Saturday, September 22, 2012

123. Strawberri di atas sana lebih sedap - Bab 6


Juga boleh dibaca SePena Raya. Di SePena Raya anda boleh mendapatkan pelbagai jenis cerita untuk dibaca pada masa lapang atau tidak lapang.

Bersambung dari Bab 5

Sepetang di Tapah

Sebelum sampai di Tapah, Ikhwan telah beberapa kali memberitahu Hakimi dengan yakin supaya tidak bimbang mengenai tiket dari Tapah naik ke Cameron Highlands. Hakimi mempercayai kawannya itu. Kalau tak percaya pun dah separuh jalan, gila nak patah balik.

"Agak-agak kau, bas naik atas tu macam bas yang kita naik dari Tanjung Malim tadi ke?" Tanya Hakimi. Hakimi tak sanggup untuk naik ke atas sana jika naik bas yang sama seperti dari Tanjung Malim, kalau tersangkut tengah jalan, naya.
"Kita naik bas ekspress. Rilek bro." Jawab Ikhwan.
"Owh, kalau bas ekspress, takpelah."

Mereka berdua menuruni bas yang mereka naiki daripada Sungkai dan berjalan ke arah stesen bas Tapah di bahagian hadapan. Hakimi terkejut, stesen bas ini ibarat hidup segan, mati tidak mahu. Sangat daif. Ikhwan juga terkejut tetapi masih tidak mengatakan apa-apa kepada Hakimi, fokus utama beliau adalah mencari tiket ke Cameron Highlands.

Mereka berdua berpusing ke kiri dan kanan stesen bas tersebut. Terkejut. Dua syarikat sahaja yang buka dan mungkin hanya mereka sahaja yang ada.
"Uncle, bas mau pergi Cameron kat mana nak beli?" Ikhwan tanya kepada Uncle tua yang sedang menghisap rokok. Hakimi sekadar memerhati dari tepi.
"Cuba you tanya kaunter tu." Tunjuk Uncle tua yang sedang menghisap rokok itu.
"OK, thank you Uncle." Mereka berdua berkata serentak. Bagus sungguh, macam boria orang penang kata.

Mereka berdua berjalan ke arah kaunter yang ditunjuk oleh uncle tua yang sedang menghisap rokok tadi. Hujan mula turun di sekitar Tapah, tapi masih lagi malu-malu. Tidak lebat. Masih boleh berjalan di sekitar pekan Tapah jika mahu.



"Auntie, tiket pergi Cameron ada jual ka?" Soalan yang dikeluarkan kepada auntie di kaunter tersebut. Ikhwan risau bas ke Cameron sudah tiada, khabarnya bas ke Cameron Highlands yang terakhir hanya pada 2.30 petang tetapi mereka sampai lebih kurang jam 3 di stesen bas tersebut.
"Mungkin ada mungkin tiadala adik."Auntie tu jawab macam. Pelik jawapan auntie itu. Ikhwan dan Hakimi langsung tak paham apa yang diperkatakan oleh auntie kaunter itu.
"Begini adik. Kalau driver bas mau masuk, adalah tiket."Jelas auntie kaunter itu.
"Kalau macam tu, tolong confirm betul-betul boleh auntie? Sekali dengan time." Tanya Ikhwan. Auntie kaunter itu mengangguk tanda boleh dan mengambil telefon bimbitnya.

Selepas beberapa minit perbualan auntie kaunter itu dengan driver bas, auntie itu memberitahu yang kami boleh mendapatkan tiket tersebut. Aku gembira, Ikhwan lagilah gembira. Tak sia-sia perjalanan dari pagi tadi.

"Cuma adik kena tunggu pukul 4.30 petang. Boleh?" Mereka berdua setuju. Mereka berdua membayar harga tiket tersebut yang berharga RM13.00 seorang. Lebih mahal daripada harga yang dikatakan dalam internet, tetapi oleh kerana terpaksa, mereka bayar sahaja.

"Wan, jom pusing pekan ni pulak. Tengok ada apa kat sini. Sambil-sambil tu boleh cari buku untuk aku baca." Hakimi mengajak Ikhwan selepas membeli tiket.
"Jom." Jawab Ikhwan.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka berdua di sekitar pekan Tapah itu. Mereka berpusing dan pusing di sekitar pekan tersebut dan akhirnya Hakimi menjumpai sebuah buku yang mungkin boleh dibaca beliau dalam perjalanan itu. Hakimi membeli novel bertajuk Bila Cinta yang ditulis oleh Suria Fatin.

Selepas itu, mereka berdua berjalan ke arah masjid yang berdekatan bagi menunaikan solat yang difardhukan kepada umat islam. Mereka menghabiskan masa mereka lebih kurang 30 minit di masjid pekan Tapah itu. Semasa mereka berdua ingin keluar, Ikhwan dipanggil oleh seorang brother.

"Abang!" Jerit brother di masjid itu memanggil Ikhwan. Ikhwan pandang buat muka seposen.
"Tadi abang ada terjatuh duit ke?" Ikhwan dengar dan teringat tentang duit yang diletakkan dalam stokin ketika berada di Tanjung Malim semasa menunggu bas. Risau dirompak.

Selepas berterima kasih kepada abang tersebut, mereka berdua sempat membeli pisang goreng. Perut masing-masing lapar. Mereka makan sambil berjalan ke arah stesen bas di mana mereka patut menunggu bas ke Cameron Highlands. Dalam perjalanan itu, Hakimi sempat membeli topi kerana cuaca ketika itu panas walaupun sebentar tadi hujan turun.

Mereka sampai lebih kurang jam 4 petang di stesen bas Tapah. Takut tertinggal bas. Selain daripada mereka berdua terdapat beberapa orang lain iaitu 2orang adik beradik rock, satu couple mat salleh entah dari negara mana yang menunggu bas ke Cameron Highlands. Auntie tadi berkata sekejap lagi bas akan sampai.

Mereka berdua menunggu dan terus menunggu sehinggalah jam 6petang, barulah bas sampai. Memang macam haram, janji tidak ditepati. Najib tak suka perangai orang macam ini. Akhirnya mereka berjaya menaiki bas yang bergerak ke arah Cameron Highlands.

Bersambung di

2 comments:

  1. lama juga tunggu. geram tak perasaan?
    hahah

    weh.hg ada p eh PSP hr tu. hawat xketemu.hiks.
    baibaibaibai

    ReplyDelete
  2. geram gak r masa tu.hehe..

    tak pasan sebab aku tengok je kot..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...