Thursday, September 27, 2012

130. Tersurat atau Tersirat?


Apa lagi aku nak mengarut pulak malam-malam buta ni? Malam jadahnya, sudah 1 pagi la. Aku sedang memikirkan sebuah logo untuk sebuah organisasi yang akan meletup tak lama lagi. Produk mereka dikatakan sangat luar biasa dan lain daripada yang lain. Betul tak rakan syer yang lain? Hehe.

Dalam sedang memikirkan logo itu, rakan yang lain mahu ianya sesimple yang boleh yang mana tengok nama organisasi tu, itulah logonya. Contohnya nama organisasi itu adalah Kereta Biru sdn bhd. Jadi logo yang ingin disampaikan juga adalah sebuah kereta yang berwarna biru.






Di atas antara logo-logo yang mungkin dicipta atau digunapakai oleh rakan yang lain itu. Memang ianya bagus kerana menonjolkan secara terus apakah itu Kereta Biru sdn bhd. Sememangnya ianya sangat kreatif. Tidak sesiapa menafikan.

Cuma, pada aku. Aku lebih suka kepada logo yang tersirat. Cewah, kenapa ayat aku macam gampang ini.

Maksud aku ialah, apabila nama organisasi itu ialah Kereta Biru sdn bhd. Aku lebih suka jika dapat menggunakan logo yang dibentuk daripada beberapa orang ataupun tayar ataupun pokok ataupun hanyalah kipas.









Di atas antara logo-logo yang mungkin menjadi pilihan aku. Kenapa? Apa kena mengena dengan Kereta Biru sdn bhd? Kalau tengok secara terus memanglah seperti takde kena mengena tapi cuba kita melihat dari arah lain.

Contohnya, logo orang bermaksud Kereta Biru sdn bhd tidak bergerak secara seorang diri ataupun anda sebagai pelanggan kami tidak akan dibiarkan seorang diri. Untuk logo pokok pula, ibarat Kereta Biru sdn bhd ini memberi sesuatu yang penting kepada pelanggan seperti pokok yang mana pokok bagi oksigen kepada manusia. Kipas pula bermaksud memberi angin baru dalam bidang yang cuba dimasuki Kereta Biru sdn bhd misalnya yang mana sudah dipenuhi oleh golongan-golongan yang berpikiran tua ataupun orthodoks.

Malangnya, aku sangat-sangat tidak kreatif untuk melukis atau memperterjemahkan idea-idea aku ke dalam bentuk lukisan baik dari segi tangan ataupun komputer. Fail product orang kata. Aku memerlukan seseorang yang mampu menghulurkan idea yang boleh memantapkan idea aku dan dalam masa yang sama memperterjemahkan ke alam nyata.

Jadi aku sedang buntu. Ayat aku memang tak boleh blah malam ni. Seperti seorang dipatuk ular yang masih sihat. Aku tak berapa suka idea rakan yang lain tetapi dalam masa yang sama majoriti mengatakan itu yang terbaik.

Tersurat ataupun tersirat? Hmm...

NotaKaki : Kalau pakai Note senang tak nak lukis-lukis ni? Hehe.

Sumber gambar daripada Google Images.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...