Saturday, October 13, 2012

141. Pengajaran untuk nak buat pasport


Korang semua tahu tak kat mana kalau nak buat pasport? Tahu? Bagus. Tak tahu? Takpe-takpe, biar aku bagitahu kat mana. Buat kat pejabat imegresen la. Ntah betul ke tak aku pun tak tahu la. Haha.

Biasa kita ingat pejbat-pejabat kerajaan ni buka dari hari isnin sampai jumaat je kan? Korang semua silap. Diorang buka setiap hari tapi bukan semua la. Sesetengah cawangan sahaja. Boleh check kat web dorang ni.

Dah tahu korang nak keluar negara tu, better buatlah awal-awal. Tapi jangan awal sangat, rugi pula tempoh pasport tu nanti. Hehe.

Masa hari nak buat pasport tu, make sure bangun awal pagi ataupun lepas subuh tu tak payahla ngada-ngada nak tidur. Pastikan korang sampai kat pejabat imegresen tu jam 7.30 pagi sebab ada yang kata nombor tu cepat habis. Lagi-lagi time peak hour. Cuma tadi tak silap dia kata kat Puduraya buka sampai malam.

Lepas tu, korang jangan berlenggang pulak. Pastikan masa datang tu, bawak gambar berukuran pasport, photostat IC dan surat beranak dan original sekali. Cap jari korang pun penting gak, jangan tinggal pulak tau.

Apa yang aku bagitahu ni, itulah yang aku tak buat pagi tadi masa nak buat dengan spekiebesaq. Haha. Bangun jam 9.00 pagi. Aku takde gambar. spekiebesaq tak photostat IC dan surat beranak. Memang hancur betul.

Terpaksa la aku pergi esok pagi balik. Padan muka. Hehe

Dan dalam masa bawak buku ke, surat khabar ke untuk menghilangkan bosan. Kalau ada smartphone atau tablet pun takde guna. Sebab bosan. Hehe.

NotaKaki : Sedap gila nasi lemak kat Sri Geylang ni.

5 comments:

  1. yes buat passport adalah hari yg paling boring skali ;))

    ReplyDelete
  2. kira takde hari boring lain boleh lawan la?haha

    :)

    ReplyDelete
  3. cik siti tak suka buat passport and also IC..sebab kena beratur panjang...dan disebabkan tuu jugak la sampai skrg tak tukar lg IC baru...huhu...umo da 21 tahun still pakai IC masa darjah 6...hahah

    ReplyDelete
  4. ish, tak boleh gitu cik situ oii..nanti nak buat apa2 mesti payah..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...