Wednesday, September 5, 2012

108. Review : 29 Februari (Spoiler Alert)

Filem Malaysia kebanyakkannya masih di takut yang sama. Kalau sebuah filem bertemakan cinta meletup di pawagam, hampir kesemuanya filem selepas itu tema cinta. Samalah seperti tema komedi, tema seram, gangster dan lain-lain. Aku hampa.

Apabila KRU studios mengeluarkan statement tentang filem 29 Februari ini, terus aku berkata aku wajib tengok filem ni kat wayang. Lagi-lagi dikhabarkan ini ialah filem 3D pertama keluaran Malaysia, malahan pertama yang bukan action. Aku teruja. First trailer pertama keluar, aku terus bagitahu kat Madam Boo yang aku memang nak tengok filem ni.

Filem MUZIKAL ini arahan Edry Abdul Halim (jujur aku rasa filem arahan dia jauh lebih mantap dari Yusry Abdul Halim) dan lakonan utama ialah Remy Ishak, di samping pelakon-pelakon lain iaitu Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Chew Kin Wah, Margaret Gan, Ramli Hassan, Dian P. Ramlee, Namron, Adleena Nordin dan lain-lain (sumber FB 29 Februari).

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang manusia bernama Budi yang lahir pada 29 Februari 1896. Umur beliau hanya meningkat setahun apabila tarikh 29 Februari tiba iaitu sekali hanya untuk empat tahun. Maksudnya umur beliau lambat naik. Filem ini menunjukkan kisah beliau dari kecik sehinggalah ke tahun 2012. Lebih ke arah filem percintaan sebenarnya apabila beliau bertemu dengan Lily pada tahun 1957. So nak tahu apa jadi lepas tu? Sila tonton filem ini. Hehe.

Jadi, seperti biasa, jari aku menulis apa yang akal aku berfikir. Filem ni dari segi lakonan memang mantap. Remy Ishak siapa tak kenal kan? Mantap. Lily lakonan Jojo goh? So sweet la diorang ni. Lagi-lagi Lily, nampaklah tahap kecomelan yang melampau. Hihi


Jojo Goh
Sweet tak?
 Macam filem Magika, Edry Abdul Halim tidak menghampakan aku. Memang pandai bermain dengan masa daripada tahun 1896 sehingga 2012 dengan menunjukkan imej-imej penting bagi negara Malaysia.

Masalah pada aku untuk filem ini cuma satu, iaitu jalan cerita. Mungkin filem ini terlalu pendek iaitu selama 1 jam setengah tidak dapat menunjukkan kasih sayang abadi daripada Budi kepada Lily. Banyak yang macam tergantung je. Contohnya apa yang Lily buat selepas larikan diri? Razak tu mati ke tidak sebenarnya? dan beberapa persoalanan lain lagi.

Untuk filem ini, aku tidaklah akan mengatakan kepada korang wajib tengok tetapi kalau korang rasa nak tengok filem dari Malaysia yang lari sikit daripada kebiasaannya, filem ini memang patut tengok. Korang akan rasa apa aku rasa masa scene Tunku Abdul Rahman laung MERDEKA! Hehe.

NotaKaki : Tolonglah jangan buat bising masa tengok wayang. Please.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...