Sunday, December 2, 2012

165. Harimau Malaya makan Garuda.






Amacam? Semangat tak dengar lagu tu? Kalau sesiapa yang ada kat Stadium Bukit Jalil malam tadi, memang akan terasa semangat semacam. Penyokong negara lain boleh kecut badan. Tu belum dengar lagu Inilah Barisan Kita. Sorry, aku tak ingat nama tajuk lagu tu yang betul.

Serius, boleh meremang dowh bulu badan kau bila dengar lagu ramai-ramai nyanyi. Nak pulak semalam Stadium Bukit Jalil full. Semua tingkat penuh. Rugilah kalau setakat tengok dekat TV or kedai mamak je. Suasanan yang memang bestlah aku kata.Tapi tak jumpa pulak yang masa match dah start. Stadium masa tu penuh.

Aku rasa player Malaysia sendiri terkejut bila tengok stadium penuh. Tu yang nervous sikit masa mula-mula main. Lepas dapat momentum, memang terbaik. Senyap penyokong Indonesia bak hang. Hehe.

Aku gerak dengan wank dari Shah Alam pukul 3 petang dan sampai lebih kurang pukul 4 petang. Kira sempat la tengok ada provokasi antara peyokong Indonesia dan Malaysia ke arah satu sama lain. Sempat ambil tiket daripada adik Aniq masa tengah-tengah hujan lepas tu. Ingat nak jumpa Aniq gak tapi dia gerak lambat dari Seremban dan dia pun datang dengan geng-geng motor dia.



Siapa kata Penyokong Indonesia semua teruk?

Harimau Malaya VS Garuda


Awek mana ntah. Haha. Wank bukan main sekang.
 Spekiebesaq pulak gerak dengan adik dia, Rais dari rumah dorang kat Nilai lepas maghrib. Sampai dekat nak start jugaklah. Kalau bukan sebab aku dengan wank, takdenyelah dia nak dapat seat tu. Haha. Aniq pulak aku tak tahu lah dia duduk belah mana sebab masa aku message dia, dia kata dia duduk dengan budak-budak motor dia. Katanya ramai. Lagipun seat area tempat aku pun takde kosong sangat dah.



Terbaik.
Game malam tadi, memang puas hatilah. Dapatlah aku lupakan detik perlawanan lawan Singapore hari tu. Haha.

Lepas ni Malaysia lawan Thailand pulak. Harap boleh menang lagi.

Please do support our nation team. Orang luar negara pun ada yang sokong Malaysia tau tak. Tak caya ke?

Credit to FB Malaysia Football Team

Credit to FB Malaysia Football Team
So, lepas ni janganlah nak kata orang luar takkan sokong team Malaysia. Puihh. Setakat tengok kat tv je. Memanglah tak nampak. Hehe.

AAUUUUUUUUUUMMMMMMMMMMMMM!!!!!
Takut tak gajah ek dengan Harimau Malaya ni?

NotaKaki : Jumpa kawan lama yang nak konvo hari ni. Dia tetap sama. Tahniah bro.


7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...