsung muka pasangan sejati dia tu.

Dan akhirnya finale untuk season 8 ni dorang tunjuk gak. Gila meremang gak aku tengok. Teruja siot. Haha. Penangan sitcom ni sampaikan aku dengan abang aku yang sulung pun boleh buat jadi topik berborak. Power tak power sitcom ni. Dan yang tak boleh blah keluar dengan berita dalam Hot FM.

Gila betul aku dengar berita ni kat situ. Power! So kepada yang tak tahu ni la muka THE MOTHER tu.


Masa aku tengok mula-mula macam biasa-biasa je. Tapi bila google balik. Cantik jugak. Hehe



Cuma dorang tak confirmkan lagi betul ke tak. Orang yang buat sitcom ni pun gila gak, kena-kena boleh ubah pulak mana nak tahu. Sekarang ni dorang just guna nama "The Girl with Yellow Umbrella". Kalau korang tengok sitcom ni akan tahu la maksud dia.

So, kalau nak tahu betul ke tak, kena la tunggu lagi. Lepas ni season 9 yang dah confirm season yang terakhir untuk sitcom ni.

By the way, bila la Malaysia akan ada sitcom-sitcom yang macam ni. Bersambung bertahun-tahun dan tak boring. Banyak yang mula-mula best, lama-lama jadi hmmmm. Ntah la.

NotaKaki : Unifi ooo unifi. Janganlah buat masalah lagi.

Monday, May 13, 2013

200. Penegak Keadilan


Aku ingat lagi masa aku kecil sekolah rendah. Mungkin darjah satu atau darjah dua kot. Masa itu bulan Ramadhan. Paham-paham jela kalau budak-budak ni macam aku ni yang baru nak meningkat ke umur remaja, orang tua sahaja yang sembahyang tarawih kat hadapan. Belakang diorang mana ada sesiapa pun.

Kebanyakkan budak-budak ni akan pergi bermain. Ada yang main kejar-kejar dengan kawan-kawan. Ada yang yang main gasing. Ada yang main cyberpet dan digimon. Game yang lawan-lawan tu la.

Tapi kebiasaannya budak-budak akan bermain mercun la. Musim bulan ramadhan je musim yang syok nak main mercun ni. Bulan lain takde nafsu langsung orang kata. Bagi free pun tak pandang.

Nak dijadikan cerita, masa itu aku baik dengan adik aku, Uda dan Rais. Kawan lain tak campur sangat. Lepas je sembahyang isya’, kitorang gerak ke kedai depan. Nak cari stok mercun untuk bom geng lain. Masa ni siapa yang boleh buat orang pandang sebab bunyi mercun korang memang power.

“Bang, stok mercun ada?” Tanya Rais kepada abang jual mercun. Aku letak nama dia Man Mercun. Senang nak ingat walaupun bukan nama sebenar.

“Shhhh. Senyap sikit. Agak-agakla korang nak beli.” Balas Man Mercun. Aku dan yang lain pelik.

“Korang nak aku kena tangkap ke apa?” Sambung Man Mercun. Masa tu baru kitorang perasan yang mercun dah diharamkan oleh kerajaan. Kitorang geleng-geleng kepala.

“Jom ikut aku ke belakang.” Ajak Man Mercun. Kitorang ikut je seperti anak-anak ayam ikut ibu ayam. Masa itu aku ada nampak seorang budak lebih kurang umur aku je masuk ke kedai. Aku buat tak tahu sebab tak berapa kenal. Aku tahu rumah dia kat mana tapi tak kawan dengan dia.

“Korang nak mercun apa ni?” Tanya Man Mercun.

“Yang paling power la bang. Mercun mancis tiga kotak.” Jawab Rais. Aku dan Uda mendiamkan diri tanda setuju.

“Semua sekali RM3.00 je. Ni ada duit tak ni?” Kitorang angguk. Tiba-tiba tokei kedai merangkap mak Man Mercun panggil Man Mercun ke hadapan. Mungkin ada barang yang nak diambil. Man Mercun meletakkan beg dia yang penuh dengan mercun. Mungkin Man Mercun takut mak dia nampak.

Masa itu lah, budak yang aku nampak tadi datang ke arah kitorang dan mengambil mercun-mercun kat dalam tu. Dia pandang kitorang dan senyum sahaja. Kemudian dia berlari dengan menggunakan pintu belakang kedai.

“Bang! Ada budak ambil barang abang ni.” Jerit aku. Man Mercun berlari-lari anak ke arah kitorang dan terus periksa beg yang ditinggalkan tadi.

“Sial. Nasib baik ada lagi yang tinggal. Korang tahu tak siapa yang ambil tadi?” Tanya Man Mercun dengan marahnya. Siapa tak marah kalau barang kena ambil.

“Tahu bang. Budak tu duduk kat rumah jalan belakang tu.” Tunjuk aku. Rais dan Uda mengiyakan untuk meyakinkan Man Mercun.

“Okay, korang tunjuk kat aku mana rumah budak tu. Nanti aku bagi upah kat korang. Boleh?” Man Mercun memberi tawaran kepada kitorang. Kitorang angguk tanda setuju. Lagi-lagi masa ni la nak jadi penegak keadilan kan? Macam dalam televisyen tu la.

Kitorang terus berjalan ke arah jalan belakang dan menunjukkan rumah budak yang mengambil mercun tadi. Man Mercun menyuruh kitorang berdiri di luar pagar rumah budak itu. Dia seorang diri pergi mengetuk pintu rumah budak itu.

“Assalamualaikum! Ada orang tak?” Jerit Man Mercun dan mengetuk pintu rumah itu. Seorang perempuan tua membuka pintu rumah itu.

“Ya, ada apa ya? Tanya perempuan tua itu.

“Anak makcik ada tak?”

“Baru sahaja balik. Kenapa nak?”

“Sebenarnya dia ada ambil barang saya ni makcik. Kalau boleh, saya nak balik barang saya.” Jawab Man Mercun. Perempuan itu membuat muka terkejut dan memanggil anaknya tadi.

Mereka berbincang bersama dan akhirnya budak itu memberi balik mercun yang diambil kepada Man Mercun. Agaknya mak budak itu dah buat muka bagi budak tu takut. Aku tak pulak perasan.

“Jom.” Ajak Man Mercun. Kitorang tak tahu ke mana hala tuju yang ingin dibawa Man Mercun tetapi kitorang tetap ikut. Mengharapkan upah yang dijanjikan tadi.

“Sebab korang dah tolong aku tadi, jom aku jadi supplier mercun korang malam ni.” Man Mercun berkata. Kitorang teruja bukan main la kan.

Sedang dalam pejalanan dari rumah budak tadi yang di jalan belakang ke tempat permainan mercun berlangsung. Man Mercun nak test power. Biar semua orang terkejut dengan kehadiran kitorang.

“Ni mercun terpedo. Kalau meletup boleh gegar satu Segambut ni.” Kata Man Mercun dengan riak. Kitorang angguk je. Sebenarnya dalam hati aku memang teruja gila dah masa tu. Nanti budak-budak taman boleh salute dengan kitorang.

Piuungggggggggg. Bunyi mercun terpedo yang Man Mercun nyalakn tadi. Kuat gila. Berdebar hati aku. Berpusing-pusing naik ke atas. Mungkin tak tegak kata hati aku sendirian.

Tiba-tiba mercun terpedo tu terbang ke arah satu tempat yang diluar jangkaan kitorang.

“Wo-woi, mana mercun tu pergi woi!” Jerit Rais tapi dah terlambat.

BOOOOOOMMMMMM!

Memang kuat bunyi letupan mercun yang Man Mercun nyalakan tadi. Biasanya kitorang mesti gembira atau excited orang putih kata tetapi kali ni tak.

Sebabnya mercun terpedo tu meletup betul-betul atas surau yang orang tengah sembahyang terawih. Senyap sekejap imam yang rancak dari tadi. Terkejut barangkali.

Dah tu, kitorang lari la tetapi geng-geng buat moreh sempat kejar kitorang. Nasib baik masa tu, Man Mercun je yang kena tarik. Kitorang buat muka seposen kot, tu yang lepas.

NotaKaki : Sikit lagi nak masuk bulan ramadhan. Ish..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...