Friday, August 10, 2012

91. Kenapa Manusia di Malaysia begini?


Kalau sesiapa dah kenal aku atau dah lama follow blog aku ni, wajib tahu yang aku adalah bukufags lebih-lebih lagi terbitan buku FIXI.

Kebanyakkan buku ini aku akan dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran seperti POPULAR, MPH, I AM LEJEN SHOP (dulu UYA BISTRO) dan lain-lain kedai buku yang ada ataupun mana-mana pesta buku yang berlangsung.



Pada aku, buku FIXI telah melakukan satu evolusi yang sangat besar pada diri aku. Kenapa aku kata gitu? Aku pernah cuba membaca sebelum ini tapi seriusly aku teramat sangat menyampah dengan gejala pembukuan terbitan Malaysia. Kalau korang perasan di mana-mana kedai buku, jualan tertinggi bagi kategori fiction berbahasa MALAYSIA boleh dikatakan hampir 90% adalah novel yang bertemakan CINTA.

Aku tak kisah kalau tema semata-mata cinta tetapi kalau korang semua perasaan, boleh dikatakan hampir kesemua novel yang bertemakan CINTA itu hanya nama watak dan masa sahaja yang berubah. Yang lain? Semuanya sama. Tak percaya? Sila ambil mana-mana 5 buah buku secara rawak yang bertemakan CINTA. Sila comparekan.

So, apabila aku dapat tahu buku FIXI cuba menerbitkan novel-novel yang bertemakan lain daripada lain (walaupun ada jugak tema cinta). Konsep mereka memang sangat-sangat berbeza. Hati aku mengatakan ini yang aku mahu, bukan seperti novel-novel kebanyakkan yang ada. Cewaah, ayat bukan main kau. Haha.

Tapi bukan itu yang ingin diperkatakan pada entry kali ini. Baru-baru ini telah terjadi suatu peristiwa yang mana pihak POPULAR membuat keputusan untuk tidak menjual 2 novel keluaran buku FIXI iaitu MURTAD dan HILANG yang mana aku beli di Pesta Buku Selangor 2012 tempoh hari.

Kenapa pihak POPULAR membuat keputusan itu? Boleh baca penjelasannya di sini.

Dah baca? Saja nak tambah sikit lagi. Baca yang ini pulak.

Dah? Ok. Kalau korang ada baca entry aku pasal Pesta Buku Selangor 2012, aku ada menceritakan mengenai seorang abang agak berusia yang menegur aweks di booth Lejen Press dan FIXI mengenai perkataan 'I AM LEJEN" kan?

Apa yang aku rasa tentang itu samalah yang aku rasa tentang ini. Hehe.

Pada aku, pihak POPULAR memang ada hak untuk tidak menjual mana-mana buku yang dirasakan tidak sesuai. Cuma pada aku, tolonglah bagi alasan yang sangat-sangat kukuh yang boleh diterima akal fikiran. Kalau itu alasan mereka? Hmm, entahlah.

notakaki: Sekarang p/s ditukar pada notakaki. Nampak menarik sikit. Haha.

notakakiki: Manusia memang penuh dengan sifat hasad dengki ke ek?

9 comments:

  1. dulu nak baca buku cm ni

    baca zine2 die gig.huhuhu

    ReplyDelete
  2. sekarang belambak novel sal cinta cintun

    ReplyDelete
  3. dayteenlea itu dulu.walaupun aku tak tahu.aku nerd.hahaha

    maisarah bukan sekarang je, dari dulu lagi.membawa kepada sekarang2 la ni.hehe

    ReplyDelete
  4. mamat novel kau rupanya...walaweeiiii..

    ReplyDelete
  5. First time dgr buku terbitan FIXI. Kena check it out ni! :D

    ReplyDelete
  6. suraya biasala.heeee

    an_na sila lah cari sebelum mana-mana kedai tak nak jual pulak lepas ni.huhu

    ReplyDelete
  7. tahun 80 an dulu ada satu novel lagenda bertajuk 'mona gersang'. memang hebat novel tu! nasib baik xde jual kat e-bay.

    ReplyDelete
  8. mak dara pertama kali dengar ttg buku tu hehe

    ReplyDelete
  9. Farid. lagenda ek?haha

    Mak Dara.. silalah cari ye..terbaik.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...