Sunday, September 30, 2012

132. Satu malam di Bukit Tinggi


Bukit Tinggi mana? Kat Klang je. Hehe. Aku just jalan-jalan dengan Wank. Dia beria ajak. Aku pulak bosan satu hari melepak kat rumah je. Petang tadi, aku message aku ajak dia keluar then dia ajak Bukit Tinggi. Aku on jela.

Aku ingatkan apa la dia nak cari kat Aeon Bukit Tinggi tu, rupa-rupanya nak habiskan voucher RM5 dia dapat sebelum ini. Dia pergi cari baju.

Lepas tu, aku ajak dia tengok wayang walaupun aku tak tahu ada cerita apa yang best. Masa tengok tu, cerita Looper jela yang berpontesi untuk membuatkan malam aku tidak gagal. So, kitorang ambil tiket jam 11.30 malam. Yang tu je. Layankan jela.

Poster filem Looper.


Untuk tidak membuang masa, lepas beli tiket tu kitorang singgah di Mcdonald pulak. Wank ni beria sangat nak belanja aku dari hari tu. Aku tak kisah pun. On jela. Aku ambil yang set Samurai tu. Haram tak makan dah lepas ni. Korang takyah la susah-susah nak try. Hehe.

Ginila tapi tak ambil air tu.


Lepas makan tu, aku ajak Wank jalan kat Popular. Bukan apa, saja-saja cuci mata sikit. Awek ramai gak yang comel kat sini. Ok, tipu. Saja tengok ada buku-buku best ke. Boleh gak nak angkat satu dua buku kan dan memang aku ambil tiga buku.

Buku apa yang aku ambil? Aku ambil tiga novel english iaitu The Adventures of Sherlock HolmesThe Case-book of Sherlock Holmes dan The Great Gasby. Kesemuanya berjumlah RM27.00 sahaja. Berbaloi kan?Hehe



Secara jujur dan tulus ikhlas hati aku, aku cuma tahu tentang Sherlock Holmes melalui filem dan beberapa kartun lain yang menyebut tentang Sherlock Holmes. Semasa aku tengok filem Sherlock Holmes 1 dan 2 lakonan Robert Downey Jr. , aku suka gila filem tu. Aku meletakkan filem tu sebaris dengan filem-filem wajib ada kalau aku nak start buat collection di hari tua nanti.




So, hari itu Spekiebesaq ada beli novel ini dan aku rasa rugi gila tak beli sebab harga novel ini hanya RM10.00 sahaja. Memang rugi besar kalau korang semua tak beli, lagi-lagi untuk yang nak belajar English walaupun novel-novel ini menggunakan English classic. Ok la kan?

Untuk novel The Great Gatsby tu pulak, aku beli sebab nanti ada sebuah filem yang tajuk pun sama lakonan Leonardo Di Carpio akan keluar kat wayang. Pada aku, kebanyakkan filem lakonan beliau jarang sangat menghampakan aku. Macam big fan of him la. Hehe. Jadi, aku perlu tahu filem itu mengisahkan tentang apa. Mungkin novel ini sedikit sebanyak dapat membantu aku kalau aku dapat habiskan novel-novel ini. Hahaha.


Lepas tu, kitorang tunggu sampai kitorang boleh masuk hall nak tengok wayang. Sambil-sambil tu, sempatlah layan nak cari awek untuk Wank ni. Cuma tengah-tengah malam ni mana ada awek keluar sorang-sorang. Semua dah ada teman je. Hehe.

So, kitorang layan filem Looper tu dan end up tak puas sangat pun filem tu. Just ok untuk korang membuang masa sahaja. Pandangan aku yang tak berapa paham seni ini.

NotaKaki : RM140 untuk pergi sahaja. Pergi mana? Rujuk post aku yang lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...