Monday, December 31, 2012

176. Pencapaian Tahun 2012

Bermula awal tahun 2012 aku ada satu target yang aku nak achieve. Itupun aku perlukan beberapa sokongan daripada family, awek dan rakan-rakan aku. Kalau tak mungkin payah gak. So, aku rasa aku nak senarai pencapaian aku sepanjang tahun 2012 ini. Mari kita lihat. Haha.


  1. Tidak mendownload filem daripada Malaysia. Aku tengah cuba support industri perfileman di Malaysia. Kadang-kadang nak download filem luar negara pun berat je. Tapi aku buat jugak. Hahah! 
  2. Membeli seluar dan baju secara konsisten sepanjang tahun. Haha. Ok, yang ni mungkin kelakar ataupun entah apa-apa bagi sesetengah pihak tapi tidak pada aku. Kenapa? sebab aku sangat susah untuk membeli pakaian untuk diri sendiri. Mama aku sendiri pernah tegur aku sebab pakai baju yang sama je. Member aku pernah tegur sebab aku pakai baju yang kitorang beli masa tingkatan empat lagi. Lebih kurang 5-6 tahun lepas punya baju. Fuhh.
  3. Tengok bola di stadium. Seperti di atas, mungkin akan ada yang fikir. Ekelen mamat ni. Aku dibesarkan dalam keluarga yang tidak berapa berada. Alhamdullilah aku hidup sampai sekarang. Rezeki adik beradik pun ok je sekarang. Yang untuk adik aku yang last. So, aku tak pernah dibawa ke tempat-tempat yang memerlukan duit seperti ini. Aku pernah ada impian masa belajar dulu, bila dah ada duit sendiri nak tengok bola kat stadium. Walaupun yang first tu pakcik aku yang belanja dan ianya adalah perlawanan piala malaysia yang terakhir untuk tahun ini dan kemudian wank ajak aku tengok Malaysia main masa piala AFF. Aku berazam tahun depan nak tengok team Kuala Lumpur pulak. Siap dah ajak spekiebesaq awal-awal lagi. Ntah jadi ke tidak. Hehe.
  4. Dapat naik dua bukit iaitu Bukit Broga dan Bukit Tabur. Sama juga seperti di atas, ekelen bukit je pun. Alaa, untuk orang yang selalu excercise boleh la. AKu ni dahla pemalas dan mempunyai lemak yang melampu, so memang satu keajaiban lah bila dapat naik bukit ni kan. Broga dua kali. Tabur dua puncak aku pun dah dapat. Cuma masa naik Tabur tu, memang macam-macam la duk pikir dalam kepala otak ni kan. Haha.
  5. Melancong ke luar negara iaitu Bangkok. Owh man. Ye, aku tak ada berapa banyak duit tapi impian aku ialah nak tengok negara orang lagi-lagi negara sekitar asean. Aku nak tengok budaya diorang, suasana diorang. Ada beza ke tak. Next target ialah Singapura atau Brunei ataupun Indonesia. YEAHHH!!!
  6. Membayar PTPTN secara konsisten. Yang ni lah pada aku sangat-sangat terlampau susah untuk aku buat. Tapi atas dorongan abang aku, aku buat gak. Dan buat masa ni sangat konsisten. I like.
  7. Membuat bisnes. OK, yang ni agak terlewat sikit. Hujung tahun yakni Disember 2012 baru start. Aku jual buku bersama wank. Buat masa ni kecil-kecilan dahulu. Insyallah akan cuba besar-besaran kemudian. Amin.
Aku rasa cukuplah yang ini sahaja aku cerita kan. Aku akan rindukan tahun 2012. Banyak kenangan manis dan pahit terjadi dalam tahun ni.






Semoga tahun 2013 adalah tahun lebih baik untuk diri aku. 

NotaKaki : Manusia zaman sekarang lebih pentingkan duit ke ek?

8 comments:

  1. aku pendownload tegar.
    tak pernah lagi download cite melayu.
    sume cite omputih..hahah

    ReplyDelete
  2. Nick. yang gitu takpe lagi. omputih kaya2 dah..haha

    ReplyDelete
  3. wah... dah smpi broga hill lah... aku x smpai lagik.. dorang kata dpt tgk matahari naik cantik sume lah... teringin nk tgk.. tp xde rezki lagi lah

    ReplyDelete
  4. aku pun tak tau cantik ke tak sebab aku naik masa ramai yang dah turun. Haha

    ReplyDelete
  5. ku xpenah tau site ntuk mdonlod cerite.....ku baek.... ;)

    ReplyDelete
  6. all i noe is Utube...yg len,xtau..otak ku maseh suci dr mdonlod scr haram ni.. :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...