Sunday, November 11, 2012

158. Piala AFF 2012


Ada yang tak tahu ke? Kepada yang tak tahu, hujung bulan ini akan berlangsungnya kejohanan bola sepak terhebat di rantau asia tenggara. Ianya melibatkan 8 negara daripada 11 yang berdaftar. Yang lebih tu tak layak la. Hehe.

8 negara itu ialah Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Filipina dan Myanmar. Korang boleh cari sendiri 3 negara yang tak dapat melayakkan diri itu ye. Hehe.

Tahun ni, kejohanan ini akan dianjurkan oleh dua negara iaitu Thailand dan negara kita sendiri, Malaysia. Aku serius tak tahu betul ke tak sebab suasana takde langsung. Padahal tinggal beberapa hari je lagi. Tak macam masa EURO 2012 hari itu. Setahun awal lagi korang dah dapat rasa. Nak salahkan siapa dalam hal ini? Media? Peminat bola sepak? FAM? ataupun Kementerian belia dan sukan? Entahlah.


kat atas tu harga tiket yang korang kena bayar kalau nak tengok kat stadium. Kepada penyokong-penyokong setia pasukan masing-masing, take note ok? Hehe.

Untuk Piala AFF ini, semestinya aku akan menyokong pasukan Malaysia ataupun dikenali sebagai Harimau Malaya.


Kalau ada geng, aku ingat nak pergi tengoklah kat stadium. Kalau sorang-sorang, memang tak la. Boring woo tunggu sorang-sorang kat dalam stadium tu.
Korang boleh check jadual perlawanan kat atas ni. Rupanya-rupanya banyak jugak sponsor Piala AFF ni kan?

So, jangan lupa support team masing-masing ye. Pada aku, semoga berjaya diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia dan jurulatihnya Dato' K. Rajagopal. Harap-harap tahun ni boleh menang lagi. Baru senyap sikit orang yang asyik kutuk-kutuk King Gopal ni kan? Hehe.

Credit gambar to Google Images. Terima kasih kepada pengupload sebenar.

NotaKaki : Madam Bee cari handphone baru habaq kau.

6 comments:

  1. hidup harimau malaya bro. hehe. support

    ReplyDelete
  2. heheh tapi time dia lawan hong kong semalam membuatkan aku risau dengan performance team malaysia setakat neh.. btw hidup harimau malaya! hahaha

    kau g thailang awal sangat weyh. kalau tak dah boleh tgk live game malaysia dah.. dah g balik thailand sana. hahaa

    ReplyDelete
  3. ingat esey banyak duit ka..hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau tak banyak duit takdo poie melancong do.. keychain den mano?? hahhaa

    ReplyDelete
  5. itu namanya kesan daripada sifat berjimat selama beberapa lama sebelum itu..hehe

    keychain kau tak jumpa r kat sana? Hahahahahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...