Wednesday, December 5, 2012

167. Hak Sama rata antara Lelaki dan Perempuan


Tajuk kemain serius kan? Lama dah aku tak berserius kat sini kan. Kalau ada yang baca entry aku yang lama-lama tahulah.

Kalau ada baca blog aku dalam dua ke tiga bulan yang baru ni, akan perasan yang aku banyak ke site. Sebabnya aku tolong sorang surveyor yang tak cukup pekerja dan dalam masa yang sama aku jadi JUNIOR surveyor nya. Belajar sikit-sikit kononnya.Aku tak kisah pun, yang penting tak kacau jadual seharian aku cukuplah. Aku pun bukan minat sangat pun dalam bab survey sekarang ni. Huhu..

Tapi aku bagi korang pendahuluan panjang-panjang pun tak guna kalau tak masuk-masuk apa aku nak bagitau kan. Ok.

Cerita dia gini. Aku lahir hujung tahun 80-an. Semenjak aku mengenal erti huruf dan perkataan dan dapat membaca dan mendengar dengan baik, seringkali aku mendengar yang perempuan ataupun wanita ingin mempunyai hak yang sama rata dengan lelaki. Korang pun mesti pernah dengar kan? Kalau tak mesti korang ni duduk dalam bilik sorang-sorang lepastu selimut badan dan tak ambil tahu hal dunia langsung.

Pada aku, aku takde masalah langsung dalam hal ini. Wanita inginkan hak sama rata. Bagi je. Serius aku memang tak kisah. Nak belajar? Sekarang pun memang ramai yang bijak pandai. Nak jadi pemimpin? Ramai yang mengetuai pelbagai jenis sektor dalam dunia ini. Apa lagi? Boleh dikatakan semua diberikan hak sama rata. Maaf kalau ada yang aku terlepas pandang.

Tapi pernah tak dalam ramai-ramai wanita ataupun lelaki yang tidak kisah akan hak sama rata antara lelaki dan perempuan ini pernah terlintas memikirkan yang mana perempuan masih kaum yang lemah lembut? Pernah tak?

Jika pernah, baguslah tetapi jika tidak pernah. Korang sememangnya seorang yang lebih mementingkan diri. Kenapa aku kata begitu?

Dalam dua bulan ini, aku ada pergi ke satu site construction kawasan perumahan di Damansara. Kalau tak silap aku, harga bagi sesebuah rumah itu, memang tak mampu dimiliki oleh orang kebanyakkan seperti aku. Apa yang aku terkejut ketika berada di sana ialah terdapat perempuan ataupun wanita yang bekerja di site construction itu. Bukanlah sebagai penari pom-pom untuk menaikkan semangat pekerja lain atau penjual nasi lemak di tepi kaki lima atau penyeri di situ tetapi mereka juga dikerah untuk membina rumah-rumah di kawasan itu.

Mengangkat batu-bata, mengacau simen, membina rumah dan apa-apa kerja yang menjadikan rumah itu terbentuk. Aku tidaklah bertanya kepada mereka apakah warganegara mereka tetapi aku suspek kebanyakkannya berasal daripada Indonesia. Walaupun mereka bukanlah orang Malaysia tetapi pada aku ianya tetapi tidak munasabah untuk mereka bekerja di kawasan seperti itu.

Aku kesian pun ada, lagi-lagi kalau terkenang kalau family aku sendiri yang kena buat kerja macam itu. Kesian seyh. Jika ada yang kata, susah nak dapat kerja ke apa ke. Aku tak tahu tetapi ada yang aku tengok muka mereka cantik dan muda. Aku rasa mereka ditipu dengan dijanjikan untuk menjadi model di Malaysia. Siapa tahu bukan?

Apa-apa pun, aku berharap sesiapa yang memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempaun. Fikirkan jugaklah untuk mereka-mereka itu. Kesian tahu tak. Kesian. K.E.S.I.A.N. Kesian.

NotaKaki : Aku tulis jugak kat office sebab berapa kali dah aku tangguh benda ni.

7 comments:

  1. jurutera. tq2..hehe

    taufik.pandai pulak kau tambah gebu kat situ..huhu

    ReplyDelete
  2. nice entry awak. tapi memang betul pun. perempuan yang kerja dekat tu sangat kesian. supposed dia boleh bagi kerja lain kott. perjuangkan hak lelaki dan perempuan! heheh. peace :D

    ReplyDelete
  3. tq ye.. sama-samalah perjuangkan ye.

    :)

    ReplyDelete
  4. Kalau mintak hak sama rata apa keja lelaki buat perempuan pun kena buat juga la.... Bila hak sama rata dah dilaksanakan tiba2 ada lak yg ckp perempuan tak bole buat keja ni sebab susah la..tak sesuai la dan macam2 lagi.. Tak ke celaka namanya.. Akhirnya org lelaki pulak yg kena tindas atas hak sama rata

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu aku tak sokong sangat sama rata. masing2 ada kelebihan masing2.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...