Saturday, August 18, 2012

96. Strawberry di atas sana lebih sedap - Bab 3

Juga boleh didapati di SePena Raya
Bersambung dari Bab 2

Dari KL Sentral ke Tanjung Malim

Tidak sampai lima minit mereka menunggu train ke Rawang, train sampai juga. Tidak seperti tadi, kali ini tiada manusia yang memenuhi segala pelusuk ruang koc train tersebut.

"Wan, kau tengok. Beza kan dengan tadi? Kalau menghala ke Rawang mesti selalu kosong time-time gini." Hakimi cuba memberi perbezaan kepada Ikhwan.
"Tu la pasal. Kan syok kalau gini je dari tadi, taklah penat berdiri." Ikhwan membalas.

Sedang train melalui kawasan Segambut, Hakimi terkenangkan semasa dia masih tinggal di Kuala Lumpur sebelum keluarga dia berpindah ke Kota Bharu, Kelantan.

"Ni la tempat aku tinggal dulu Wan." Hakimi tunjukkan ke arah kubur sebelah stesen komuter Segambut berada.
"Kat seberang sana. Memang kena lalu sebelah sini kalau nak dekat."Terang Hakimi lagi.
"Mak aihh, seram gila kalau malam-malam."Ikhwan menunjukkan eksperasi takutnya.

Memang di sebelah stesen komuter Segambut terdapat satu kawasan perkuburan. Nak kata seram pada waktu malam itu, tidak pula Hakimi mengiayakan atau menidakkanya. Bukan apa, jika dikatakan seram, pernah dia melalui kawasan itu seorang diri manakala jika dikatakan tidak, macam menipu pula rasanya.

Sedang dua rakan ini berborak, sedar-sedar sahaja train sedang melalui Sungai Buloh. Ini merupakan titik terakhir pada Hakimi kerana tidak pernah dia melepasi stesen ini lagi menggunakan train komuter sepanjang hidupnya.

"Kau tau, Wan? Aku mana pernah lepas stesen ni sebelum ni. Ni kira first time r." Kata Hakimi.
"Excited pulak rasa." Sambung Hakimi.

Ikhwan seperti biasa, mendengar seperti tidak mendengar. Barangkali sedang memikirkan perutnya yang tiba-tiba sakit. Memang pada kebiasaanya pada waktu ini, Ikhwan akan membuang segala isi perutnya. Nasib baik hanya tinggal dua stesen sahaja lagi untuk sampai ke stesen komuter Rawang.

Selepas beberapa minit ,train sampai di Rawang. Ikhwan laju mencari tandas di luar stesen. Hakimi pula diarahkan untuk membeli tiket ke Tanjung Malim.

"Kak, tiket ke Tanjung Malim dua."Hakimi memberitahu kepada akak cashier.
"Tanjung Malim ni stesen paling last kan?" Sambung Hakimi.
"Ye, tu train dia. Semua sekali RM9.80. Kalau awak tak cepat, train lepas ni pukul 11 pagi tau." Akak cashier tu memberitahu sambil menunjukkan ke arah sebuah train.
"Owh, okay kak. Terima kasih ye." Suka Hakimi kerana akak kali ni jauh lebih baik daripada abang di stesen komuter Padang Jawa. Berbunga sikit hati Hakimi kali ini.

Di sini, Hakimi membeli paper 'The Star', satu minuman dan mentos. Untuk menghilangkan bosan katanya. Setelah itu, Hakimi cuba mendapatkan kawannya, Ikhwan tetapi gagal dicari. Puas Hakimi pusing-pusing di kawasan itu tetapi masih tidak jumpa.

"Auntie, toilet kat mana ye?" Hakimi bertanya pada seorang perempuan yang agak berusia umurnya. Mungkin ini tempat lepaknya ataupun sekadar menemani saudaranya di situ. Tidak pula Hakimi bertanyakan hal itu.
"Toilet kat dalam la adik." Jawab perempuan berusia itu.
"Terima kasih ye."Balas Hakimi.

"Mana pulak mamat sekor ni?"Tanya Hakimi kepada diri sendiri.
"Dah la call pun tak dapat-dapat. Train dah nak gerak dah ni. Adoi." Hakimi merungut.

Hakimi membuat keputusan untuk tunggu sahaja di sebuah kerusi di hadapan tandas yang dia jumpa. Selepas beberapa minit, barulah Ikhwan keluar daripada tandas ini. Ikhwan meminta maaf kerana sedang 'sibuk' di dalam tandas itu, tak dapat jawab.

"Jomlah, kita dah kena tinggal dengan train dah."Hakimi seperti tidak berpuas hati. Dasar kalut, memang begitu.
"Ok."Ikhwan balas ringkas.

Selepas bersembang, mereka berdua berjalan ke arah tempat menunggu train yang ke arah Tanjung Malim. Ketika itu hanyalah terdapat mereka  berdua sahaja. Mereka berdua terpinga-pinga seperti betul atau tidak di situkah mereka patut menunggu.

Nasib baik ada dua orang lagi yang datang menunggu di situ.

"Uncle, betul ke kalau nak ke Tanjung Malim tunggu di sini?" Ikhwan bertanya.
"Yes, tunggu kat sini." Jawab ringkas.

Mereka berdua mengeluarkan bahan bacaan masing-masing, kononnya tidak ingin membuang masa ketika menunggu train datang. Ikhwan dengan novel Laskar Cinta yang bermadah-madah dengan bahasa Indonesia dan Hakimi dengan paper The Star yang lagak seperti faham apa yang dibacanya.

Beberapa minit kemudian, train sampai dari arah Tanjung Malim. Mereka berdua kehairanan kerana akak di kaunter tadi kata jam 11 pagi baru ada train baru tetapi sekarang baru jam 10.15 pagi.

"Aik, akak tadi kata pukul 11 baru sampai?" Hakimi kehairanan sambil mengerutkan dahi ke arah Ikhwan.
"Kita naik jelah." Kata Ikhwan pendek.
"Ntah-ntah macam bas, kena tunggu sampai pukul 11 kang baru gerak." Sambung Ikhwan dalam nada gurauan.
"Mungkin jugak." Balas Hakimi, kali ini pendek.

Selepas 5 minit, masih hanya terdapat beberapa penumpang sahaja. Selain mereka berdua, terdapat 2 lelaki dan satu family. Tiada tanda-tanda yang train ini akan bergerak dalam masa terdekat. Gamaknya mungkin betul kata-kata Ikhwan tadi, benak hati Hakimi berkata tetapi tidak disampaikan kepada Ikhwan, ego barangkali.

Dari 5 minit kepada 10 minit kepada 20 minit kepada 40 minit. Ketika itu train sudah dipenuhi oleh beberapa manusia yang lain, tidak seperti 5 minit yang pertama. Barulah train sudah menunjukkan tanda-tanda akan bergerak. Pelbagai bunyi dikeluarkan oleh train tersebut. Hakimi dan Ikhwan bersyukur. Mereka berdua terlalu banyak membuang masa di situ.

Akhirnya train itu bergerak juga meninggalkan stesen Komuter Rawang menuju ke arah stesen Komuter Tanjung Malim. Train tersebut akan melalui beberapa stesen komuter yang lain seperti Serendah, Batang Kali, Rasa dan Kuala Kubu Baru dan barulah akan sampai Tanjung Malim.

Dalam perjalanan ini, hanya terdapat beberapa penumpang je yang naik, patutlah train komuter ini bergerak seperti bas mengikut masa-masa tertentu sahaja.

Bersambung di Bab 4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...