Tuesday, October 30, 2012

150. Trip to Bangkok - Selesai sudah Part 2

Bersambung dari Part 1

Selepas kitorang sampai kat Bangkok, first sekali kitorang plan nak cari tiket untuk balik ke Malaysia. Ya, ini penting sebab bajet korang selepas itu akan bergantung kepada berapa yang tinggal selepas beli tiket balik. Bukan taknak beli masa kat Malaysia tetapi kitorang takut apa yang kitorang rancang tak sempat. So bila dah sampai Bangkok baru boleh plan bila boleh balik.

Mula-mula kitorang ingat nak naik bas untuk balik ke Malaysia. Mulalah tengok map kat mana stesen bas untuk ke Malaysia dan tanya-tanya kat information kaunter. Lepas tu bajet nak pergi pakai MRT ataupun keretapi bawah tanah. Yang dalam Bahasa Malaysia tu aku bantai.


"Tu train tu. Betullah ni." Jerit spekiebesaq kepada cameraman lagi.
Bila sampai kat tempat beli tiket. Kitorang blur sebab tak tahu ke mana untuk beli. So, kitorang tanya kepada Abang Guard yang ada di situ dan yang bestnya dia boleh bercakap bahasa melayu walaupun loghat kelantan. Memang di sebelah selatan Thailand, ada yang masih menggunakan bahasa melayu. Senanglah untuk bertanya. Ok, lebih kepada Wank dan spekiebesaq yang bertanya. Aku lebih kepada senyap sepanjang berada di sana.

Sorry abang guard, gambar tak clear.
Abang guard tu kata kitorang tak boleh pakai MRT untuk ke stesen bas tersebut tetapi boleh naik bas awam ke sana. So dia dengan baik hati mengofferkan diri untuk tunjukkan kat mana dan apa nombor bas yang kitorang patut naik.

Lepas kitorang naik atas jalan balik dan abang guard sempat tunjuk bas yang mana, kebetulan ada Tuk-tuk kat situ. Ntah apa yang dia katakan dengan english broken dia kata stesen bas tu jauh. Baik pergi ke tourist information je dan dia cuma cas 30 baht sahaja. Pada mulanya kitorang menolak tetapi dia kejar kitorang jauh jugak memujuk untuk bawak ke sana. Mula-mula kata 5 baht seorang, so 15 baht jela. Wank minta 10 baht untuk tiga orang dan dia bersetuju.

Driver Tuk-tuk

Seronoklah boleh naik Tuk-tuk 10 Baht.
Dia bawak jalan-jalan. Rupanya tempat tu memang dekat la. Nasib baik 10 baht je. Spekiebesaq belanja. Dekat tourist information tu kitorang tanya tiket bas untuk ke Malaysia berapa tapi kitorang tak ambil pun. Nasib baik wank ada datang rumah aku dan mintak buat research sikit pasal harga tiket untuk balik. Tourist information tu letak harga dekat tiga kali ganda. Nak kapak kitorang la tu kata wank.

Kitorang jalan balik ke terminal keretapi Hua Lompong tu dan membuat keputusan beli tiket train je untuk balik ke Malaysia. So, menapak la ke sana balik. Nasib baik ingat jalan.

Kitorang beli tiket train ke Hatyai dulu yang berharga 450 baht yang bersamaan lebih kurang RM45.00 pada tarikh 26 Oktober 2012 pada jam 15.10 petang waktu Bangkok. Itupun tiket yang paling murah untuk ke Hatyai.

Setel satu masalah walaupun tiket tu hanya sampai Hatyai. Lepas tu, kitorang naik bas untuk ke Khao San Road. Dikatakan tempat ni banyak bilik-bilik atau tempat tidur yang murah serendah 350 baht. Kitorang naik bas yang bernombor 53 untuk ke sana. Tau pun sebab kaunter information yang bagitau kitorang.



Agak mencabar jugak naik bas kat Bangkok ni sebab konduktor bas tu tak berapa nak boleh cakap dalam english even yang broken macam aku cakap. Nasib baik sampai jugak kat tempat kitorang nak pergi. Itupun aku dengan spekiebesaq ada perasan nama jalan, kalau tak entah mana hala la kitorang pergi. Konduktor bas jenis segan nak bagitahu.

Masa on the way nak cari bilik, kitorang perasan ada masjid. So senangla kalau nak solat ke apa. Takdelah jauh sangat kan. Kitorang terjumpa satu tempat yang bernama My Friends Guest House pukul 3 petang waktu Bangkok. Tak jauh dari masjid kitorang nampak tadi. Dalam beberapa kedai je beza. Masjid tu kena ikut lorong tengah-tengah kedai tu baru jumpa. Lepas tanya-tanya, boleh dapat seorang 150 baht untuk bilik jenis dorm. Kongsi ramai-ramai lebih kurang 8 orang satu bilik. Tak kisahlah, yang penting ada tempat tidur tapi kena dalam balik pukul 4 petang waktu Bangkok.

Sementara nak habiskan sejam tu, kitorang menghala ke arah masjid. Ada sorang dua je kat dalam kawasan masjid tu. Kawasan masjid tu taklah besar sangat tapi oklah daripada takdekan? Kebetulan pulak, waktu asar kat situ jam 3.30 petang. Takdelah lama sangat kitorang nak tunggu.



Selesai solat, lepak-lepak sekejap kat area masjid tu. Jam 4 petang kitorang patah balik ke arah My Friend Guest House tadi. Seorang diminta bayar sebanyak 300 baht untuk dua malam dan deposit sebanyak 300 baht. So, kitorang kena keluar 600 baht di situ. Setel semua dan kitorang dapat kunci, terus ke arah bilik.

Dari gambar tu bolehlah agak sendiri bagaimana keadaan bilik tu rasanya. Semua katil penuh. Ada mamat omputih, mamat Lebanon, mamat India, mamat Jepun dan mamat China. Tak lupa mamat Malaysia iaitu kitorangla. Memang 1 dunia kan? Tak mainlah 1 Malaysia ni.

Ok, bersambung lagi.

NotaKaki : Letih pulak kena turun site ni.

149. Kalau bawak kereta masa hujan lebat


Kalau korang on the way nak pergi mana-mana dan tiba-tiba hujan lebat membasahi kereta korang


seperti gambar di atas.

Tolonglah jangan buat seperti ini



lampu kecemasan kereta itu buat untuk masa hujan lebat tetapi untuk kecemasan.

Cukuplah korang just on lampu kereta ke tahap paling tinggi bukan spotlight tau.

Khidmat pesanan masyarakat ini dibawa oleh aku.

Gambar semua diambil daripada Google Images. Terima kasih kepada tuan asal gambar tersebut.

NotaKaki : Boleh jadi gila woi.

Monday, October 29, 2012

148. Trip to Bangkok - Selesai sudah.

 Alhamdullilah selesai jugak trip to Bangkok di mana aku ikut yang dirancang baik oleh wank bersama spekie besaq.

Hari itu kitorang bertolak dari KL Sentral jam 11malam tarikh 22 Oktober 2012 ke Butterworth, Pulau Pinang.

Titik permulaan untuk spekiebesaq dan wank

Titik permulaan bagi aku

Sampai kat Butterworth awal pagi, sempat subuh kat stesen KTM situ. Lepas tu gerak pusing-pusing kat area dalam Pulau Pinang dan jumpa Din Penang yang tak dapat ikut sekali. Sempat la paw dia makan kat Mamak Mutiara kat bawah Komtar tu. Thanks Din.


"Dey, apada kau buat?" wank kata.

"Apalah yang kau nak skodeng tu?" Hati aku berkata-kata.

kecak!
Dalam 12 tengahari kitorang dah sampai kat Jeti nak pergi Butterworth. Sebelum tu sempatlah sesat sikit dalam area pulau tu. Katanya mungkin degree jatuh sikit. So, sampai dalam 12.30 tengahari. Sempat mandi, zuhur dan tapau nasi kat stesen KTM Butterworth tu.


Cantik jugak gambar ni.

"Betul ke nak pergi Bangkok ni?" Spekiebesaq kata ke arah cameraman.

"Betulla ni." spekiebesaq baru percaya sikit.

Masa Wank beli tiket dari keretapi dari Butterworh ke Bangkok, dia dah pilih seat yang ada katil. So, masa tidur malam tu, bolehlah nak rilek-rilek sikit. Cuma yang tak berapa best sebab ada geng yang naik dari Arau tu, bising sikit. Mungkin first time nak pergi keluar Malaysia kot. Aku pun first time gak tapi takdelah kecoh sangat.

Kitorang gerak dari Butterworth jam 2 petang 23 Oktober 2012 ke arah Bangkok.

"Tak habis-habis ambil gambar aku." kata mamat ni.


Buweeekk!




Pelik kan sekejap seat sekejap katil? Ok, sebenarnya train tu jenis seat boleh bukak jadi katil. tu je. Lama jugak kitorang dalam train tu. Naik train 23 Oktober 2012 dan sampai jam 12 tengahari 24 Oktober 2012 waktu Bangkok. FYI, waktu Thailand lambat satu jam daripada waktu Malaysia. So lebih kurang 23 jam atas train tu.



Ok r, aku sambung kat entry lain. Takut takde yang nak tengok pulak kalau aku tulis panjang-panjang.

NotaKaki : Kadang-kadang aku terasa jugaklah.

Sunday, October 21, 2012

147. The Red Warrior JUARA!

Biar la orang nak kata lambat update ke apa. Saja nak bagitahu yang tak tahu, masa Kelantan menang piala ketiga untuk tahun ini iaitu Piala Malaysia, aku ada dalam stadium shah alam tu. Gol je aku jerit, tak gol aku tepuk tangan. Ref bangang, aku senyum. Orang boo PRESIDEN FAM, aku pun boo gak. Memang syok walaupun penat. 12 jam woi kat area stadium shah alam saja. Ini kes pakcik aku nak pergi awal r ni.

Ok. itu saja. Haha.

NotaKaki : Komputer aku ni, kalau nak buat hal pun tunggulah aku ada banyak duit. aiyo!

Wednesday, October 17, 2012

146. Lagenda Budak Setan 2 - Katrina


Agak-agak filem ni boleh layan tak? Madam Bee pulak jauh nak ajak tengok. Aishh..

NotaKaki : Ada kerja kosong tak untuk kawan aku?

Monday, October 15, 2012

145. 24 Tahun


Tanggal 14 Oktober 2012 ialah tarikh lahir aku. Tahun lepas, aku inggat cuma ada 4 orang sahaja yang wish kepada aku. Tahun ini jumlah itu bertambah apabila aku on bagitahu orang lain birthday aku bila dalam FB.

Just nak cakap terima kasih kepada yang wish. Tak kisahlah korang memang ingat ke tak.

144. Pengajaran untuk buat pasport siri 2


Sebelum ni aku ada cerita yang aku cuba buat pasport dengan spekiebesaq kan? Memadangkan misi hari sabtu lepas gagal. Aku pergi untuk kali kedua dengan wank pulak.

Kali ini, dari malam sabtu lagi aku dah ingatkan wank yang datang awal-awal, takut dia terlajak tidur pulak. Aku lupa yang dia dah biasa bangun awal sebab terlibat dalam aktiviti rowing dia sejak beberapa minggu lepas lagi. Lagi pun dapat no 2 hari itu, walaupun tak dapat apa yang dia impikan, aku ucapkan tahniah jugaklah kan.

Pagi tu, aku set jam bukan 1 tapi 3 kat handphone aku. 5.00 pagi, 5.30 pagi dan 6.30 pagi. Aku bangun jam 6 pagi. Wank sempat hantar message suruh aku bangun, rasa lagi awal daripada aku bangun. Ntah pukul berapa dia bangun kan. So, pengajaran kat sini ialah lebih baik korang pergi ke sana berteman supaya ada yang rajin untuk kejut korang kalau korang ni kaki payah mampos nak bangun pagi.

Kitorang gerak dari rumah pukul 7.15 pagi. Wank buat kalut-kalut pe ntah. Kata dia dah alang-alang pergi awal-awal kena pastikan dapat jugak pasport tu. Ok, kitorang sampai kat imegresen tu pukul 7.40 dan mak aihhh bukan 10, bukan 20, bukan 40, tapi ada 100 orang depan kitorang. Seriously aku tak tahu diorang tu camping dari malam tadi ke apa kat depan pintu tu? So, pengajaran yang ni pulak, korang camping depan pejabat imegresen tu sebab untuk 100 orang depan kitorang tu pun kitorang boleh sempat makan dekat sejam tahu tak. Lama seyh.

First yang korang pastikan ialah borang kena isi dengan betul, gambar berukuran pasport 2 keping, pastikan gambar tu cantik secantik cantiknya kalau tak kena cakap muka macam gangster oleh kawan korang. Nanti korang dapat nombor giliran. Lepas tu lepas nombor korang kena panggil, pegawai tu akan mintak borang, gambar dan IC korang. Kalau boleh, alamat korang tu guna alamat semasa yang korang tinggal. Dia akan mintak ke kaunter yang memerlukan korang bayar untuk harga pasport tu. Ada RM100, RM300 dan RM500 tak silap aku.

Lepas bayar, pastikan korang buatlah apa-apa untuk 2 jam sebab kat slip bayaran tu tulis ' Tarikh kutipan dan 2jam selepas pembayaran". Lepas 2 jam, korang bagi slip bayaran tu kat kaunter kutip pasport dan dia akan bagi nombor baru. Kali ini korang tunggu sampai nombor korang dipanggil.

Kalau takde apa-apa masalah korang akan dapat pasport korang. Ini menandakan korang ada bayar duit PTPTN kalau ada pinjam masa belajar. Kalau tak dapat gak, mungkin korang ni penjenayah yang tengah dicari dan bodoh sebab buat pasport. Hehe..

NotaKaki : Goosebumps.

143. 2GB B Series MP3 WALKMAN (Red)



Yang warna merah tu la aku angkat. Aku angkat dekat Sony Centre, The Curve. Harga RM159. Sebenarnya bukan nak beli sangat pun tapi memandangkan ada promotion for 2nd item just RM99 dan aku memang dah lama nak angkat dan Madam Bee pun nak jugak. Alang-alang tu angkut je la kan.

Ye, aku tau Mp3 je. Ye, aku tau 2gig je. Pada aku yang just nak dengar lagu kadang-kadang dan bukan banyak sangat lagu aku dengar, kira orait la tu. Masa aku beli tu dapat la barang free iaitu CD lagu yang berjudul PA-Hits Unleashed CD 2unit dan cabel organizer. Kalau ambil yang 4gig punya dapat skin gak.

Lari bajet sikit lepas beli benda ni tapi takpe yang tu boleh postponed. Dapat yang ni pun dah buat aku tersenyum. :)

Benda ni ada FM dan voice recoder gak. Kiranya kalau tiba-tiba aku jadi wartawan tak bertauliah terjumpa mana-mana public figure ke atau tiba-tiba datang idea untuk apa-apa boleh la aku rekod. Kihkihkih. Macam sial kan aku gelak? Sukati aku la, aku tulis nak gelak camne pun kan.

NotaKaki : Penat jugak jalan kaki dari rumah ke pusat komersial ek?

142. Trip to Bangkok - Apa lagi ek?



Tiket ke Bangkok? Done.
Pasport? Done.
Mp3? Done.

Ye, Mp3 pun cukup dah untuk aku. Kalau dengar lagu kat handphone kang habis pulak bateri cepat. Nak beli Ainol, duit tadak. So, ok r kan? Mp4 pulak mahal sangat.

Aku rasa sekarang ni tukar duit je belum lagi. Semua money changer sama je ek? Nampak sangat tak pernah pergi tempat tu kan. Haha.

Lepas tu, tunggu hari jela. Tak sabar siot.

NotaKaki : Best betul hujung minggu aku yang lepas. Thanks to them.

Saturday, October 13, 2012

141. Pengajaran untuk nak buat pasport


Korang semua tahu tak kat mana kalau nak buat pasport? Tahu? Bagus. Tak tahu? Takpe-takpe, biar aku bagitahu kat mana. Buat kat pejabat imegresen la. Ntah betul ke tak aku pun tak tahu la. Haha.

Biasa kita ingat pejbat-pejabat kerajaan ni buka dari hari isnin sampai jumaat je kan? Korang semua silap. Diorang buka setiap hari tapi bukan semua la. Sesetengah cawangan sahaja. Boleh check kat web dorang ni.

Dah tahu korang nak keluar negara tu, better buatlah awal-awal. Tapi jangan awal sangat, rugi pula tempoh pasport tu nanti. Hehe.

Masa hari nak buat pasport tu, make sure bangun awal pagi ataupun lepas subuh tu tak payahla ngada-ngada nak tidur. Pastikan korang sampai kat pejabat imegresen tu jam 7.30 pagi sebab ada yang kata nombor tu cepat habis. Lagi-lagi time peak hour. Cuma tadi tak silap dia kata kat Puduraya buka sampai malam.

Lepas tu, korang jangan berlenggang pulak. Pastikan masa datang tu, bawak gambar berukuran pasport, photostat IC dan surat beranak dan original sekali. Cap jari korang pun penting gak, jangan tinggal pulak tau.

Apa yang aku bagitahu ni, itulah yang aku tak buat pagi tadi masa nak buat dengan spekiebesaq. Haha. Bangun jam 9.00 pagi. Aku takde gambar. spekiebesaq tak photostat IC dan surat beranak. Memang hancur betul.

Terpaksa la aku pergi esok pagi balik. Padan muka. Hehe

Dan dalam masa bawak buku ke, surat khabar ke untuk menghilangkan bosan. Kalau ada smartphone atau tablet pun takde guna. Sebab bosan. Hehe.

NotaKaki : Sedap gila nasi lemak kat Sri Geylang ni.

140 Segmen : Follow Sampai Pening


http://flowerbucket92.blogspot.com/2012/10/segmen-follow-sampai-pening.html
:)

NotaKaki : Boring pulak hari sabtu ni.

Friday, October 12, 2012

139. ATM FA


Aku boleh layan bola kalau mood tu datang. Lagi-lagi kalau melibatkan Malaysia. Team Malaysia masuk Piala AFF, Piala Asia, Sukan Sea, Sukan Asia, Piala Dunia ataupun Olimpik. Yang dua last tu belum lagi. Masih tinggal harapan.

Cuma seminat-minat aku, tak pernah lagi tengok bola kat stadium tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.



Tadi ada perlawanan antara ATM FA dengan LIONS Xll FC yang mana ATM FA masuk final Piala Malaysia. Aku tak berapa kisah sebenarnya mana-mana team yang masuk final.

Cuma aku pelik .What the hell tiba-tiba ramai yang sokong ATM sebab dari Malaysia. Bukannya sebab ATM tu lebih bagus.

Sebab tu aku tak gemar apabila bola sepak melibatkan NEGERI ataupun NEGARA. Ianya akan menjadikan sentimen kenegerian yang melampau. Bodoh gila aku rasa.

Bola adalah untuk berseronok bukan untuk bergaduh.

NotaKaki : Pening aku baca page 1 novel english ni. Haha.

Thursday, October 11, 2012

138. Cadangan - Iklan

Diambil daripada SePena Raya

Kami daripada SePena Raya masih mentah dalam bidang ini. Kami mengharapkan dapat memberi yang terbaik kepada anda semua dan dalam masa yang sama dapat memberi sebarang cadangan dan komen bagi tujuan pembaikan.

Tanpa itu semua kami ibarat tin kosong yang tidak diperlukan yang mungkin akan ditong sampahkan atau dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Kami berharap dapat berada dalam bidang ini sampai bila-bila. Insyallah.

Sesiapa yang berminat dalam penulisan CERPEN, CERITA BERSIRI, SAJAK, PUISI, PANTUN atau apa sahaja bentuk penulisan dan berminat untuk diletakkan di dalam blog SePena Raya, hubungi sahaja kami di Facebook page kami atau di blog ini sahaja.

Terima Kasih.

Jangan lupa singgah la ke sana ye. 

NotaKaki : Cara promosi paling power apa ek?

Tuesday, October 9, 2012

137. Jam 1.25 AM


Start taip jam 1.25 AM

Esok kerja, mata tak ngantuk. Dengar lagu yang ada dalam komputer. Ada macam-macam lagu. Lagu dari zaman sekolah. Lagu dari zaman kat poli. Lagu lama. Lagu baru. Teringat kisah lama dan kisah baru. Ada suka. Ada duka. Sejarah. Tak boleh diubah. Kita boleh belajar daripadanya.

Apa aku nak masa sekolah? Masa di poli? Lepas habis poli? Sekarang? Semua berbeza.

Habis taip pada 1.29 AM

NotaKaki : Tahniah kepada spekiebesaq sebab dah dapat skrol ijazah sarjana muda.

Sunday, October 7, 2012

136. Trip to Bangkok version apa sudah jadi?



Apa sudah jadi dengan rancangan aku dengan beberapa rakan aku untuk ke Bangkok? Owh, kepada yang tidak tahu ataupun tak pernah ambil tahu ataupun tiba-tiba nak tahu, aku ada membuat satu rancangan bersama tiga rakan aku iaitu Wankspekiebesaq dan Din penang untuk ke Bangkok dari Jun 2012 lagi. Boleh baca entry aku tentang itu di sinisanasitu dan sinun.

Seperti yang sedia maklum kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan segala-galanya. Kitorang semua plan nak bergerak menggunakan tren sahaja dan akan bertolak daripada KL Sentral pada 22 Oktober 2012 pada malam hari ke Butterworth. Manakala perjalanan ke Bangkok pula akan bermula pada 23 Oktober 2012 juga di malam hari. Jadi kitorang harap mendapat perconfirmation daripada mana-mana Jabatan Ibu dan Bapa jika memerlukan dan menetapkan tarikh 25 September 2012 sebagai tarikh akhir bagi tujuan pembelian tiket ke sana.

Apabila tarikh tersebut sampai, hanya 3 orang sahaja yang dapat pergi iaitu aku, Wank dan spekiebesaq. Din penang pula dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya mengatakan tempat itu tidak elok untuk dilawati kerana banyak gejala tidak sihat sana. Yang aku tau sana bapok ramaila. Hehe. Takdelah, gurau je. Apa yang aku nak kata, gejala tidak sihat berada di mana-mana sahaja.

Oleh itu, haritu Wank cuma membeli 3 tiket sahaja ke Bangkok. Satu tiket dari KL Sentral ke Butterworth dan satu lagi tiket dari Butterworth ke Bangkok yang kesemuanya berharga tidak sampai RM140 seorang untuk sehala.




Sorry sebab gambar tak berapa clear. Ini pun nasib baik ada yang baik hati nak bagi handphone ada kamera kat aku. Kalau tak haram lah nak ambil gambar gini. Thank you ye.

Dah tu korang taknak balik ke? Tanya hamba Allah kepada aku. Begini ceritanya, Wank merasakan tiket untuk balik kitorang akan beli apabila sudah sampai di Bangkok nanti kerana sampai sekarang masih tidak tahu untuk balik direct dari Bangkok terus ke Shah Alam menggunakan tren seperti semasa perjalanan ke arah Bangkok ataupun balik ke arah Kota Bharu dahulu dan barulah ke arah Shah Alam. Semua itu akan difikirkan apabila semasa dalam perjalanan ke sana nanti.

Tak lupa jugak, hari itu kitorang ada beli buku yang mengandungi peta Bangkok dengan harapan tidak sesat di sana nanti. Walaupun Wank kata rugi je beli sebab semuanya ada di internet tetapi pada aku better ada daripada takde. Serius aku rasa hardcopy lebih best daripada softcopy. Lagipun kadang-kadang aku tengok orang luar negara pun bawak map apa. Barulah nampak macam pelancong nanti. 

Senyum kelat nampak?
 Semoga perjalanan kitorang ke sana nanti, takde apa-apa lah yang berlaku hendaknya. Harap selamat sampai dan selamat pulang dan sempat berhari raya haji bersama keluarga. Ok, itu mungkin aku jela. Aku harap dengan niat yang baik untuk ke sana nanti tiada apa yang berlaku. Insyallah.

NotaKaki : Nak letak ikan balik la dalam balang ikan aku. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...