Friday, November 30, 2012

164. Terjaga di Malam hari.


Rasanya dah dua tiga kali dalam 2 minggu ni aku tertidur lepas magrib. Gila tak syok sebab aku mesti terjaga tengah-tengah malam. Lepas tu tak boleh tidur. Kang siang kat opis mulalah terangguk-angguk depan pc.

Letih woo..

NotaKaki : Tiket bola siapa nak beli woi?

Wednesday, November 28, 2012

163. Gegarkan Stadium Bukit Jalil Sabtu ni






Korang tengok tak game tadi? Menang weh pada yang tak tengok. Hehe. 4-1 lawan Laos. Jaringan oleh Safiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack Haikal dan Khyril Muhymeen.

Safiq Rahim
Safee Sali
Wan Zack Haikal
Khyril Muhymeen
So, kalau tak sure tu. Malaysia wajib menang kalau nak ke suku akhir. Kalau seri, payah sikit. Kalau kalah pun payah gak.

Untuk mudahkan cerita kat sini, Malaysia a.k.a HARIMAU MALAYA perlu menang.

Kalau nak Harimau Malaya menang, kita sebagai penyokong harus turun ke stadium sabtu ini. Jangan bagi alasan apa-apa. Simpan duit nak pergi Pekan Frinjan la, tunggu masuk semi final la, mak suruh teman sepupu datang rumah la, duduk jauhla, tunggu menang dengan Singapore dulu la dan apa-apa la.

Kita kena pastikan yang Harimau Malaya MENGAUMMMMMM!

AAUUUUMMMMMMM!!!!!!!!
NotaKaki : Semangat sikit nak tengok.

Sunday, November 25, 2012

161. Semoga berjaya Harimau Malaya!


Hari ni akan berlangsung perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Harap korang dapat penuhkan stadium ramai-ramai bagi yang kemampuan. Jangan bila kalah tak semangat ke apa. Kalau korang tengok video kat atas tu, korang boleh rasa camne perasaan pemain bila tengok korang. Kan?

Mesti tambah semangat kan? Aku ingat nak pergi tengok dengan wank dan member dia.

Semoga berjaya.

NotaKaki : Unifi oo unifi.

Thursday, November 22, 2012

160. Unifi macam lahanat ke?




Setelah berhempas pulas mengodek-ngodek modem aku, pasang cucuk, pasang cucuk wayar kat situ. Akhirnya boleh gak aku access ke internet. Aku tak tahu apa masalah sebelum ni, tulis access internet boleh tapi bila masuk mana-mana browser, macam haram. Nak kata rosak, lapton dan handphone budak rumah aku ok je.

Bukanlah aku nak memburuk-burukkan Unifi kerana selama ini ok je bila pakai. Mungkin memang ada mana-mana masalah kot. Cuma, tak berapa best la sebab masalah ni dah jadi dekat 3 minggu lagi. Sekejap ok, sekejap tak. Siap aku dah call dengan TM lagi untuk mintak bantuan tapi haram. Sama jugak.

Kenapa ek? Anyone?

NotaKaki : Tak best langsung online pakai handphone.

Tuesday, November 20, 2012

159. Sangat penat.


Bulan ni berdasarkan statistik penulisan aku, adalah paling kurang aku tulis. Aku nak sangat menulis tetapi aku sangat penat. Balik kerja pun, tak sempat  buat apa sangat. Pap, tidur. Aku penat dan aku sangat mengantuk semenjak dua menjak ini.

Ini pun aku curi sikit masa waktu kerja aku kat opis. Penat woo.

NotaKaki : Harap dapat habiskan.

Sunday, November 11, 2012

158. Piala AFF 2012


Ada yang tak tahu ke? Kepada yang tak tahu, hujung bulan ini akan berlangsungnya kejohanan bola sepak terhebat di rantau asia tenggara. Ianya melibatkan 8 negara daripada 11 yang berdaftar. Yang lebih tu tak layak la. Hehe.

8 negara itu ialah Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Filipina dan Myanmar. Korang boleh cari sendiri 3 negara yang tak dapat melayakkan diri itu ye. Hehe.

Tahun ni, kejohanan ini akan dianjurkan oleh dua negara iaitu Thailand dan negara kita sendiri, Malaysia. Aku serius tak tahu betul ke tak sebab suasana takde langsung. Padahal tinggal beberapa hari je lagi. Tak macam masa EURO 2012 hari itu. Setahun awal lagi korang dah dapat rasa. Nak salahkan siapa dalam hal ini? Media? Peminat bola sepak? FAM? ataupun Kementerian belia dan sukan? Entahlah.


kat atas tu harga tiket yang korang kena bayar kalau nak tengok kat stadium. Kepada penyokong-penyokong setia pasukan masing-masing, take note ok? Hehe.

Untuk Piala AFF ini, semestinya aku akan menyokong pasukan Malaysia ataupun dikenali sebagai Harimau Malaya.


Kalau ada geng, aku ingat nak pergi tengoklah kat stadium. Kalau sorang-sorang, memang tak la. Boring woo tunggu sorang-sorang kat dalam stadium tu.
Korang boleh check jadual perlawanan kat atas ni. Rupanya-rupanya banyak jugak sponsor Piala AFF ni kan?

So, jangan lupa support team masing-masing ye. Pada aku, semoga berjaya diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia dan jurulatihnya Dato' K. Rajagopal. Harap-harap tahun ni boleh menang lagi. Baru senyap sikit orang yang asyik kutuk-kutuk King Gopal ni kan? Hehe.

Credit gambar to Google Images. Terima kasih kepada pengupload sebenar.

NotaKaki : Madam Bee cari handphone baru habaq kau.

157. Trip to Bangkok - Selesai Sudah Part 3


Bersambung dari Part 2

Malam itu, selepas selesai kemas-kemas barang dalam bilik tu, kitorang mandi-mandi dan bersiap. By the way, bilik air dan tandas tu kongsi. Walaupun kongsi tetapi still ok la untuk mandi. Tak kotor. Cuma payah sikit lah kalau korang nak memerut ke apa kan sebab kena tunggu turn kalau ada oraang pakai.. Haha.

Lepas tu, kitorang pergi makan kat belakang area masjid yang aku cerita sebelum ni. Kedai muslim dan bawah rumah tokey kedai tu kot.

"Nasi goreng dalam bahasa thai apa ek?" Detik hati.

"Usha menu sat dalam ainol ni." detik hati jugak




Memandakan tokey merangkap tukang masak tidak berapa nak cakap guna english, dia mengesyorkan kepada kami nasi goreng dan ayam. Mula-mula aku ingatkan nasi goreng ayam tetapi rupanya-rupanya nasi goreng cina ada ayam. Mungkin jela. Spekiebesaq dan wank kata macam nasi goreng biasa je. Entahlah.

Nasi goreng dan ayam

Air kosong


Keadaan kedai bawah rumah
Nasi itu, kitorang kena RM3.50 ataupun 350 baht. Lebih kurang harga dengan kat Malaysia jela kan? Lepas makan, kitorang jalan pulak kat Khousan Road. Kat situ, boleh dikatakan kawasan tumpuan pelancong jugak. Ada macam-macam kat situ. Baju, beg, seluar, magnet lekat-lekat tu. Kalau yang jenis suka lepak-lepak kat pub pun banyak gak kat jalan tu. Cuma tak pulak aku pasti yang tukang hidang tu perempuan tulen or bapok sebab aku tak masuk pun. Tengok dari luar je. Hehe.








 Nasib kitorang tak berapa elok masa tu sebab baru jalan dalam 15 minit hujan turun. So, tak boleh nak usha barang sangatlah.

Lepas tu, kitorang balik dan lepak kat ruang bawah hotel tu. Memandangkan masa tu musim hujan, kitorang dapat beli buah dengan harga serendah RM1.50 ataupun 150 baht. Ianya harga bukan untuk separuh buah tetapi satu biji buah. So, kalau hantu buah masa tu memang beruntunglah kan.

Kitorang makan buah tu dan merancang ke mana kitorang akan pergi pada esok hari.

 Dah rancang bagus punya dan tambah aku mengantuk. Kitorang tidur lebih kurang pukul 10.30 malam waktu bangkok. Yang lain, aku tak tahu. Diorang dah buat bilik tu macam rumah diorang, so memang tak kisah la diorang tu tidur pukul berapa kan.

Sambung lagi di entry yang lain pula. Have a nice day.

NotaKaki : Sekarang musim sakit perut ek?

156. Meatball IKEA, halal ke tidak?

Tahun lepas ada kecoh pasal benda ni kan? Kot-kot ada yang tak tahu lagi ke.

Aku ambil daripada blog Jom-makan-makan. Boleh try usha kat sana kalau korang nak cari info pasal makan ni.

Jawapan daripada pihak IKEA



Baca ini terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut.

Baru-baru ini kami menerima komen daripada seseorang yang menggelar dirinya Anonymous. Kenapa dia digelar itu tidaklah crew Jom Makan-makan tahu. Mungkin kerana dia salah seorang geng hacker yang terkenal ataupun dia tidak tahu bagaimana untuk mendaftar dirinya di google ataupun dia memang tiada nama. Kami crew JMM memang tidak tahu.



Seperti yang korang boleh baca di atas, dia menyuruh kami check terlebih dahulu ada halal ataupun tidak, daging yang digunakan daging apa dan mengatakan janganlah crew JMM terlalu bodoh mempromosi sesuatu tanpa usul periksa. Malahan dia merasa sedih kerana terdapat ramai melayu yang makan di situ.

Walaupun isu ini telah mula berbunyi pada awal tahun lepas di mana ada yang mengatakan meatball itu tidak halal, diperbuat daging babi dan bla bla bla bla. Pihak IKEA terus menutup medan selera mereka dan dikhabarkan terus melakukan proses samak. Korang boleh try google untuk cari balik cerita pasal ini.

Selepas mendapat komen tersebut, aku terus menghantar pertanyaan kepada pihak JAKIM dan IKEA sendiri untuk mendapat kepastian. Setelah menunggu hampir seminggu, akhirnya aku mendapat maklum balas daripada IKEA. Korang boleh baca apa yang ditulis oleh IKEA sendiri. Aku tak tukar apa-apa langsung.


Untuk itu, kami berharap ianya dapat memuaskan hati pihak anonymous. Aku tak tahu kenapa aku mendapat jawapan dalam english sedangkan aku menulis dalam bahasa Malaysia. Tapi itu tidak penting.

Terima kasih kepada pihak anonymous kerana concern terhadapa makanan yang dipaparkan oleh kami. Cuma, crew JMM berharap pihak anonymous berlaku adil kepada semua restoran di Malaysia ataupun dunia. Tidak semestinya halal dan haram itu hanya melibatkan bahan yang digunakan untuk masakan tersebut. Cara mendapatkan bahan itu, cara menjual, kebersihan dan lain-lain. Mintak tolong pandang dari semua aspek.

Terima Kasih. Kami akan update setelah mendapat jawapan daripada pihak JAKIM pula.

Jangan lupa usha la ye.

NotaKaki : Weekend yang bosan.

Wednesday, November 7, 2012

155. Cakap tak serupa bikin.

Juga boleh dibaca di SePena Raya. Kat situ banyak makanan untuk nafus sastera korang.

Ali, berumur 45 tahun. Bekerja di sebuah syarikat swasta yang berjaya hampir 20 tahun lamanya. Dia sangat gembira bekerja di syarikat tersebut. Ali bersama dengan majikannya telah berusaha selama 20 tahun itu untuk meletak syarikat itu berada di tahap sekarang. Boleh dikatakan Ali seorang yang penting di syarikat tersebut. Tidak pernah dia menghampakan majikannya selama itu.

Selain daripada itu, Ali suka bersembang. Jika dia tiada apa-apa tugasan yang perlu dilakukan, Ali pasti akan bersembang dengan rakan-rakan sekerjanya. Malahan majikannya juga tidak kisah asalkan Ali tidak mengganggu rakannya yang lain bekerja.

Perkara yang paling Ali suka borakkan bersama rakannya antaranya politik, hal ehwal semasa, wang dan lain-lain. Ali juga boleh dikatakan seseorang yang suka merendah-rendahkan orang lain yang dia tidak kenal. Pernah terjadi dimana majikan Ali mengambil seorang freelance untuk menyiapkan kerja-kerja syarikat tersebut tetapi apabila berjumpa Ali mengatakan beliau hanya seekor lembu kerana mengikut sahaja majikannya berkata.

Ya, seperti lembu di mana diikat oleh tuannya dan mengikut sahaja kemana tuannya tarik. Malahan, ada yang cuma mampu menangis apabila disembelih. Sedih bukan kehidupan kebanyakkan lembu?

Pada Ali, lembu hanya makan apa yang diberi oleh tuanya tetapi tidak tahu apa yang dimakannya. Malahan lembu juga tidak tahu yang lembu ini akan dijadikan sumber makanan kepada manusia sepertinya susu lembu ataupun daging lembu. Maksud Ali di sini, freelance tersebut boleh dikatakan  hanya tahu mengikut kata-kata orang yang mengupah beliau walaupun hanya sedikit upah diberi.

Ali juga sangat anti kepada pelajar-pelajar yang baru keluar daripada pusata pengajian tinggi di Malaysia. Lebih-lebih lagi jika yang belagak pandai dihadapannya. Pernah juga Ali mengatakan pekerja yang baru diambil oleh majikannya bodoh hanyalah disebabkan pekerja baru itu tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak masuk akal yang ditanya oleh Ali.

"Ria, kau tahu tak kenapa ramai orang ambil rasuah sekarang?" Ali bertanya kepada Ria, pekerja baru yang diambil oleh majikannya.
"Hah?" Respon diberi oleh Ria.
"Apa kau belajar yeh dulu lat Universiti?" Tanya Ali lagi.
"Saya belajar tentang perniagaanlah Encik Ali." Jawab Ria teragak-agak. Ria masih tidak memahami tindakan Ali sebentar tadi.
"Saya rasa semua pelajar universiti sekarang yang keluar bodoh-bodoh." Ali memberitahu kepada Ria dengan tegas. Ria semakin pelik.
"Kau tahu tak kenapa? Ini semua salah kerajaan. Wujudkan course-course yang kita tak perlukan." Sambung Ali.
"Kau tau tak berapa ramai orang muda sekarang yang mengganggur? Kesian aku tengok."
"Mungkin diorang semua tu malas cari kerja kot Encik Ali?" Jawab Ria yang secara simboliknya tidak menjawab soalan Ali sebentar tadi. Ria semakin pelik. Seperti tidak logik topik yang diketengahkan oleh Ali kepadanya.

Di sebelah meja Ria pula, Ahmad melihat sahaja Ria diseksa dengan pelbagai soalan daripada Ali. Ahmad sangat suka apabila Ali melakukan perkara itu kepada Ria.

"Belagak lagi. Padan muka kau setan." Ahmad berkata kepada Ria tetapi hanya di dalam hatinya sahaja. Bukan apa, tidak mahu memperbesar perkara yang kecil. Mungkin kecil pada Ahmad tetapi tidak pada Ria yang bodoh dan sombong. Itulah apa yang Ahmad rasakan kerana Ria terlalu belagak kerana dia hanya mempunyai sijil yang lebih tinggi daripada Ahmad.

Sedang Ali mengasak Ria dengan soalan yang bertubi-tubi tanpa henti dari tadi. Tiba-tiba Mr.Khan masuk ke ruang mereka berada.

"Ali, apa yang you buat kat sini? Kerja yang patut submit dah siap ke?" Jerit Mr. Khan kepada Ali.
"Err, Mr.Khan. Jangan risau la. Nanti saya siapkan." Lembut je Ali berkata-kata. Tidak seperti tadi ketika bercakap dengan Ria, lagaknya seperti singa tetapi kali ini seperti tikus.

Ria tersenyum keseorangan memandang muka Ali.

"Cakap je lebih." Kata Ria kuat-kuat kepada Ali. Ali malu. Ahmad terkejut. Mr.Khan seperti biasa buat muka bodoh konon tak paham bahasa Malaysia sangat. Padahal sudah berumur 70 tahun.

NotaKaki : Agak-agak boleh tak aku nak mintak cuti ek?

154. Ok tak filem ni?





Sinopsis filem ZAITON CERITAKU


Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami. Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti. Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya.

Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan. Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu. Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan. Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon.

Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali. Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya. Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara-mara pergi entah ke mana. Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya.

Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit. Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya. Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian?

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2012/11/zaiton-ceritaku.html#ixzz2BWDgJUvt


Kadang-kadang aku suka tengok filem yang memaparkan kisah benar seseorang lebih-lebih lagi ikon yang berjaya dalam bidang yang diorang ceburi. Terasa nak tengok pulak filem ni walaupun aku bukan kenal sangat pun siapa Zaiton Sameon ni..

Ada yang nak teman tak? Hehe.

NotaKaki : Memang bermaharajalela la aku kat office ni.

Tuesday, November 6, 2012

153. The Revolutionary Speech by V



Aku sangat-sangat suka filem V for Vendeta. Filem ni diadaptasi daripada komik dengan tajuk yang sama.

Boleh tanya spekiebesaq. Hari tu dia boleh ajak aku layan even dah tengah-tengah malam. Aku memang tak kisah nak layan filem ni.

dan dia bagi konklusi kenapa aku suka tengok ialah kerana kononnya aku nak ubah dunia. Haha. Sendiri tak berubah, nak ubah dunia konon. Tapi mungkin satu hari nanti kan? Siapa tahu. Hehe.

Apa yang paling aku suka dalam filem tu ialah ada satu ayat yang mengingatkan aku tentang sesuatu. Ayat itu  disebut oleh watak utama dalam filem itu iaitu V.

"People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people."

Ramai yang rasanya dah lupa tentang benda ni. Secara jujurnya aku pernah menangis masa tengok ending filem ni. Antara filem terbaik bagi aku.

Silalah layan.

NotaKaki : Musim hujan ni la buat aku nak kahwin cepat-cepat.

thank you to blogserius sebab ingatkan aku.

Saturday, November 3, 2012

152. Mama dah pencen.


Dengan ini diumumkan mama aku dah pencen yang bermula pada 01 November 2012 yang lepas. Petang tadi aku saja la call tanya-tanya pasal benda ni. Apa yang nak buat lepas ni la, best ke tak, dapat pencen banyak tak dan lain-lain.

Tup-tup tengah-tengah borak tu. Mama bagitahu kat aku suruh try mintak kerja kerajaan lagi untuk yang kali ke berapa ntah. Kata mama kalau kerja kerani pun tak pe. Yang penting kerajaan. Mama mengambil contoh daripada dirinya sendiri. dan bla bla bla.

Aku taknak bagitahu Mama dengan mengatakan bukan senang nak dapat kerja kerajaan sekarang. Lagipun aku rasa ramai lagi yang layak untuk bekerja dengan kerajaan, lebih-lebih lagi keluarga yang lebih susah. Mungkin aku masih tak nampak lagi apa yang Mama nampak semenjak lebih kurang 30 tahun dahulu.

Entahlah.

NotaKaki : Tidur jela penting.

151. Bahasa SMS

ko nk wtpe arini ek? npe dgn ko ni? dh mkn lom? arini aku g jln2 tgk wyg je.sorg2 je.xbest pn cite tu. futsal.mlm ni.kul9.main x? knp? asl ngn ko? tkt sial owg2 tua mrh. ku boring.



OK, aku rasa cukup kot aku bagi contoh kat atas tu. Kat atas tu antara bahasa-bahasa SMS yang digunakan oleh kebanyakkan orang yang normal. Hari ini aku saja nak buang masa ceritakan pasal benda-benda ini.

Kalau korang semua perasan, perkataan-perkataan dalam yang kita gunakan kebiasaanya hanya akan difahami oleh orang yang kita selalu SMS sahaja. Betul kan? Aku sendiri pernah menghantarkan SMS kepada rakan aku dan dia langsung tak paham. Payah sangat, aku akan call je rakan tu. Mudah.

tapi bukan itu yang aku nak tekankan.

Apa yang aku nak tekankan di sini. Kenapa ada yang tulis sesuatu menggunakan bahasa SMS yang susah untuk orang faham. Contohnya seperti ayat-ayat di atas tu. Ada terdapat perkataan-perkataan di atas tu tidak sesuai digunakan untuk sesetengah tempat. Contohnya surat rasmi, email rasmi, sms untuk orang-orang tua dan lain-lain.

Ada juga sesetengah umat yang bijak pandai ini menggunakan bahasa SMS ketika menulis blog. Boleh jika korang semua nak gunakan perkataan-perkataan itu. Cuma, kadang-kadang ianya membuatkan aku terfikir. Ok, bukan aku. Kawan aku yang menyedarkan aku perkara ini.

Kenapa korang perlukan bahasa SMS yeh? Apa yang aku faham, bahasa SMS muncul oleh beberapa sebab yang mana antaranya ialah untuk jimat kredit kerana kalau korang guna space lebih, korang perlu bayar lebih jika lebih had untuk satu SMS  yang telah ditetapkan hurufnya. Selain itu, bahasa SMS ini muncul adalah untuk menjimatkan masa korang semua menaip satu SMS yang ingin diberikan kepada seseorang.

Lagipun SMS itu sendiri bermaksud Short Message System kan? Memang patutlah jadi SHORT.

ok. Itu semua hanyalah pandangan peribadi aku yang tengah bosan pada malam hari yang tiba-tiba baca sesuatu benda yang menggunakan bahasa SMS dan merasakan ianya mengjengkilkan aku.

Harap maaf jika ada terasa ataupun merasakan apa yang aku sampaikan ini bodoh. Aku tidak pernah memaksa korang membaca. Aku sendiri ada membuatkan kesilapan seperti itu juga.

Ok, aku dah mengarut gila ni.

NotaKaki : Ramai yang nak kahwin dan ramai yang nak bertunang dah. Tahniah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...