Tuesday, December 25, 2012

174. The Hobbit : An Unexpected Journey (Review)

Pernah tak korang dengar filem triology Lord Of The Rings(LOTR) yang pernah popular awal tahun 2000-an dulu? Kalau pernah dan gilakan filem tu, ini filem yang korang mesti dah lama gila tunggu kan? Korang rasa tak cukup dengan perjalanan dalam Middle-Earth? Ini filem wajib korang tengok.

Kepada yang tak tahu apa itu Lord Of The Rings. Sila tengok ini.

Mungkin korang dah ingat sikit-sikit kan walaupun korang tak minat, tapi filem LOTR memang salah satu fenomena. Ok, filem ni asalnya adalah daripada novel nukilan J.R.R. Tolkien dan filemnya pula diadaptasi oleh Peter Jackson. The Hobbit ada satu novel dan LOTR pula ada tiga novel.

Walaupun The Hobbit ni ada satu je novel tetapi filemnya nanti akan dikeluarkan dalam tiga filem. Mungkin nak buat duit lebih kot. Haha. Ok, aku dah ngarut ni.hehe

Filem ini mengisahkan bagaimana seorang Hobbit bernama Bilbao Baggins bersama-sama seorang Wizard bernama Gandalf dan tiga belas Dwarves yang diketuai oleh Thorin Oakenshield dalam perjalanan merentasi Middle-Earth untuk merampas balik Lonely Mountain daripada Smaug the dragon.




Asalnya Lonely Mountain tu kepunyaaan kerajaan dwarf yang berjaya sebelum dirampas oleh Smaug tu. Latar masa filem ialah 60 tahun sebelum LOTR. So, tak banyak watak dalam LOTR yang ada dalam filem The Hobbit ni.

Buat masa ni watak utama untuk kesemua filem bagi aku hanyalah Gandalf dan Gollum. Yang lain seperti Bilbao merupakan watak utama dalam filem The Hobbit hanyalah seorang watak sampingan. Frodo, Wizard Saruman dan Lord Elrond yang salah satu watak utama dalam LOTR pula kali ini hanyalah watak sampingan. Frodo mungkin hanya watak cameo sahaja. Yang perempuan tu aku tak ingatlah pulak. Hehe. Yang lain bagi aku semuanya watak baru. Sorry kalau ada yang terlepas pandang.

Jujur pada aku, aku perlu tengok dua lagi filem barulah boleh memberi komen dengan adil kerana jika diambil kira pada satu filem daripada tiga filem yang mana diambil daripada satu novel sangat-sangat tidak adil. Kerana pada aku, ini adalah part pengenalan yang sangat pengenalan.

Mungkin pada aku hanyalah best sahaja kerana seperti ada beberapa babak yang rasanya tidak perlu tetapi diadakan hanyalah kerana ingin memanjangkan durasi filem ini. Dan kalau korang minat LOTR kerana babak-babak perang, filem ini tidak ada babak itu sangat. Bagi aku, fokus filem ini lebih kepada perjalanan mereka berlima belas itu.

Aku tidaklah kata filem ini tidak patut ditonton kerana aku syorkan korang tonton filem ini untuk tahu bagaimana Bilbao dapat cincin yang menjadi kisah utama pada filem LOTR. So, sangat-sangat rugi kalau tak tonton filem ini lebih-lebih lagi jika korang tak suka nak baca novel yang setebal The Hobbit.

Sila layan lagu ni untuk cari mood. Aku sangat suka lagu yang berentak ini. Boleh naik semangat lebih wehhhhh..



NotaKaki : Nak cuci kereta hujan turun lebat pulak.

4 comments:

  1. pada saya, cerita ini sangat tidak best dan membazirkan wang 12hengget saya dan rakan2... -_-

    ReplyDelete
  2. pendapat dan pndirian manusia adalah berlainan....titik!

    ReplyDelete
  3. tunggula lagi dua filem tu keluar.sekuel untuk ni. baru aku boleh komen.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...