Wednesday, December 26, 2012

175. Khidmat Pesanan Masyarakat : Adab tonton Wayang.


Aku tahu ramai yang suka sangat tengok wayang kan? Korang jangan tipu kata mana ada. Membazirlah, apa lah. Kalau ada tiket free, korang pergi jugak. Setelah berkecimpung dalam arena tengok wayang ni hampir sedekad, aku rasa aku ada sedikit khidmat pesanan masyarakat untuk korang semua. Ianya adalah :


  1. Pastikan filem yang ingin ditonton.
  2. Pastikan Spesifikasi filem tersebut sesuai atau tidak untuk korang ataupun jika ada yang bawa anak bersama, sesuai untuk anak korang sekali.
  3. Pastikan harga tiket.
  4. Beratur dalam area disediakan.
  5. Jangan memotong barisan ketika membeli tiket.
  6. Buang air apa-apa yang patut sebelum masuk ke dalam panggung.
  7. Masuk ke dalam panggung sebelum filem bermula.
  8. Pastikan korang duduk di kerusi yang betul bagi mengelakkan pergaduhan.
  9. Tolong letakkan telefon bimbit anda dalam keadaan SILENT ataupun OFF je terus. Lagi senang. Korang dah expect untuk habiskan masa untuk tonton filem tu. So, jangan kata kononnya takut ada hal yang penting. Itu BULLSHIT.
  10. Kalau lampu dah dipadamkan, tolong jangan main handphone KECUALI korang mampu buat lampu handphone korang tu tak menyakitkan mata orang lain. Ini bodoh namanya.
  11. Setelah filem bermula, tolong SENYAP! Kalau nak dengar korang bercakap, baik tengok tv kat rumah je. 
  12. Tolong jangan kacau kerusi hadapan atau sebelah korang. Kalau nak selesa, sila bayar tiket yang mahal atau tengok kat rumah je. Orang lain pun bayar sama harga dengan korang je.
  13. Pastikan kepala korang tu jangan menghalang orang dibelakang. Dorang pun bayar tiket BONGOK!
  14. Tak perlu bagi review dalam panggung semasa filem masih berjalan kerana kalau orang nak dengar or baca review, dorang boleh tengok kat internet, tv atau baca je kat mana-mana. Dorang pun baru tengok je apa yang korang baru tengok. So, takde sesiapa perlukan review kau dalam masa satu saat.
  15. Makan jangan buang merata-rata. Makan tu kalau boleh senyap sikit.
  16. Jangan menyanyi dalam panggung walaupun filem tu boring. Kalau orang nak dengar nyayian, dorang tak tengok filem BONGOK!
  17. Kalau ada anak, jangan bagi dia bising. Kalau dia bising, tolong tegur. Bukannya buat bodoh je. Orang lain nak dengar filem, bukannya nak dengar anak kau bising. Kalau rasa tak mampu tegur, jangan bawak anak korang tengok wayang. Beli CD or DVD or BLURAY bila keluar kat kedai nanti.
  18. Jangan beromen dalam panggung, lain kali kahwin je. Kalau takde duit, cari duit.
Okay dah kot khidmat pesanan masyarakat aku kali ni. Nanti kalau ada lagi, aku tambah ye untuk korang semua. 

NotaKaki : Seminggu kredit handphone tak sampai RM10.00. Itu nama ada masa?

8 comments:

  1. Aku tak suka orang buat review mengada diaorang tu,dan makan popcorn kalau boleh satu wayang nak dengar.

    ReplyDelete
  2. semalam aku tgk cerita jackie chan. weyh bapak best! sebelah aku ada orang melatah..hahahhaa aku gelak guling2. nak marah tak boleh. layankan je laa

    ReplyDelete
  3. Jurutera. Tak tahu nak kata lah.huhu

    Su. Kalau bab melatah tu, aku tak boleh kata pe r.hahah

    ReplyDelete
  4. aku kalo nak pegi tengok wayang tak pernah plan pun.
    ade je cite best tengok..hahah
    aku tak suka time kite tengok cite ade yg spoil bgtau camne ending cite tu,,hero mati ke x..geram tol.

    ReplyDelete
  5. oh,annur penah salah masuk panggung,tgh syok2 makan popcorn,tiba2 congceng2 dalam panggung,mcm ape je...kalau ada subtitle takpe,haha~ bengong ek?

    ReplyDelete
  6. Nick. Betul2. Tak best gila.

    Puteri. haha. yang tu salah sendiri r..huhu

    ReplyDelete
  7. so far, x pernah lagi alami situasi yg annoying dalam panggung wayang.. hehehe

    ReplyDelete
  8. pha is. Cuba kau fikir sejenak. takkan kot takde langsung..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...