Wednesday, November 7, 2012

155. Cakap tak serupa bikin.

Juga boleh dibaca di SePena Raya. Kat situ banyak makanan untuk nafus sastera korang.

Ali, berumur 45 tahun. Bekerja di sebuah syarikat swasta yang berjaya hampir 20 tahun lamanya. Dia sangat gembira bekerja di syarikat tersebut. Ali bersama dengan majikannya telah berusaha selama 20 tahun itu untuk meletak syarikat itu berada di tahap sekarang. Boleh dikatakan Ali seorang yang penting di syarikat tersebut. Tidak pernah dia menghampakan majikannya selama itu.

Selain daripada itu, Ali suka bersembang. Jika dia tiada apa-apa tugasan yang perlu dilakukan, Ali pasti akan bersembang dengan rakan-rakan sekerjanya. Malahan majikannya juga tidak kisah asalkan Ali tidak mengganggu rakannya yang lain bekerja.

Perkara yang paling Ali suka borakkan bersama rakannya antaranya politik, hal ehwal semasa, wang dan lain-lain. Ali juga boleh dikatakan seseorang yang suka merendah-rendahkan orang lain yang dia tidak kenal. Pernah terjadi dimana majikan Ali mengambil seorang freelance untuk menyiapkan kerja-kerja syarikat tersebut tetapi apabila berjumpa Ali mengatakan beliau hanya seekor lembu kerana mengikut sahaja majikannya berkata.

Ya, seperti lembu di mana diikat oleh tuannya dan mengikut sahaja kemana tuannya tarik. Malahan, ada yang cuma mampu menangis apabila disembelih. Sedih bukan kehidupan kebanyakkan lembu?

Pada Ali, lembu hanya makan apa yang diberi oleh tuanya tetapi tidak tahu apa yang dimakannya. Malahan lembu juga tidak tahu yang lembu ini akan dijadikan sumber makanan kepada manusia sepertinya susu lembu ataupun daging lembu. Maksud Ali di sini, freelance tersebut boleh dikatakan  hanya tahu mengikut kata-kata orang yang mengupah beliau walaupun hanya sedikit upah diberi.

Ali juga sangat anti kepada pelajar-pelajar yang baru keluar daripada pusata pengajian tinggi di Malaysia. Lebih-lebih lagi jika yang belagak pandai dihadapannya. Pernah juga Ali mengatakan pekerja yang baru diambil oleh majikannya bodoh hanyalah disebabkan pekerja baru itu tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak masuk akal yang ditanya oleh Ali.

"Ria, kau tahu tak kenapa ramai orang ambil rasuah sekarang?" Ali bertanya kepada Ria, pekerja baru yang diambil oleh majikannya.
"Hah?" Respon diberi oleh Ria.
"Apa kau belajar yeh dulu lat Universiti?" Tanya Ali lagi.
"Saya belajar tentang perniagaanlah Encik Ali." Jawab Ria teragak-agak. Ria masih tidak memahami tindakan Ali sebentar tadi.
"Saya rasa semua pelajar universiti sekarang yang keluar bodoh-bodoh." Ali memberitahu kepada Ria dengan tegas. Ria semakin pelik.
"Kau tahu tak kenapa? Ini semua salah kerajaan. Wujudkan course-course yang kita tak perlukan." Sambung Ali.
"Kau tau tak berapa ramai orang muda sekarang yang mengganggur? Kesian aku tengok."
"Mungkin diorang semua tu malas cari kerja kot Encik Ali?" Jawab Ria yang secara simboliknya tidak menjawab soalan Ali sebentar tadi. Ria semakin pelik. Seperti tidak logik topik yang diketengahkan oleh Ali kepadanya.

Di sebelah meja Ria pula, Ahmad melihat sahaja Ria diseksa dengan pelbagai soalan daripada Ali. Ahmad sangat suka apabila Ali melakukan perkara itu kepada Ria.

"Belagak lagi. Padan muka kau setan." Ahmad berkata kepada Ria tetapi hanya di dalam hatinya sahaja. Bukan apa, tidak mahu memperbesar perkara yang kecil. Mungkin kecil pada Ahmad tetapi tidak pada Ria yang bodoh dan sombong. Itulah apa yang Ahmad rasakan kerana Ria terlalu belagak kerana dia hanya mempunyai sijil yang lebih tinggi daripada Ahmad.

Sedang Ali mengasak Ria dengan soalan yang bertubi-tubi tanpa henti dari tadi. Tiba-tiba Mr.Khan masuk ke ruang mereka berada.

"Ali, apa yang you buat kat sini? Kerja yang patut submit dah siap ke?" Jerit Mr. Khan kepada Ali.
"Err, Mr.Khan. Jangan risau la. Nanti saya siapkan." Lembut je Ali berkata-kata. Tidak seperti tadi ketika bercakap dengan Ria, lagaknya seperti singa tetapi kali ini seperti tikus.

Ria tersenyum keseorangan memandang muka Ali.

"Cakap je lebih." Kata Ria kuat-kuat kepada Ali. Ali malu. Ahmad terkejut. Mr.Khan seperti biasa buat muka bodoh konon tak paham bahasa Malaysia sangat. Padahal sudah berumur 70 tahun.

NotaKaki : Agak-agak boleh tak aku nak mintak cuti ek?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...