Sunday, December 16, 2012

170. Berjalan kaki.


Semalam aku naik tren dari Shah Alam ke kampung halaman aku di Segambut, Kuala Lumpur. Nak jadi cerita, aku call dulu kawan aku kat sana tanya pergi pukul berapa apa semua. Then bila aku bagitau aku nak jalan kaki je dari stesen komuter Segambut ke kawasan perumahan Taman Segambut (SPPK) tu, dia kata boleh ke. Padahal dulu before kitorang semua ada kenderaaan masing-masing, semua berjalan kaki ke komuter.

Lepas tu, bila aku sampai. Semua tanya aku naik apa dan bila aku bagitau yang aku naik tren. Semua macam terkejut. Adakah pelik untuk menggunakan pengakutan awam di Malaysia dan berjalan kaki untuk ke satu tempat yang lain. Bukan ke itu satu perbuatan yang bagus lebih-lebih lagi untuk aku yang mempunyai lemak tepu yang berlebihan?

Lagi satu, pada aku lebih jimat. Aku cuma memerlukan RM3.80 dan satu jam setengah untuk aku sampai ke destinasi. Ok, mungkin aku akan lebih dapat jimatkan masa jika aku guna transport motor yakni skuter aku lah. Tapi panas terik kata kau. belum lagi kalau hujan kan? dan yang paling perit naik motor jauh-jauh ini semestinya bontot sakit woi.

Topik ini pernah aku utarakan kepada wank dan spekiebesaq ketika berada di Bangkok kerana mereka sanggup berjalan kaki jauh-jauh dan aku ikut je walaupun sampai satu tahap aku mengslowkan diorang. Kenapa kat sana boleh tetapi bila sampai di tempat sendiri tak boleh? Bukan diorang dan aku sahaja, boleh dikatakan ramai yang begitu.

Kenapa ye?

Sebab panas ke? Payung kan ada. Apa tak cool ke? Pakai je topi. Rosak rambut? Alaa, boleh repair balik. Takde duit? Kalau bagi alasan, memang takkan habis sampai bila-bila.

NotaKaki : Aku pun malas gak. Hehe

6 comments:

  1. mula2 jalan kaki sebab xda transport. dah ada trnsport nak la kan. tpi cukup susah kalau dah biasa dengan transport tpi nak jalan kaki. tapi hana boleh ja,haha sebab nak berjimat. hehe

    ReplyDelete
  2. baguslah kalau cik Hana boleh. kalau boleh teruskan sehingga tua. bagus untuk badan. cewaahh..dan kalau boleh paksa je kawan sekali jalan.hehe

    ReplyDelete
  3. Tapi kalau berjalan tengah Kuala Lumpur,penuh dgn rakyat asing -,-

    ReplyDelete
  4. ala. ok pe. kiranya Malaysia ni pemes gak r dengan foreigner.hahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...