Thursday, September 13, 2012

115. Kenapa banyak sangat cerita ni?


Kalau perasan, 4 post aku berturut-turut mengenai cerita. Hehe. Aku ada impian untuk menulis sebuah buku bersama-sama kawan-kawan aku. Itu je cara yang aku ada untuk mengasah pensel aku yang dah lama tak digunakan iaitu semenjak SPM 2005. Lama gila kan?

Fenomena menulis buku ini dah lama kat Malaysia, cuma baru disedari oleh aku. Pada aku, sesiapa sahaja boleh menulis buku. Apa yang membezakan ialah cara korang nak menjual buku itu. Cara korang promosi, kesungguhan korang untuk menjual buku itu.

Memang betul ada yang kata kalau tak best mana ada yang nak beli. Cuba korang pikir betul-betul. Betul ke apa yang diorang kata tu? Ahh, aku dah mengarut ni sebenarnya. Hehe. Aku harap dapat support daripada ibu bapa, family, rakan-rakan dan sesiapa sahaja.

Kalau boleh tu, sila-silalah cuba ke blog SepenaRaya. Aku sangat-sangat menghargainya.

NotaKaki : Wish us luck.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...