Wednesday, September 26, 2012

127. Semalam apa jadi?


Sehari sebelum tu, aku ada bagitahu yang diorang suruh aku datang pukul 3 petang kan? Alih-alih pukul 9.30 pagi brother sana dah call aku. Alamak, kata aku. Apahal pulak ni kan. Jangan kata tak jadi pulak. Hehe. Think positif sikit orang kata. Haha.

Rupa-rupanya diorang pulun habis mana yang tak sempat petang aritu kasi siap malam itu jugak. So, nak dijadikan cerita aku kena lah datang pagi semalam. Korang bayangkan aku tinggal kat Shah Alam, kerja tu kalau boleh nak start jam 10 lebih. Dengan tak mandinya, manalah sempat aku nak sampai kan?

Tapi, takpe-takpe, dengan menggunakan kuasa yang aku seorang je tahu. Aku mandi-mandi, terus gerak. Dahla hujan rintik-rintik. Aku layankan aje. Sampai petronas depan hospital kat Klang, aku berhenti. Isi minyak penuh, beli roti dan air. Breakfast kejap. Aku takut jadi macam sehari sebelum tu. Aku breakfast n lunch pukul 5 petang. Tak gila perut aku masa tu? Memang diorang ada sediakan nasi untuk breakfast tapi taknak aku. Aku bab makan ni memilih sikit. Kena-kena pulak perut meragam, mana nak membuang kan? Haha.

Hujan reda sikit, aku gerak. Sampai tepat jam 11 pagi kat site. Nasib baik diorang baru start buat kerja. Mak aih. Aku duduk la dalam kereta tu teman diorang ambil level platform tu. Boring-boring. Pukul 1 petang, kitorang stop. Pergi lunch kat West Port. Ok jugaklah makanan kat situ, lagipun diorang belanja. So, sedap tak sedap belakang kira. Haha.

Lepas lunch n solat zohor, kitorang start ambil height untuk penghadang batu tepi laut tu pulak. Yang tu, mak aih kena jalan dari chainage 600 sampai 1200. Penat seyh walaupun dah biasa gak sebelum ni tapi memandangkan aku tengok orang kerja. So, penat tu tiba-tiba jadi double pulak. Haha.

Tepat 4.30 petang, setel. Pergi minum petang. Pukul 5 petang aku dah boleh balik. Sampai pukul6 petang. Dalam 7.30 ada nampak message dari seorang brother kat forum lowyat mengatakan FIFA13 dah keluar.



Tanpa membuang masa, off PC on PS3. Download game tu. Aku biarkan je. So, semalam aku buat kerja gila sikit sebab malam tu aku tengok BULETIN UTAMA kat TV3. Haha. Lepas tu, aku tengok Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggan sendiri walaupun tak dapat pergi ke separuh akhir Piala AFC. Next time jela. Huhu.




Pukul11 malam baru setel download, aku start try and sesiapa kata PES lebih best dari FIFA. Nampak sangat korang main game zaman tok kadok lagi. Haha. Sila terjun diri.

By the way, aku dah guna Man Utd and kalahkan Chelsea dalam tu. Bukan payah sangat pun. Haha


NotaKaki : Sape2 nak lawan dengan aku, bagitau je. Hehe
NotaKukuKaki : Main online la syok. Takat lawan AI buat apa. Hoho.

2 comments:

  1. hamboi ayat last tu je aku nampak berasap sikit..hahaha

    ReplyDelete
  2. payah ramai sangat minat chelsea ni.so bagi panas sikit masing2.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...