Saturday, August 18, 2012

97. Apakah itu ZINE?


Korang semua ada rancang tak dalam masa 5 tahun, apa yang korang nak buat ataupun merancang masa depan korang? Kebiasaannya, manusia yang normal pasti ada merancang kan? Walaupun korang rasa korang rancang dalam keadaan main-main, mungkin jauh dalam benak hati korang ianya memang apa yang korang ingin selama ini.

Sebagai manusia biasa, aku pun ada merancang SIKIT-SIKIT juga. Antaranya ialah ingin menerbitkan buku tidak kira apa jua jenis seperti novel, cerpen atau sebagainya, buku masakan, travelog dan lain-lain. Aku ada beberapa rakan baik yang memberi cadangan dan idea bernas. Terima kasih diucapkan kepada Wank, Razimey, Madam Bee dan Aniq.

Salah satu idea yang datangnya dari rakan SePena Raya, Wank ialah dengan membuat buku sytle ZINE kononnya untuk test market. Apa itu ZINE? Aku telah tanya 10 orang kenalan ku yang ala-ala nerd macam aku dan kesemuanya tidak tahu apa ZINE itu. Aku sendiri tahu selepas Wank ada tunjukkan satu contoh dan aku sendiri perasan yang aku mungkin pernah sedar kewujudan benda itu.

Apa yang dapat tahu, pada kebiasaannya ZINE akan berbentuk seperti sebuah buku yang mana bezanya penulis itu yang membuat sendiri menggunakan mesin photostat. Kebiasaanya dalam jumlah yang sedikit dan keuntungannya jatuh terus ke penulisnya sendiri. Harga untuk sebuah ZINE pun tidaklah terlalu mahal, kebiasaannya dalam RM5.00 sahaja.

Isi kandungan ZINE kebiasaannya pula terdiri daripada apa-apa sahaja. Korang nak taruk cerita? silakan. Sajak? Silakan. Lagu? lukisan? Kartun? Silakan. Tiada sesiapa yang akan halang, sebabnya itu untung rugi semua jatuh atas korang sendiri, bukannya pada orang lain. Maksudnya tiada sesiapa boleh mengarahkan pada korang apa yang patut apa yang tidak patut. Boleh dikatakan ZINE ini sebagai media alternatif.

Contoh ZINE dari luar negara

Contoh ZINE dari luar negara
Kat Malaysia pun, fenomena ZINE ini dikhabarkan telah bertapak lama. Aku yang nerd ni je yang tak tahu, konon baca apa yang ada dalam library. Salah satu blog yang aku jumpa pasal ZINE ialah Koleksi Zine. Korang boleh godek-godek blog itu untuk tengok sendiri ZINE keluaran tempatan.

Kalau korang nak tau lebih lanjut, sila click di wiki ni.

NotaKaki : Banyak benda yang kita tak tahu kecuali kita laluinya sendiri.

5 comments:

  1. memang kreatif betul diaorang ni kan, share minat dengan org lain

    ReplyDelete
  2. oh,baru tahu apa itu zine n konsepnya...

    ReplyDelete
  3. zine sudah 30 tahun bertapak di Malyasia,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...