Sunday, September 30, 2012

133. Deco la pulak!


Selepas 3 tahun bekerja iaitu satu tahun di Kota Damansara dan 2 tahun di Subang Jaya. Ini hasilnya yang datang dari titik peluh aku selama ini.






Kenapa like shit bilik ini? Secara rasminya bilik ini sedang dibedah dan akan diplastikkan selepas ini.  Hehe.

Takdelah, selama ni aku kongsi dengan kawan aku tapi dia pindah bilik sebelah. So, buat masa sekarang aku duduk sorang-sorang jela. Bayar untuk bilik ni pun makin mahal la. Kalau tak larat nak bayar, aku carilah orang kongsi balik. Haha.

Ni tengah nak kemas la ni tapi rupanya selama ni barang like hell. Kesian kat kawan aku tu. Dia yang banyak kemas bilik ni selama ni. Tq bro untuk selama ni.

Start from now, aku akan cuba jaga pulak bilik ni. Sekarang ni nak start dari mana ek? Pening aku. Mama, tolong boleh? Hehe.

NotaKaki : Mana nak cari Eric Leong ek?

132. Satu malam di Bukit Tinggi


Bukit Tinggi mana? Kat Klang je. Hehe. Aku just jalan-jalan dengan Wank. Dia beria ajak. Aku pulak bosan satu hari melepak kat rumah je. Petang tadi, aku message aku ajak dia keluar then dia ajak Bukit Tinggi. Aku on jela.

Aku ingatkan apa la dia nak cari kat Aeon Bukit Tinggi tu, rupa-rupanya nak habiskan voucher RM5 dia dapat sebelum ini. Dia pergi cari baju.

Lepas tu, aku ajak dia tengok wayang walaupun aku tak tahu ada cerita apa yang best. Masa tengok tu, cerita Looper jela yang berpontesi untuk membuatkan malam aku tidak gagal. So, kitorang ambil tiket jam 11.30 malam. Yang tu je. Layankan jela.

Poster filem Looper.


Untuk tidak membuang masa, lepas beli tiket tu kitorang singgah di Mcdonald pulak. Wank ni beria sangat nak belanja aku dari hari tu. Aku tak kisah pun. On jela. Aku ambil yang set Samurai tu. Haram tak makan dah lepas ni. Korang takyah la susah-susah nak try. Hehe.

Ginila tapi tak ambil air tu.


Lepas makan tu, aku ajak Wank jalan kat Popular. Bukan apa, saja-saja cuci mata sikit. Awek ramai gak yang comel kat sini. Ok, tipu. Saja tengok ada buku-buku best ke. Boleh gak nak angkat satu dua buku kan dan memang aku ambil tiga buku.

Buku apa yang aku ambil? Aku ambil tiga novel english iaitu The Adventures of Sherlock HolmesThe Case-book of Sherlock Holmes dan The Great Gasby. Kesemuanya berjumlah RM27.00 sahaja. Berbaloi kan?Hehe



Secara jujur dan tulus ikhlas hati aku, aku cuma tahu tentang Sherlock Holmes melalui filem dan beberapa kartun lain yang menyebut tentang Sherlock Holmes. Semasa aku tengok filem Sherlock Holmes 1 dan 2 lakonan Robert Downey Jr. , aku suka gila filem tu. Aku meletakkan filem tu sebaris dengan filem-filem wajib ada kalau aku nak start buat collection di hari tua nanti.




So, hari itu Spekiebesaq ada beli novel ini dan aku rasa rugi gila tak beli sebab harga novel ini hanya RM10.00 sahaja. Memang rugi besar kalau korang semua tak beli, lagi-lagi untuk yang nak belajar English walaupun novel-novel ini menggunakan English classic. Ok la kan?

Untuk novel The Great Gatsby tu pulak, aku beli sebab nanti ada sebuah filem yang tajuk pun sama lakonan Leonardo Di Carpio akan keluar kat wayang. Pada aku, kebanyakkan filem lakonan beliau jarang sangat menghampakan aku. Macam big fan of him la. Hehe. Jadi, aku perlu tahu filem itu mengisahkan tentang apa. Mungkin novel ini sedikit sebanyak dapat membantu aku kalau aku dapat habiskan novel-novel ini. Hahaha.


Lepas tu, kitorang tunggu sampai kitorang boleh masuk hall nak tengok wayang. Sambil-sambil tu, sempatlah layan nak cari awek untuk Wank ni. Cuma tengah-tengah malam ni mana ada awek keluar sorang-sorang. Semua dah ada teman je. Hehe.

So, kitorang layan filem Looper tu dan end up tak puas sangat pun filem tu. Just ok untuk korang membuang masa sahaja. Pandangan aku yang tak berapa paham seni ini.

NotaKaki : RM140 untuk pergi sahaja. Pergi mana? Rujuk post aku yang lama.

Thursday, September 27, 2012

131. Dengar perkataan 'RAYA'? Apa korang fikir first?


Aku cuba guna google images dan aku dapat 5 gambar pertama iaitu






Kenapa tak keluar langsung Jalan Raya? Yang mana first row dalam google images bagi yang ini




ataupun BUNGA RAYA?





Kenapa ek? kan banyak lagi yang ada guna perkataan raya seperti lebuhRAYA, Jabatan Kerja RAYA, Hantu RAYA dan raya-raya yang lain.

Dan apa yang korang fikirkan bila dengar perkataan RAYA ni?

NotaKaki : Lambat pulak aku tidur malam ni.

sumber gambar ialah daripada Google Images

130. Tersurat atau Tersirat?


Apa lagi aku nak mengarut pulak malam-malam buta ni? Malam jadahnya, sudah 1 pagi la. Aku sedang memikirkan sebuah logo untuk sebuah organisasi yang akan meletup tak lama lagi. Produk mereka dikatakan sangat luar biasa dan lain daripada yang lain. Betul tak rakan syer yang lain? Hehe.

Dalam sedang memikirkan logo itu, rakan yang lain mahu ianya sesimple yang boleh yang mana tengok nama organisasi tu, itulah logonya. Contohnya nama organisasi itu adalah Kereta Biru sdn bhd. Jadi logo yang ingin disampaikan juga adalah sebuah kereta yang berwarna biru.






Di atas antara logo-logo yang mungkin dicipta atau digunapakai oleh rakan yang lain itu. Memang ianya bagus kerana menonjolkan secara terus apakah itu Kereta Biru sdn bhd. Sememangnya ianya sangat kreatif. Tidak sesiapa menafikan.

Cuma, pada aku. Aku lebih suka kepada logo yang tersirat. Cewah, kenapa ayat aku macam gampang ini.

Maksud aku ialah, apabila nama organisasi itu ialah Kereta Biru sdn bhd. Aku lebih suka jika dapat menggunakan logo yang dibentuk daripada beberapa orang ataupun tayar ataupun pokok ataupun hanyalah kipas.









Di atas antara logo-logo yang mungkin menjadi pilihan aku. Kenapa? Apa kena mengena dengan Kereta Biru sdn bhd? Kalau tengok secara terus memanglah seperti takde kena mengena tapi cuba kita melihat dari arah lain.

Contohnya, logo orang bermaksud Kereta Biru sdn bhd tidak bergerak secara seorang diri ataupun anda sebagai pelanggan kami tidak akan dibiarkan seorang diri. Untuk logo pokok pula, ibarat Kereta Biru sdn bhd ini memberi sesuatu yang penting kepada pelanggan seperti pokok yang mana pokok bagi oksigen kepada manusia. Kipas pula bermaksud memberi angin baru dalam bidang yang cuba dimasuki Kereta Biru sdn bhd misalnya yang mana sudah dipenuhi oleh golongan-golongan yang berpikiran tua ataupun orthodoks.

Malangnya, aku sangat-sangat tidak kreatif untuk melukis atau memperterjemahkan idea-idea aku ke dalam bentuk lukisan baik dari segi tangan ataupun komputer. Fail product orang kata. Aku memerlukan seseorang yang mampu menghulurkan idea yang boleh memantapkan idea aku dan dalam masa yang sama memperterjemahkan ke alam nyata.

Jadi aku sedang buntu. Ayat aku memang tak boleh blah malam ni. Seperti seorang dipatuk ular yang masih sihat. Aku tak berapa suka idea rakan yang lain tetapi dalam masa yang sama majoriti mengatakan itu yang terbaik.

Tersurat ataupun tersirat? Hmm...

NotaKaki : Kalau pakai Note senang tak nak lukis-lukis ni? Hehe.

Sumber gambar daripada Google Images.

Wednesday, September 26, 2012

129. Ok tak kalau buat collection ni?


Hari sabtu hari itu aku pergi tengok wayang cerita Resident Evil sorang-sorang. Sedih tak? Hehe. Masa tu dorang tayang pulang trailer cerita James Bond yang baru ni dan secara tiba-tiba aku terasa yang James Bond terlalu cool orangnya.

So, ok tak kalau aku cari cd ke dvd ke bluray ke dari first movie James Bond ek? Haha. Otak gila aku tiba-tiba aktif.

NotaKaki : Aku rasa boleh jadi ni. Semangat sikit.

128. Video style malam ini.


Sesiapa tak tahu pasal fenomena gangnam style tu maksudnya dia tak tengok tv, tak dengar radio, takde internet, tak baca surat khabar or apa lagi ek? Entahlah. Hehe.

Aku pun dah menyampah sebenarnya dengan gangnam style tu tetapi memandangkan housemate aku ada mentagkan satu video kat timeline aku dan ianya sangat menarik. Aku share r kat korang.

Layankan. Zass

spekiebesaq. Mak kau kan sporting. Apa lagi, start practice sekarang r. Hehe. Gurau bro.

NotaKaki : Takde sape-sape minat nak tulis buku ke? Kalau ada, roger2 la aku ye. hehe

127. Semalam apa jadi?


Sehari sebelum tu, aku ada bagitahu yang diorang suruh aku datang pukul 3 petang kan? Alih-alih pukul 9.30 pagi brother sana dah call aku. Alamak, kata aku. Apahal pulak ni kan. Jangan kata tak jadi pulak. Hehe. Think positif sikit orang kata. Haha.

Rupa-rupanya diorang pulun habis mana yang tak sempat petang aritu kasi siap malam itu jugak. So, nak dijadikan cerita aku kena lah datang pagi semalam. Korang bayangkan aku tinggal kat Shah Alam, kerja tu kalau boleh nak start jam 10 lebih. Dengan tak mandinya, manalah sempat aku nak sampai kan?

Tapi, takpe-takpe, dengan menggunakan kuasa yang aku seorang je tahu. Aku mandi-mandi, terus gerak. Dahla hujan rintik-rintik. Aku layankan aje. Sampai petronas depan hospital kat Klang, aku berhenti. Isi minyak penuh, beli roti dan air. Breakfast kejap. Aku takut jadi macam sehari sebelum tu. Aku breakfast n lunch pukul 5 petang. Tak gila perut aku masa tu? Memang diorang ada sediakan nasi untuk breakfast tapi taknak aku. Aku bab makan ni memilih sikit. Kena-kena pulak perut meragam, mana nak membuang kan? Haha.

Hujan reda sikit, aku gerak. Sampai tepat jam 11 pagi kat site. Nasib baik diorang baru start buat kerja. Mak aih. Aku duduk la dalam kereta tu teman diorang ambil level platform tu. Boring-boring. Pukul 1 petang, kitorang stop. Pergi lunch kat West Port. Ok jugaklah makanan kat situ, lagipun diorang belanja. So, sedap tak sedap belakang kira. Haha.

Lepas lunch n solat zohor, kitorang start ambil height untuk penghadang batu tepi laut tu pulak. Yang tu, mak aih kena jalan dari chainage 600 sampai 1200. Penat seyh walaupun dah biasa gak sebelum ni tapi memandangkan aku tengok orang kerja. So, penat tu tiba-tiba jadi double pulak. Haha.

Tepat 4.30 petang, setel. Pergi minum petang. Pukul 5 petang aku dah boleh balik. Sampai pukul6 petang. Dalam 7.30 ada nampak message dari seorang brother kat forum lowyat mengatakan FIFA13 dah keluar.



Tanpa membuang masa, off PC on PS3. Download game tu. Aku biarkan je. So, semalam aku buat kerja gila sikit sebab malam tu aku tengok BULETIN UTAMA kat TV3. Haha. Lepas tu, aku tengok Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggan sendiri walaupun tak dapat pergi ke separuh akhir Piala AFC. Next time jela. Huhu.




Pukul11 malam baru setel download, aku start try and sesiapa kata PES lebih best dari FIFA. Nampak sangat korang main game zaman tok kadok lagi. Haha. Sila terjun diri.

By the way, aku dah guna Man Utd and kalahkan Chelsea dalam tu. Bukan payah sangat pun. Haha


NotaKaki : Sape2 nak lawan dengan aku, bagitau je. Hehe
NotaKukuKaki : Main online la syok. Takat lawan AI buat apa. Hoho.

Monday, September 24, 2012

126. Aku kata dah


Semalam aku kata dah aku malas nak pergi West Port kan? Memang betul aku expect. Aku sampai rumha pukul7. Tak best langsung. Duduk dalam bot, tengok orang bawak bot. Aku atas tu just tengok dan sahkan kerja dia tu betul. Damn.

Pagi tadi aku sampai pukul 9 pagi, start masuk bot pukul 10 pagi. Pusing-pusing buat hydro, 60chainage semua sampai pukul 4 petang. Pusing lagi untuk check lain sampai 4.30 petang. Azab woo..

Nasib baik esok pergi petang start pukul 3 petang pulak. Tu pun bosan gak tu, cuma tak naik bot jela. Duk atas darat pulak.

NotaKaki : Nasib depa belanja makan. Bos pun bagi duit. Kaya sikit aku bulan ni. Haha

Sunday, September 23, 2012

125. Man Utd menang lagi.




Saja nak habaq kat hampa semua yang Man Utd menang 2-1 kepada Liverpool tadi. Game Man Utd bosan masa first half, lepas kena 1 gol daripada Liverpool barulah nak start serang. Taula main kat Anfield tapi agak-agak la kalau nak main gitu. Aiyoo...

NotaKaki : Apesal Valencia power gila ek?

124. West Port, Port Klang


Biasa bangun pagi kena pergi Subang Jaya tapi esok kena pergi Port Klang. Malas betul aku. Sepatutnya aku tak payah pergi site tapi kalau dalam keadaan terpaksa macam surveyour lain takde dan anak bos pun entah hilang ke mana. Aku la yang kena pergi nampak gayanya.

Seluar kerja site ada, kasut site ready, baju ada. Yang tak best pergi naik motor je. Huhu.

Harap-harap orang kat situ buat kerja nanti cepat. Kalau cuaca ok, air laut pun ok, cepatlah kerja tu siap. Takdelah aku melanguk je tengok orang buat kerja.

West Port ooo West Port.

NotaKaki : Camna nak jadi peramah?

Saturday, September 22, 2012

123. Strawberri di atas sana lebih sedap - Bab 6


Juga boleh dibaca SePena Raya. Di SePena Raya anda boleh mendapatkan pelbagai jenis cerita untuk dibaca pada masa lapang atau tidak lapang.

Bersambung dari Bab 5

Sepetang di Tapah

Sebelum sampai di Tapah, Ikhwan telah beberapa kali memberitahu Hakimi dengan yakin supaya tidak bimbang mengenai tiket dari Tapah naik ke Cameron Highlands. Hakimi mempercayai kawannya itu. Kalau tak percaya pun dah separuh jalan, gila nak patah balik.

"Agak-agak kau, bas naik atas tu macam bas yang kita naik dari Tanjung Malim tadi ke?" Tanya Hakimi. Hakimi tak sanggup untuk naik ke atas sana jika naik bas yang sama seperti dari Tanjung Malim, kalau tersangkut tengah jalan, naya.
"Kita naik bas ekspress. Rilek bro." Jawab Ikhwan.
"Owh, kalau bas ekspress, takpelah."

Mereka berdua menuruni bas yang mereka naiki daripada Sungkai dan berjalan ke arah stesen bas Tapah di bahagian hadapan. Hakimi terkejut, stesen bas ini ibarat hidup segan, mati tidak mahu. Sangat daif. Ikhwan juga terkejut tetapi masih tidak mengatakan apa-apa kepada Hakimi, fokus utama beliau adalah mencari tiket ke Cameron Highlands.

Mereka berdua berpusing ke kiri dan kanan stesen bas tersebut. Terkejut. Dua syarikat sahaja yang buka dan mungkin hanya mereka sahaja yang ada.
"Uncle, bas mau pergi Cameron kat mana nak beli?" Ikhwan tanya kepada Uncle tua yang sedang menghisap rokok. Hakimi sekadar memerhati dari tepi.
"Cuba you tanya kaunter tu." Tunjuk Uncle tua yang sedang menghisap rokok itu.
"OK, thank you Uncle." Mereka berdua berkata serentak. Bagus sungguh, macam boria orang penang kata.

Mereka berdua berjalan ke arah kaunter yang ditunjuk oleh uncle tua yang sedang menghisap rokok tadi. Hujan mula turun di sekitar Tapah, tapi masih lagi malu-malu. Tidak lebat. Masih boleh berjalan di sekitar pekan Tapah jika mahu.



"Auntie, tiket pergi Cameron ada jual ka?" Soalan yang dikeluarkan kepada auntie di kaunter tersebut. Ikhwan risau bas ke Cameron sudah tiada, khabarnya bas ke Cameron Highlands yang terakhir hanya pada 2.30 petang tetapi mereka sampai lebih kurang jam 3 di stesen bas tersebut.
"Mungkin ada mungkin tiadala adik."Auntie tu jawab macam. Pelik jawapan auntie itu. Ikhwan dan Hakimi langsung tak paham apa yang diperkatakan oleh auntie kaunter itu.
"Begini adik. Kalau driver bas mau masuk, adalah tiket."Jelas auntie kaunter itu.
"Kalau macam tu, tolong confirm betul-betul boleh auntie? Sekali dengan time." Tanya Ikhwan. Auntie kaunter itu mengangguk tanda boleh dan mengambil telefon bimbitnya.

Selepas beberapa minit perbualan auntie kaunter itu dengan driver bas, auntie itu memberitahu yang kami boleh mendapatkan tiket tersebut. Aku gembira, Ikhwan lagilah gembira. Tak sia-sia perjalanan dari pagi tadi.

"Cuma adik kena tunggu pukul 4.30 petang. Boleh?" Mereka berdua setuju. Mereka berdua membayar harga tiket tersebut yang berharga RM13.00 seorang. Lebih mahal daripada harga yang dikatakan dalam internet, tetapi oleh kerana terpaksa, mereka bayar sahaja.

"Wan, jom pusing pekan ni pulak. Tengok ada apa kat sini. Sambil-sambil tu boleh cari buku untuk aku baca." Hakimi mengajak Ikhwan selepas membeli tiket.
"Jom." Jawab Ikhwan.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka berdua di sekitar pekan Tapah itu. Mereka berpusing dan pusing di sekitar pekan tersebut dan akhirnya Hakimi menjumpai sebuah buku yang mungkin boleh dibaca beliau dalam perjalanan itu. Hakimi membeli novel bertajuk Bila Cinta yang ditulis oleh Suria Fatin.

Selepas itu, mereka berdua berjalan ke arah masjid yang berdekatan bagi menunaikan solat yang difardhukan kepada umat islam. Mereka menghabiskan masa mereka lebih kurang 30 minit di masjid pekan Tapah itu. Semasa mereka berdua ingin keluar, Ikhwan dipanggil oleh seorang brother.

"Abang!" Jerit brother di masjid itu memanggil Ikhwan. Ikhwan pandang buat muka seposen.
"Tadi abang ada terjatuh duit ke?" Ikhwan dengar dan teringat tentang duit yang diletakkan dalam stokin ketika berada di Tanjung Malim semasa menunggu bas. Risau dirompak.

Selepas berterima kasih kepada abang tersebut, mereka berdua sempat membeli pisang goreng. Perut masing-masing lapar. Mereka makan sambil berjalan ke arah stesen bas di mana mereka patut menunggu bas ke Cameron Highlands. Dalam perjalanan itu, Hakimi sempat membeli topi kerana cuaca ketika itu panas walaupun sebentar tadi hujan turun.

Mereka sampai lebih kurang jam 4 petang di stesen bas Tapah. Takut tertinggal bas. Selain daripada mereka berdua terdapat beberapa orang lain iaitu 2orang adik beradik rock, satu couple mat salleh entah dari negara mana yang menunggu bas ke Cameron Highlands. Auntie tadi berkata sekejap lagi bas akan sampai.

Mereka berdua menunggu dan terus menunggu sehinggalah jam 6petang, barulah bas sampai. Memang macam haram, janji tidak ditepati. Najib tak suka perangai orang macam ini. Akhirnya mereka berjaya menaiki bas yang bergerak ke arah Cameron Highlands.

Bersambung di

Friday, September 21, 2012

122. Ainol wank sayang

ni adalah percubaan menggunakan ainol wank sayang, not bad la wan oi..........





Thursday, September 20, 2012

121. Klaka seyh


video ini sangat klaka. wank, take note.hehe

sumber Bicara Mak Dara

NotaKaki : Barra sedap sangat ke?

Monday, September 17, 2012

120. To spekiebesaq and Nana

agak-agak boleh tak aku harapkan benda ni terjadi kat korang masa tengok wayang? Hahaha

NotaKaki : Ye, korang memang bising hari tu. Haha

119. Kisah Hari Malaysia Aku


Berapa orang yang tahu hari ini cuti kerana semalam Malaysia sambut birthday? bersama dengan dua orang kawan aku iaitu Iz dan Safwan? Hampa tak tahu? Memang buta sejarah, tau cuti itu seronok je kan? Ish. Macam haram.


Apa aku buat masa Hari Malaysia? Ni nak cerita ni. Aku bangun jam 10 pagi, pergi mandi, siap-siap pastu jam 11.15 pagi aku turun panaskan enjin motor, 11.30 pagi sampai kat Shell highway tunggu Wank dan Fizo. Diorang sampai jam 12 tengahari, kitorang gerak, pusing-pusing cari tempat member aku kat poli kahwin.

Lebih kurang gini r (credit to google images)
Lepas tu, pergi Selayang Mall sebab Wank nak cari screen proctector untuk si Ainol dia. Sampai rumah jam 4petang. Jam 5 aku tidur, bangun pukul 6 petang sebab Wank ajak pergi Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam. Tau sebab apa? Sebab ada PSP.

Credit to google images
Apakah itu PSP?PSP ini bermaksud Puisi Satu Petang. Ianya dianjurkan oleh sebuah group dinamakan Zine Satu Malam. Apa yang diorang buat? Dorang baca puisi, baca cerita pendek, berlakon, menyanyi dan dalam masa yang sama menjual zine.


Masa aku sampai tu, diorang dah start dah. Selama aku hampir satu jam kat situ, dengar diorang buat semua tu, aku terasa "Mak aih, mantap gila diorang semua ni.". Memang gila mantap, aku memang tak sangka memang ramai budak-budak muda yang memang minat benda-benda gini dan yang paling penting diorang sangat-sangat tak malu untuk buat semua itu.

 Memang aku salute kat diorang ni la. Lepas ni diorang akan buat kat Ipoh. Kalau rajin, memang aku pergi tapi tengoklah..ahah. Boleh check blog,FB dan twitter Zine Satu Malam untuk keterangan lanjut. Hehe

NotaKaki : Tahniah Rashid dan Aina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...