Friday, August 17, 2012

94. Tenang sikit


Aku sekarang di rumah Abah dan Mama aku kat Kota Bharu. Sampai pukul 3 pagi tadi, bertolak dari Subang jam 6 petang. Cincai-cincai ok r tu termasuk berhenti isi minyak, beli makan, buka puasa tambah jem sikit lagi. Hehe.

Siang hari ni memang berbeza bila bersama dengan family. Rasa lain macam. Tenang. Ini membuatkan aku kembali berfikir. Apa yang bagus sangat kerja di sana? Gaji pun bukanlah banyak sangat pun. Kalau tinggal sini, rumah ada, makan ada orang jaga, kualiti masa pun tak banyak membazir. Cewahh, main kualiti masa cakap kau.

Semalam aku balik dengan adik beradik aku iaitu KakNgah, Uda dan Ani. Aku bawak dari Subang ke Raub, Uda bawak dari Raub ke Gua Musang pastu aku bawak balik dari Gua Musang ke Kota Bharu. Alhamdullilah takde apa-apa yang jadi.

Masa dalam perjalanan, aku tengok ada beberapa keadaan yang membuatkan aku terfikir. Kenapa manusia ini GILA? Yes, gila. Korang semua bayangkan, semata-mata ingin cepat sampai, sanggup membahayakan diri sendiri, penumpang dan kereta-kereta yang lain. Bukanlah aku ingin mengatakan yang aku ini terlalu bagus ketika membawa kereta tetapi kadang-kadang boleh fikir apa yang patut apa yang tak patut buat. Betul tak?

Satu lagi, kenapa radio asyik pasang lagu raya je ek? Aku tak berapa kisah nak pasang tapi ni berturut-turut. Gila r, siap ada lagu sama tapi version je lain-lain. Contoh lagu Balik Kampung nyanyian asal Sudirman. Tak silap aku, semalam ada dengar dari Upin Ipin dan Kristal nyanyi balik lagu tu. Adoi. Come on la.

Aku pun tak tahu la nak kata pe. Pelik-pelik. Biar jela. Apa-apa pun, aku mengucapkan selamat sampai kepada yang ingin balik ke kampung. So cliche right? Haha.

NotaKaki : Kepada yang tiket takde, sila naik bas lompat ataupun naik tren secara haram.

2 comments:

  1. tempat kerja aku, semua orang dok bukak lagu raya.. aku naik hafal dah.. g sana lagu raya, g belah sinun lagu raya.. kembang telinga aku.. by the way selamat hari raya lah geng.. haha

    ReplyDelete
  2. kalau tak hafal, bukan musim raya la weh.haha. selamat hari raya juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...