Thursday, August 2, 2012

89. Beringat sikit.


Sekarang aku tinggal di area flat Seksyen 7, Shah Alam walaupun mencari rezeki di Subang Jaya. Menetap dengan 5 orang. Kesemuanya bekerja. Jadi pada hari siang boleh dikatakan sepanjang masa tiada orang.

Aku pada bulan ramadhan ni biasanya akan tiba jam 6 petang di rumah. Bila sampai rumah petang tadi, housemate aku, Iz bagitahu yang rumah aku hampir dipecah masuk pencuri. Nasib baik jiran sebelah dengar.

 Akak (jiran) tu memang sentiasa ada di rumah, kalau tak silap aku, beliau merupakan seorang suri rumah tangga. Dia dengar ada orang cuba memasuki rumah ini tetapi terlalu lama mencuba untuk masuk. So, dia cuba jenguk. Masa dia jenguk, dia ternampak ada seorang lelaki tinggi berlari dari rumah aku. Nasib baik. Terima kasih ye.

Malangnya, rumah jiran aku yang belah depan dah kena pecah masuk dulu. Nasib baik katanya tak banyak barang yang hilang. Cuma barang-barang kecik yang senang untuk si pencuri tu ambil sahaja. Lepas rumah akak (jiran depan) tu kena, barulah pencuri tu aim rumah aku.

Ni nak pesan sikit, kalau rasa-rasa nak menetap di rumah-rumah gini, berbaik-baik sikit dengan jiran. Barulah jiran kenal siapa yang tinggal di situ, siapa yang tak tinggal kat situ. Kira-kira kalau jadi apa-apa bolehlah dia tolong dulu ke.

Dengar-dengar jugak, rasanya makin banyak kes kecurian berlaku kat area flat Seksyen 7 ni. Lebih-lebih lagi kalau di tingkat 4 dan tingkat 5. Minta sesiapa yang tinggal di sini lebih berjaga-jaga.

Nampak gaya cam kena cari rumah lain je. Makin tak selamat pulak aku rasa flat ni sekarang.

p/s : Muncul satu lagi sebab kenapa aku terasa best tinggal dengan family sendiri.

8 comments:

  1. Sebaiknya pindah , manatahu , kalau kalau pencuri tu masih duk aim rumah awk duduk tuu lagi , kang tak pasal kena pecah lagi rumah tuu;)

    ReplyDelete
  2. tak tahula.huhu..sayang betul dgn rumah ni...

    ReplyDelete
  3. skrg ni. mana2 tmpat pun ada risiko kena pecah kn. org zaman skrg makin jahat..

    so, tu la. beringat2 la yg pnting pon kan.
    n amek lgkh kselamatan jugak kn.. :))

    ReplyDelete
  4. sedang tingkatkan keselamatan rumah.hehe

    ReplyDelete
  5. bulan puasa ni mmg jin kena ikat tapi manusia jin banyak pulak. semua sebab terdesak katanya nak cari duit raya

    ReplyDelete
  6. bukan time gini je, bila-bila je..huhu

    ReplyDelete
  7. weyy gila bahaya dow! macam dah boleh carik umah lain je.. buat nya jadi lagi masak weyh..so hati2 lah ye

    ReplyDelete
  8. niat hati gitu r..tapi ntahla...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...