Monday, September 17, 2012

119. Kisah Hari Malaysia Aku


Berapa orang yang tahu hari ini cuti kerana semalam Malaysia sambut birthday? bersama dengan dua orang kawan aku iaitu Iz dan Safwan? Hampa tak tahu? Memang buta sejarah, tau cuti itu seronok je kan? Ish. Macam haram.


Apa aku buat masa Hari Malaysia? Ni nak cerita ni. Aku bangun jam 10 pagi, pergi mandi, siap-siap pastu jam 11.15 pagi aku turun panaskan enjin motor, 11.30 pagi sampai kat Shell highway tunggu Wank dan Fizo. Diorang sampai jam 12 tengahari, kitorang gerak, pusing-pusing cari tempat member aku kat poli kahwin.

Lebih kurang gini r (credit to google images)
Lepas tu, pergi Selayang Mall sebab Wank nak cari screen proctector untuk si Ainol dia. Sampai rumah jam 4petang. Jam 5 aku tidur, bangun pukul 6 petang sebab Wank ajak pergi Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam. Tau sebab apa? Sebab ada PSP.

Credit to google images
Apakah itu PSP?PSP ini bermaksud Puisi Satu Petang. Ianya dianjurkan oleh sebuah group dinamakan Zine Satu Malam. Apa yang diorang buat? Dorang baca puisi, baca cerita pendek, berlakon, menyanyi dan dalam masa yang sama menjual zine.


Masa aku sampai tu, diorang dah start dah. Selama aku hampir satu jam kat situ, dengar diorang buat semua tu, aku terasa "Mak aih, mantap gila diorang semua ni.". Memang gila mantap, aku memang tak sangka memang ramai budak-budak muda yang memang minat benda-benda gini dan yang paling penting diorang sangat-sangat tak malu untuk buat semua itu.

 Memang aku salute kat diorang ni la. Lepas ni diorang akan buat kat Ipoh. Kalau rajin, memang aku pergi tapi tengoklah..ahah. Boleh check blog,FB dan twitter Zine Satu Malam untuk keterangan lanjut. Hehe

NotaKaki : Tahniah Rashid dan Aina.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...