Tuesday, September 11, 2012

112. Kisah Cinta Si Damak


Juga boleh didapati di SepenaRaya.

Damak, seorang lelaki berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Swasta Agama, Gombak. Sebelum ini menetap di Kuala Lumpur tetapi kini keluarganya telah berpindah ke Gombak. Sebab? Rumah di Kuala Lumpur telah dijual kerana ayah Damak ingin membeli sebidang tanah di Gombak bagi membina rumah di kemudian hari. Keuntungan yang ayah Damak memang terlalu banyak setelah menjual rumah tersebut. Cuma, cerita kali ini bukanlah mengenai rumah itu tetapi mengenai kisah cinta Damak.

Ya, walaupun Damak baru berumur 13 tahun tetapi sudah mempunyai kisah cintanya sendiri. Tidak seperti kisah cinta yang telah adam kisah cinta Damak bermula di laman sosial internet, Facebook.

Kisah Damak bermula pada satu hujung minggu tahun 2011. Kenapa hujung minggu? Kerana Damak tidak mempunyai talian internet di rumah barunya. Jika Damak ingin menggunakan internet, Damak terpaksa mengikut ayahnya ke pejabat ayahnya di Bangsar. Sambil-sambil itu, bolehlah Damak mempelajari serba sedikit perniagaan ayahnya. Manalah tahu Damak akan mewarisi perniagaan ayahnya kelak.

Seperti biasa, pada 9 April 2012, Damak mengikut ayahnya ke pejabat. Kebiasaanya Damak akan membuka facebook terlebih dahulu barulah yang lain-lain. Sedang Damak ralit melayari internet, tiba-tiba satu bunyi kedengaran memberitahu terdapat seorang awek menghantar message di facebook.

Zarina : Hai.

Damak melihat message tersebut. Pelik. Tidak pernah Damak melihat atau mengenali awek ini sebelum ini. Siapakah gerangan awek tersebut. Tergerak hati Damak untuk membalas message tersebut.

Damak : Hai balik. Hehe
Zarina : Sapa ni?
Damak : Aik, tadi awak yang message saya dulu. Lupa ke?
Zarina : Hehe...
Damak: So, sape ni?
Zarina : Zarina. Awak?
Damak : Damak.
Zarina : Umur?
Damak :  13 tahun. Awak?
Zarina : 11 tahun.
Damak : Owh, sekolah kat mana?
Zarina : Sekolah kat Sekolah Rendah Swasta Agama, Gombak.
Damak : Dekat jela dengan sekolah saya. Sekolah Menengah Swasta Agama.
Zarina : Betul la, dekat je.

Lama juga Damak bermessage dengan awek yang baru dikenali ini. Damak terasa ada chemistry antara dia dan awek ini.

Damak : Awak, nak nombor telefon boleh?
Zarina : nak buat apa?
Damak : Nanti boleh contact-contact awak lagi.
Zarina : Okay tapi awak kena janji tau jangan bagi sapa-sapa.
Damak : OK, saya janji.
Zarina : 012-3456789. Simpan tau. Jangan lupa message saya nanti ye.
Damak : OK. K r awak, saya nak log dah ni. Bye awak.
Zarina : Bye.

Damak terasa hidupnya kini dah berubah. Damak terasa seperti berbunga-bunga hidupnya. Patutlah Damak tengok abang sepupunya, Akim suka benar bercinta. Ini sebabnya rupanya. Damak nekad, dia takkan memainkan awek tadi. Bukan semua orang boleh rasa apa yang Damak dapat rasakan ini.

Esok, Damak terasa rindu dengan Zarina. Lantas Damak menghantar satu pesanan ringkas kepada Zarina dengan harapan Zarina akan membalasnya dengan pantas.

Damak : Hai awak.

Lama juga Damak menunggu message daripada Zarina. 10 minit? Tiada balasan. 20 minit? Pun sama, tiada balasan. Setengah jam? Sama juga. Sedang Damak menuggu message, perutnya terasa lapar. Jadi Damak turun ke tingkat satu rumahnya di mana terletaknya dapur. Kebiasaannya ibu Damak sudah siap memasak ketika ini.

"Ibu, dah siap masak? Lapar lah." Tanya Damak.
"Sudah Dam. Panggila ayah kamu sekali." Jawab ibunya. Damak mencari ayahnya yang sedang ralit membaca suratkhabar KenaTipuLagi di depan televisyen yang sentiasa terbuka.

"Ayah, ibu ajak makan." Panggil Damak mengajak ayahnya makan.
"Baik." Ringkas ayah Damak jawab.

"Wahh, sedap lauk ibu kamu masak hari ni kan Damak?" Ayah Damak memberi penyataan sambil bertanya kepada Damak. Mungkin mahu membodek ibu Damak.
"Betul tu ayah." Damak mengambil makanan yang terhidang depan matanya, tidak menghiraukan apa yang terjadi.
"Kamu nanti nak kawin kena cari orang yang pandai masak macam ibu kamu. Ingat tu." Ayah Damak sambil memberi peringatan. Damak teringat akan awek yang baru dikenalinya semalam.

"Saya dah calonnya ayah." Jawab Damak.
"APA?!" Ibu dan ayah Damak terkejut mendengar jawapan daripada Damak sehingga tersembur segala makanan dalam mulut mereka. Pengotor juga ibu dan ayah Damak ini rupanya.

"Tak boleh, kamu baru form 1. Baru lepas UPSR. Jangan nak menggatal sangat." Ibu Damak memarahi Damak. Damak terkejut. Damak sedih. Damak tidak dapat menghabiskan makanan yang tidak sampai suku dimakan Damak. Damak melarikan diri ke arah bilih sambil menangis teresak-esak.

Sampai ke bilik, Damak mencapai telefon bimbitnya. Satu message daripada Zarina.

Zarina : Hai, err. Sape ni?

Damak balas.

Damak : Awak, saya rasa sampai sini sahajalah hubungan kita. Ibu saya tidak merestui hubungan kita. Saya terpaksa memilih ibu saya kerana saya teramat sayangkan ibu saya. Bukanlah bermaksud saya tidak sayangkan awak tetapi ibu saya lebih penting. Anggap ini message saya yang terakhir untuk awak. Bye kekasih hati ku.

Damak sedih. Air mata jantan Damak tidak berhenti mengalir. Damak terlalu sedih. Sampai hati ibu berkata begitu kepada hubungannya. Itulah kisah cinta si Damak. Berakhir dengan kesedihan.

_______________________________________________________________________________

"Bangang apa jantan ni message aku gini. Tak paham betul aku. Bila masa pulak aku ada hubungan dengan dia ni?" Zarina kehairanan dan pelik.

2 comments:

  1. hehe..kalau nak lagi boleh baca kat sepenaraya.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...