Monday, September 3, 2012

106. 3 Hari yang Memenatkan tapi Best


Kenapa aku kata memenatkan tapi best? Hehe. Kalau sesiapa kenal aku atau baca blog aku mesti tau aku sekarang duduk di Shah Alam, Selangor dan family menetap di Kota Bharu, Kelantan tapi tak ramai yang tahu kampung aku asalnya di Segambut, Kuala Lumpur. Cewahh, kampung tu. Orang lain kampung kat luar Kuala Lumpur, aku kat Kuala Lumpur. Gempak kan?

Padahal aku membesar kat situ. Hehe. Aku membuat satu teori dengan mengatakan di mana tempat kita membesar di situlah kampung sebenar kita. Haha.

So, cerita aku bermula pada 30 Ogos 2012 yang mana aku berjumpa kawan-kawan lama aku di Bukit Kiara. Kitorang semua bermain badminton. Syok bakhang walaupun aku ni ke laut je pun. Haha. Lepas main badminton lepak pulak kat mamak Bestari kat Solaris Hartamas yang berlatar belakangkan KLCC. So bolehlah nampak mercun meletup-letup masa pukul12 tengah malam tu.

Aku bayang aku main gini r.
Lepak sampai jam 3 pagi, yela lama tak jumpa member-member kan walaupun bukan jauh sangat pun Shah Alam dengan Segambut, Kuala Lumpur tu pun kan tetapi kekangan masa yang membantutkan. Ayat aku dah macam gampang di sini. Sampai kat Shah Alam lebih kurang jam 3.30 pagi.

Besoknya pulak, aku pergi beli tiket bas, brunch lepas tu hantar spekiebesaq kat rumah makcik dia kat Klang, aku terus ke arah rumah Rais kat Segambut. Sampai tepat jam 1 petang terus aku dengan dia ke Masjid Wilayah untuk mengerjakan solat jumaat. Lepas tu lepak-lepak kat rumah dia, Acap datang bawak Xbox dia, kitorang main la game pulak.

Tengah-tengah best main, si Rais boleh pulak bagi cadangan buat burger bakar. Aku yang dah lama tak membakar apa lagi, setuju jela. Acap n Yus pun ok je. Start 6 aku dan Rais beli barang untuk buat burger bakar. Jam 6.30 petang dah start membakar, katanya arang ni lambat bakar. Siap main tukar tempat lagi, macam-macam makhluk pulak kat belakang tu. Hehe.
























Last-last dekat jam 2 pagi jugakla baru aku boleh tidur. Besoknya pulak jam 6pagi aku dah bangun untuk siap-siap nak ke Kuantan ambil madam Boo. Aku dah plan nak pergi kenduri kahwin kawan baik dia, Aina dan suaminya Rashid.

Memandangkan aku tidur tak cukup selama dua hari, aku berhenti kat Kertih, Mesra Mall. Lama jugak aku berehat kat sini, dekat 3 jam. Bajet boleh sampai before jam 5 petang, alih-alih macam gangguan pulak kat tengah jalan, 5.30 petang  baru sampai.

Sedih gaklah walaupun tak dapat jumpa pengantin walaupun datang jauh-jauh tapi salah kitorang jugak sebab rehat lama sangat kat Kertih. Sedih.

Malam tu, lepas hantar Madam Boo kat hentian bas Kuala Terengganu, aku balik ke Kota Bharu hantar kereta untuk direpair. Kereta dah tua, biasalah macam-macam rosak kan.

Dari Kota Bharu ke Shah Alam, aku balik malam semalam naik bas Shamisa Express. Aku rasa aku taknak naik dah bas ni lepas ni, macam-macam hal dah aku kena. Sial punya bas.

Penat kan 3 hari aku? Tapi memang best. Jumpa kawan-kawan lama, jumpa Madam Boo dan jumpa Mama dan Abah. BEST!

NotaKaki : Tarikh ke Bangkok dah ada. Tunggu masa nak gerak je.


5 comments:

  1. burger bakar la seyhh,, post sikit kat aku.. pehh sedaaaappp

    by the way, weyhh matikanlah verification mode kau

    ReplyDelete
  2. Mana boleh post2.hehehe..
    npe kena matikan?payah ke?hehe

    ReplyDelete
  3. payah gak laah.. hahaha cadangan aku better matikan, senang nak serang lagi banyak kat tempat komen2 kau..haha

    ReplyDelete
  4. aku dah off kan dah rasanya..ke sama gak?

    ReplyDelete
  5. bagossss..hahahhaa takde dah paskod2 tu. rasa macam pengganas lak nak kena cek tu segala.haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...