Wednesday, September 12, 2012

113. Strawberry di atas sana lebih sedap - Bab 4


Juga boleh dibaca di SePena Raya

Bersambung dari Bab 3

Dari Tanjung Malim ke Sungkai ke Tapah


Kini setelah sampai di Tanjung Malim, mereka berdua mendapat satu lagi masalah. Mereka berdua tidak tahu di manakah kedudukan stesen bas yang membolehkan mereka berdua ke Tapah. Mereka berdua ini banyak juga yang perlu dipelajari. Nasib baik boleh dimaafkan kerana ini adalah pengalaman mereka yang pertama.

"Wan, camna? Nak redah jeke?" Hakimi mengeluarkan satu soalan cepumas kepada Ikhwan.
"Kita tanya kat driver bas tu jela. Senang."Jawab Ikhwan.
"Okay."

Mereka berdua berjalan ke arah sebuah bas usang yang sedang menunggu penumpang memenuhi bas tersebut barangkali ataupun sedang mencuri tulang di situ, siapa tahu, Hakimi dan Ikhwan tidak pula bertanya hal itu.

"Bos, kalau nak pergi Tapah boleh ka naik bas ni?" Ikhwan sebagai seorang yang tidak segan menegur kepada driver bas usang itu.
"Tak boleh la adik. You  orang kena naik dekat stesen bas Tanjung Malim sana." Jawab pemandu bas usang itu.
"Camne nak pergi sana?"Ikhwan tanya lagi.
"You orang jalan sahaja keluar daripada sini, lepas lintas guna jejantas sana, lepas tu ikut je jalan besar sana. Nanti boleh nampaklah itu pekan. Kecik saja." Jawab driver bas usang itu dengan sopan dan santun. Gini lah yang Hakimi suka dengar.
"Orait bos, thank you." Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada driver bas usang itu.

Hujan mula turun rintik-rintik. Nasib baik stesen bas Tanjung Malim dekat sahaja dengan stesen komuter Tanjung Malim. Sempat lagi mereka berdua pusing-pusing di sekitar pekan kecil Tanjung Malim. Tidaklah memakan masa mereka sangat kerana pekan ini memang betul-betul kecil berbanding bandaraya Kuala Lumpur.

Setelah berjalan hampir 15minit, mereka sampai juga di stesen bas Tanjung Malim. Kali ini mereka berpusing-pusing dan terus ke arah pakcik-pakcik pembawa teksi di situ.

"Pakcik, tumpang sikit boleh?" Sekali lagi Ikhwan yang bertanya. Hakimi ini memang tak boleh diharap langsung dalam bab-bab pertanyaan ni.
"Ye, boleh."Jawab pakcik teksi itu.
"Kalau nak pergi Tapah, naik bas mana yeh?"
"Kamu dua tunggu je kat sini, kejap lagi bas tu sampai."Jawab pakcik teksi itu.
"Okay pakcik, terima kasih ye."

Mereka berdua berjalan ke arah tempat yang ditunjuk oleh pakcik teksi tadi. Sedang-sedang menunggu, Ikhwan mengajak Hakimi untuk membeli bekal untuk digunakan sepanjang mereka dalam trip ini.

Di sini, Ikhwan membeli roti gardenia, kaya dan air mineral besar. Hakimi pula membeli pemetik api dan air mineral. Pemetik api itu sebenarnya digunakan hanya untuk membakar bulu-bulu yang terdapat di beg Hakimi sahaja.

"Wan, betul ke pakcik teksi tu kata tadi ek?" Tiba-tiba Hakimi bersuara, pandai pula dia kali ini nak keluarkan soalan. Tadi senyap je masa Ikhwan tanya.
"Kau try tanya kat auntie jual tiket bas tu boleh tak?" Sambung Hakimi sambil tersenyum kambing. Patutlah pun. Ikhwan juga yang kena.

Ikhwan dengan muka dan hati yang kering pun bertanya pada auntie jual tiket bas tu pula. Dari jauh, Hakimi melihat Ikhwan membuat muka pelik. Hakimi pelik dan risau. Selepas selesai, Ikhwan berjalan ke arah Hakimi.

"Auntie tu kata mana bas ke Tapah. Kita kena ke Sungkai dulu la kalau dari sini." Terkejut Hakimi mendengar apa yang diperkatakan Ikhwan.
"Takpe-takpe, jap lagi bas nak pergi Sungkai sampai kita naik jela."Sambung Ikhwan.

Setelah menunggu hampir setengah jam, akhirnya bas ke Sungkai tiba juga. Tak sempat-sempat Hakimi dan Ikhwan berlari ke arah bas itu. Takut penuh agaknya.



Mereka berjaya mendapatkan kerusi dalam bas tersebut dan tekaan mereka memang tepat. Bas tersebut memang penuh, nasib baik mereka cepat tadi. Tiket bas daripada Tanjung Malim ke Sungkai berjumlah RM 3.80. Ketika itu sudah jam 12.30 tengahari. Basah hujan tadi pun tidak terasa kerana cuaca ketika itu sangat panas.

Bas memulakan perjalanan. Untuk sampai ke Sungkai, bas tersebut akan melalui area Felda Trolak Selatan. Malahan ada sebuah rumah yang mana Ikhwan memberitahu kepada Hakimi, dia selalu melawat kawasan ini. Pakcik Ikhwan ada menetap di area ini. Nostalgia katanya.

Lebih daripada setengah jam juga perjalanan daripada pekan Tanjung Malim untuk sampai ke Sungkai. Di Sungkai, tiada stesen bas. Bas berhenti di sebuah kawasan bersebelahan dengan kawasan perkedaian. Pekan lebih kecik agaknya daripada Tanjung Malim, tidak perlulah stesen bas yang besar. Di situ, mereka turun bersama beberapa penumpang lain dan menunggu bas ke Tapah pula sampai.

Tidak sampai 10 minit, bas ke Tapah sampai. Kali ini, bas lebih selesa cuma tiada penumpang seperti tadi. Baguslah kata Hakimi dan Ikhwan. Untuk ke Tapah mereka dikenakan tambang sebanyak RM3.00. Mereka berdua lebih banyak mendiamkan diri semenjak perjalanan daripada Tanjung Malim. Penat agaknya ditambah dengan suasana bising enjin, jika bercakap memerlukan mereka berdua menjerit.




Sedang dalam perjalanan ke Tapah, hujan mula turun dengan lebat. Hakimi cuak. Ikhwan cuak sikit-sikit tapi masih boleh control macho beliau. Mereka berdua berharap semoga bas ini selamat sampai ke destinasinya, bukan apa. Bas ini boleh melompat-lompat pula jika melalui kawasan jalan tidak rata.

Lebih kurang jam 1.30 petang, mereka selamat sampai di destanasi mereka. Hujan sudah berhenti kali ini. Syukur pada tuhan kata mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...