Tuesday, August 28, 2012

105. PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE


NotaKaki : Untung-untung boleh buat hadiah untuk orang. Kalau nak join gak, click sini ye.

104. "CONTEST raya cik siti"


Aku teka kesemuanya berjumlah RM120 sahaja kesemuanya di atas.

boleh join gak kat sini.

NotaKaki : Untungnya boleh dapat duit raya.

103. "SEGMEN ERAZ FADZLI : PENCARIAN BLOGLIST"



NotaKaki: Best gak kadang-kadang join segmen orang yang tak paksa kita buat macam-macam. Hehe

Monday, August 27, 2012

102. Tahniah


Aku nak tujukan ucapan tahniah kepada dia walaupun kantoi sebab bukan dia bagitahu. Aku tumpang gembira. Aku harap aku pun dapat mengikut perjalanan kau nanti.

NotaKaki : Aku bila lagi?

101. Review : SAM (Spoiler Alert!)



Amacam poster filem ni? Gempak tak? Teruja kan nak tengok? Ahad sudah aku dah pergi tengok dengan spekiebesaq dan nana. Punyalah payah nak tengok, last-last berjaya gak buat dioran tengok. Haha.

Cerita Saya Amat Mencintaimu ataupun ringkasannya SAM (walaupun aku rasa itu lebih kepada nama watak tu) bermula dengan kisah sepasang kekasih yang sangat sweet macam coklat yang sangat-sangat dicemburui oleh orang-orang lain yang tiba-tiba diculik pada satu malam. Disimpan dalam sebuah kilang lama iaitu PV6 kot di Klang. So, thriller bermula lepas tu sebab nak tahu siapa penculik dan kenapa culik diorang.

kalau rasa-rasa tak pakai unifi tu, try cari trailer lain jela. Haha.

Komen aku yang tak tahu apa-apa pasal seni tentang cerita ni? Overall sangat ok cuma yang membantutkan aku starting cerita ini yang dibuat seperti sebuah cerita lawak manakala ending pulak cliche. Cerita ini lain daripada cerita yang ada di Malaysia, kalau ada pun mungkin kat siaran tv yang cerita biasa-biasa je.

Pada pemilihan barisan pelakon-pelakon, selain Harun Salim Bachik dan Neelofa semuanya mantap der. Bukanlah diorang dua tidak bagus, mungkin HSB tidak sesuai untuk watak-watak begitu manakala Neelofa nampak sangat macam buat-buat la ngada-ngada tu, in the future mungkin makin bagus.

Selain tu, aku pelik kenapa babak perkahwinan macam sangat-sangat tidak menonjolkan budaya Malaysia ataupun itulah budaya perkahwinan kat Malaysia sekarang? Sorrylah aku duduk dalam bilik je.Hehe.

Untuk pengarah pulak, kau memang ada masa depan yang cerah la bro. Sama macam abang kau dan kau tak perlu di bawah bayang-bayang daddy dan abang kau. Kau boleh bina legasi kau sendiri. Good luck bro.

 Nana, ni la muka pengarah tu yang buat kau tutup muka dengan tangan sebab takut apa yang akan jadi. Hahahahah!

NotaKaki : Aku tak kisah pun untuk keluar duit kalau seni yang aku dapat tu berkualiti walaupun kalau akan keluar kat tv or astro dalam masa tak sampai setahun.

NotaTapakKaki : Memang perli pun. Biarlah tak terasa pun. Haha

100. Raya tahun ini.


Akhirnya tahun ini pakai baju melayu baru lepas dekat 5 tahun berturut-turut pakai baju yang sama. Daripada badan kurus sikit kepada gemok banyak. Nasib baik muat. Haha. Mula-mula ingat baju tu tak cantik, sebab hantar kat kedai yang murah sikit banding kedai-kedai lain. Masa try tengok macam murahan je jahitan dia. Haha.

"Saya sebagai penyimpan mohor-mohor diraja ingin mengumumkan esok masih raya. Sila sambut lagi."
Terasa hensem gila aku tahun ni. Ok, ayat gampang tapi peduli apa, nak habaq aku terasa hensem gila tahun ni. Korang tak caya ke?

"Mana dia ni?"
Ok, aku jauh dah mengarut ni. Hehe, tahun ni raya seperti-seperti tahun sudah, sama je tak pernah berubah. Bangun pagi terus mandi, pi sembahyang raya, salam-salam minta maaf, pi rumah nenek dan tok ayah, balik, tidur.

Itu jela cerita raya aku tahun ni.

NotaKaki : Kena kurang sikit ni.

99. Wajib excercise nih!


Haha, hangat-hangat tahi ayam memang selalu boleh melekat kat muka aku. Tapi kali ni kena buat jugak! Sebab apa?

Sebab ni haa.



Kalau tak buat jugak, kesian kat Nana n spekiebesaq. Haha. Tq for both of u.

NotaKaki : Aku rindu dia.

Tuesday, August 21, 2012

98.Cerita 'benda' Itu


Hari ahad, hari raya pertama. Aku skip sampai jam 8 malam. Aku tak tahu kenapa, lepas jan 8 malam tadi, semua asyik berkata pasal benda itu. Apa yang jadi? apa benda itu?

Ok, petang tadi orang datang menziarahi rumah family aku. Biasala saudara mara kan dan salah satu tu membawa Tok Ayah aku. Saja ikut, nak tengok rumah anak dia rasanya sebab ikutkan pagi tu kiorang 1 family dah pergi ziarah rumah dia.

Kemudian, selepas Tok Ayah selesai solat maghrib, aku solat sebentar. Lepas tu, tepat jam 8 malam aku pergi hantar Tok Ayah ke rumah dia. Untuk ke rumah dia ada dua jalan. Satu ikut jalan besar yang leceh untuk lintas, satu ikut jalan kampung yang mana melalui sebelah kawasan perkuburan islam yang mana lebih mudah. Aku pilih jalan kampung.

" Tak takut ke?"Tiba-tiba Tok Ayah aku tanya aku. Aku macam tersentak, yelah tak pernah Tok Ayah tanya gitu selama ni.
"Ok kot." Aku jawab tenang walaupun dalam hati timbul la sikit perasaan.
"Kenapa Tok Ayah tanya?" Aku tenang sambung tanya.
"Takdelah, sebab lalu jalan itu" Dia jawab. Aku tak jawab.
"Orang ada la tanya kat Alang, siang ada kacau tak benda tu?" Aku sambung tanya. Kadang-kadang terpikir la jugak pasal benda tu.
"Benda tu mestilah ada." Jawab Tok Ayah.
"Tapi kenapa orang takut time malam je?" Aku mengeluarkan satu soalan bernas.
"Sebab malam orang takut sikit." Tenang je jawapan Tok Ayah aku. Aku mengangguk-angguk tanda paham.

Sekarang aku skip sampai pukul 10malam pulak. Che' Yah pulak tiba-tiba bukak cerita. Di kampung belah Abah kat Pasir Puteh. Sebelah rumah kampung Abah tu ada seorang makcik yang dah tua tinggal. Katanya ada membela sebab macam-macam kejadian yang jadi before makcik tu meninggal dan after makcik tu meninggal. Macam orang nampak dia tengah duduk atas bumbung, nampak tengah duduk time hujan kat tepi longkang. Masa meninggal, Che' Yah kata, Che'Ngah (makcik aku gak, adik Che'Yah dan Abah) kata, kulit makcik ni terlalu lembut ibarat telah lama takde dan lepas kapan pun macam kecik je ibarat kapan tulang sahaja.

Aku ingat cerita benda tu dah habis kat situ je, rupanya anak Che'yah, Nizal pulak cerita. Dia cerita dua peristiwa. Satu masa sekolah teknik, satu lagi aku tak sure di mana. Mungkin masa belajar kot. Yang masa sekolah teknik, form 5. Katanya ada seorang junior, Karim (bukan nama sebenar) balik dari jogging dekat-dekat time maghrib. Malam jumaat, so budak-budak ni ada baca Yassin. Nizal tak perasaan tapi ada budak bagitahu yang Karim ni baca Yassin sorang-sorang jauh kat belah belakang dan pegang Yassin tu secara terbalik.

Yang nak dijadikan cerita, masa time prep, Nizal tengah study, ada seorang budak, Abu (bukan nama sebenar) bagitahu yang Karim ni ada masuk benda. Mula-mula dia macam tak percaya, tetapi rupa-rupanya Abu ni ada ilmu sikit-sikit. So dia tunjuk soemthing yang buat Nizal ni percaya. Abu kata kita berubat Karim ni besok.

AKU TULIS SAMPAI SINI JE SEBAB TAKUT MASA RAYA PERTAMA.

NI BARU SAMBUNG BALIK.

Malam esok, nak berubat karim, kumpul dalam satu bilik. Budak-budak bilik tu tahu pasal tu. Tak tahu la apa yang si Abu ni buat, tiba-tiba benda tu dah masuk dalam badan Karim. Suara berubah, cakap kasar. Abu tanya kenapa kat benda tu kenapa benda tu kacau Karim. Dia jawab, masa Karim jogging, dia pergi kacau benda tu masa tengah menyamar jadi ikan haruan yang tengah berenang kat tali air tepi padang sekolah. Sekolah diorang dalam kawasan kelapa sawit.

Abu minta benda tu keluar, tapi benda tu jawab taknak, dia nak Karim mati. Gila tak? Last-last Abu terpaksa paksa benda tu keluar dengan cara yang kasar. Benda tu janji nak pergi jauh. Bila benda tu pergi, setel.

Mula-mula semua ingat dah setel tapi rupa-rupanya seminggu lepas tu, benda tu masuk dalam badan si Abu ni pulak. Budak bilik dia kata Abu nak bunuh diri. Nasib baik budak-budak bilik sempat tarik. Lepas tu, nasib baik tak jadi apa-apa. Aku tak berapa ingat cerita dia dah.

Nizal ada cerita satu lagi tapi aku rasa cukuplah sampai kat sini je ek. hehe.

Notakaki : Kita wajib percaya pada benda-benda ghaib tapi betul ke benda-benda ghaib ni sampai boleh nak bunuh orang?hmmm..

Saturday, August 18, 2012

97. Apakah itu ZINE?


Korang semua ada rancang tak dalam masa 5 tahun, apa yang korang nak buat ataupun merancang masa depan korang? Kebiasaannya, manusia yang normal pasti ada merancang kan? Walaupun korang rasa korang rancang dalam keadaan main-main, mungkin jauh dalam benak hati korang ianya memang apa yang korang ingin selama ini.

Sebagai manusia biasa, aku pun ada merancang SIKIT-SIKIT juga. Antaranya ialah ingin menerbitkan buku tidak kira apa jua jenis seperti novel, cerpen atau sebagainya, buku masakan, travelog dan lain-lain. Aku ada beberapa rakan baik yang memberi cadangan dan idea bernas. Terima kasih diucapkan kepada Wank, Razimey, Madam Bee dan Aniq.

Salah satu idea yang datangnya dari rakan SePena Raya, Wank ialah dengan membuat buku sytle ZINE kononnya untuk test market. Apa itu ZINE? Aku telah tanya 10 orang kenalan ku yang ala-ala nerd macam aku dan kesemuanya tidak tahu apa ZINE itu. Aku sendiri tahu selepas Wank ada tunjukkan satu contoh dan aku sendiri perasan yang aku mungkin pernah sedar kewujudan benda itu.

Apa yang dapat tahu, pada kebiasaannya ZINE akan berbentuk seperti sebuah buku yang mana bezanya penulis itu yang membuat sendiri menggunakan mesin photostat. Kebiasaanya dalam jumlah yang sedikit dan keuntungannya jatuh terus ke penulisnya sendiri. Harga untuk sebuah ZINE pun tidaklah terlalu mahal, kebiasaannya dalam RM5.00 sahaja.

Isi kandungan ZINE kebiasaannya pula terdiri daripada apa-apa sahaja. Korang nak taruk cerita? silakan. Sajak? Silakan. Lagu? lukisan? Kartun? Silakan. Tiada sesiapa yang akan halang, sebabnya itu untung rugi semua jatuh atas korang sendiri, bukannya pada orang lain. Maksudnya tiada sesiapa boleh mengarahkan pada korang apa yang patut apa yang tidak patut. Boleh dikatakan ZINE ini sebagai media alternatif.

Contoh ZINE dari luar negara

Contoh ZINE dari luar negara
Kat Malaysia pun, fenomena ZINE ini dikhabarkan telah bertapak lama. Aku yang nerd ni je yang tak tahu, konon baca apa yang ada dalam library. Salah satu blog yang aku jumpa pasal ZINE ialah Koleksi Zine. Korang boleh godek-godek blog itu untuk tengok sendiri ZINE keluaran tempatan.

Kalau korang nak tau lebih lanjut, sila click di wiki ni.

NotaKaki : Banyak benda yang kita tak tahu kecuali kita laluinya sendiri.

96. Strawberry di atas sana lebih sedap - Bab 3

Juga boleh didapati di SePena Raya
Bersambung dari Bab 2

Dari KL Sentral ke Tanjung Malim

Tidak sampai lima minit mereka menunggu train ke Rawang, train sampai juga. Tidak seperti tadi, kali ini tiada manusia yang memenuhi segala pelusuk ruang koc train tersebut.

"Wan, kau tengok. Beza kan dengan tadi? Kalau menghala ke Rawang mesti selalu kosong time-time gini." Hakimi cuba memberi perbezaan kepada Ikhwan.
"Tu la pasal. Kan syok kalau gini je dari tadi, taklah penat berdiri." Ikhwan membalas.

Sedang train melalui kawasan Segambut, Hakimi terkenangkan semasa dia masih tinggal di Kuala Lumpur sebelum keluarga dia berpindah ke Kota Bharu, Kelantan.

"Ni la tempat aku tinggal dulu Wan." Hakimi tunjukkan ke arah kubur sebelah stesen komuter Segambut berada.
"Kat seberang sana. Memang kena lalu sebelah sini kalau nak dekat."Terang Hakimi lagi.
"Mak aihh, seram gila kalau malam-malam."Ikhwan menunjukkan eksperasi takutnya.

Memang di sebelah stesen komuter Segambut terdapat satu kawasan perkuburan. Nak kata seram pada waktu malam itu, tidak pula Hakimi mengiayakan atau menidakkanya. Bukan apa, jika dikatakan seram, pernah dia melalui kawasan itu seorang diri manakala jika dikatakan tidak, macam menipu pula rasanya.

Sedang dua rakan ini berborak, sedar-sedar sahaja train sedang melalui Sungai Buloh. Ini merupakan titik terakhir pada Hakimi kerana tidak pernah dia melepasi stesen ini lagi menggunakan train komuter sepanjang hidupnya.

"Kau tau, Wan? Aku mana pernah lepas stesen ni sebelum ni. Ni kira first time r." Kata Hakimi.
"Excited pulak rasa." Sambung Hakimi.

Ikhwan seperti biasa, mendengar seperti tidak mendengar. Barangkali sedang memikirkan perutnya yang tiba-tiba sakit. Memang pada kebiasaanya pada waktu ini, Ikhwan akan membuang segala isi perutnya. Nasib baik hanya tinggal dua stesen sahaja lagi untuk sampai ke stesen komuter Rawang.

Selepas beberapa minit ,train sampai di Rawang. Ikhwan laju mencari tandas di luar stesen. Hakimi pula diarahkan untuk membeli tiket ke Tanjung Malim.

"Kak, tiket ke Tanjung Malim dua."Hakimi memberitahu kepada akak cashier.
"Tanjung Malim ni stesen paling last kan?" Sambung Hakimi.
"Ye, tu train dia. Semua sekali RM9.80. Kalau awak tak cepat, train lepas ni pukul 11 pagi tau." Akak cashier tu memberitahu sambil menunjukkan ke arah sebuah train.
"Owh, okay kak. Terima kasih ye." Suka Hakimi kerana akak kali ni jauh lebih baik daripada abang di stesen komuter Padang Jawa. Berbunga sikit hati Hakimi kali ini.

Di sini, Hakimi membeli paper 'The Star', satu minuman dan mentos. Untuk menghilangkan bosan katanya. Setelah itu, Hakimi cuba mendapatkan kawannya, Ikhwan tetapi gagal dicari. Puas Hakimi pusing-pusing di kawasan itu tetapi masih tidak jumpa.

"Auntie, toilet kat mana ye?" Hakimi bertanya pada seorang perempuan yang agak berusia umurnya. Mungkin ini tempat lepaknya ataupun sekadar menemani saudaranya di situ. Tidak pula Hakimi bertanyakan hal itu.
"Toilet kat dalam la adik." Jawab perempuan berusia itu.
"Terima kasih ye."Balas Hakimi.

"Mana pulak mamat sekor ni?"Tanya Hakimi kepada diri sendiri.
"Dah la call pun tak dapat-dapat. Train dah nak gerak dah ni. Adoi." Hakimi merungut.

Hakimi membuat keputusan untuk tunggu sahaja di sebuah kerusi di hadapan tandas yang dia jumpa. Selepas beberapa minit, barulah Ikhwan keluar daripada tandas ini. Ikhwan meminta maaf kerana sedang 'sibuk' di dalam tandas itu, tak dapat jawab.

"Jomlah, kita dah kena tinggal dengan train dah."Hakimi seperti tidak berpuas hati. Dasar kalut, memang begitu.
"Ok."Ikhwan balas ringkas.

Selepas bersembang, mereka berdua berjalan ke arah tempat menunggu train yang ke arah Tanjung Malim. Ketika itu hanyalah terdapat mereka  berdua sahaja. Mereka berdua terpinga-pinga seperti betul atau tidak di situkah mereka patut menunggu.

Nasib baik ada dua orang lagi yang datang menunggu di situ.

"Uncle, betul ke kalau nak ke Tanjung Malim tunggu di sini?" Ikhwan bertanya.
"Yes, tunggu kat sini." Jawab ringkas.

Mereka berdua mengeluarkan bahan bacaan masing-masing, kononnya tidak ingin membuang masa ketika menunggu train datang. Ikhwan dengan novel Laskar Cinta yang bermadah-madah dengan bahasa Indonesia dan Hakimi dengan paper The Star yang lagak seperti faham apa yang dibacanya.

Beberapa minit kemudian, train sampai dari arah Tanjung Malim. Mereka berdua kehairanan kerana akak di kaunter tadi kata jam 11 pagi baru ada train baru tetapi sekarang baru jam 10.15 pagi.

"Aik, akak tadi kata pukul 11 baru sampai?" Hakimi kehairanan sambil mengerutkan dahi ke arah Ikhwan.
"Kita naik jelah." Kata Ikhwan pendek.
"Ntah-ntah macam bas, kena tunggu sampai pukul 11 kang baru gerak." Sambung Ikhwan dalam nada gurauan.
"Mungkin jugak." Balas Hakimi, kali ini pendek.

Selepas 5 minit, masih hanya terdapat beberapa penumpang sahaja. Selain mereka berdua, terdapat 2 lelaki dan satu family. Tiada tanda-tanda yang train ini akan bergerak dalam masa terdekat. Gamaknya mungkin betul kata-kata Ikhwan tadi, benak hati Hakimi berkata tetapi tidak disampaikan kepada Ikhwan, ego barangkali.

Dari 5 minit kepada 10 minit kepada 20 minit kepada 40 minit. Ketika itu train sudah dipenuhi oleh beberapa manusia yang lain, tidak seperti 5 minit yang pertama. Barulah train sudah menunjukkan tanda-tanda akan bergerak. Pelbagai bunyi dikeluarkan oleh train tersebut. Hakimi dan Ikhwan bersyukur. Mereka berdua terlalu banyak membuang masa di situ.

Akhirnya train itu bergerak juga meninggalkan stesen Komuter Rawang menuju ke arah stesen Komuter Tanjung Malim. Train tersebut akan melalui beberapa stesen komuter yang lain seperti Serendah, Batang Kali, Rasa dan Kuala Kubu Baru dan barulah akan sampai Tanjung Malim.

Dalam perjalanan ini, hanya terdapat beberapa penumpang je yang naik, patutlah train komuter ini bergerak seperti bas mengikut masa-masa tertentu sahaja.

Bersambung di Bab 4

Friday, August 17, 2012

95. Robin Van Persie Masuk Man Utd


Sebagai peminat yang suam-suam kuku kepada Syaiton Merah, Manchester United. Haruslah berita ini disampaikan kepada anda semua.



Ya, Van Persie akhirnya dah confirm deal dengan Man Utd dan akan bermain untuk Man Utd untuk next season. Aku tak sure tindakan ini bagus atau tak, cuma berharap yang Van Persie takkan flop season ni.

Aku ambil dari ayat seseorang, Alex ferguson tak dapat menang liga season lepas sebab perbezaan gol terus dapatkan penjaring terbanyak dalam liga. Hehe.


Siap dah training dengan rakan pasukan baru. Bagus sungguh kau ni Van Persie.

NotaKaki : Kenapa Liga Malaysia lambat nak keluar dari takuk lama?

94. Tenang sikit


Aku sekarang di rumah Abah dan Mama aku kat Kota Bharu. Sampai pukul 3 pagi tadi, bertolak dari Subang jam 6 petang. Cincai-cincai ok r tu termasuk berhenti isi minyak, beli makan, buka puasa tambah jem sikit lagi. Hehe.

Siang hari ni memang berbeza bila bersama dengan family. Rasa lain macam. Tenang. Ini membuatkan aku kembali berfikir. Apa yang bagus sangat kerja di sana? Gaji pun bukanlah banyak sangat pun. Kalau tinggal sini, rumah ada, makan ada orang jaga, kualiti masa pun tak banyak membazir. Cewahh, main kualiti masa cakap kau.

Semalam aku balik dengan adik beradik aku iaitu KakNgah, Uda dan Ani. Aku bawak dari Subang ke Raub, Uda bawak dari Raub ke Gua Musang pastu aku bawak balik dari Gua Musang ke Kota Bharu. Alhamdullilah takde apa-apa yang jadi.

Masa dalam perjalanan, aku tengok ada beberapa keadaan yang membuatkan aku terfikir. Kenapa manusia ini GILA? Yes, gila. Korang semua bayangkan, semata-mata ingin cepat sampai, sanggup membahayakan diri sendiri, penumpang dan kereta-kereta yang lain. Bukanlah aku ingin mengatakan yang aku ini terlalu bagus ketika membawa kereta tetapi kadang-kadang boleh fikir apa yang patut apa yang tak patut buat. Betul tak?

Satu lagi, kenapa radio asyik pasang lagu raya je ek? Aku tak berapa kisah nak pasang tapi ni berturut-turut. Gila r, siap ada lagu sama tapi version je lain-lain. Contoh lagu Balik Kampung nyanyian asal Sudirman. Tak silap aku, semalam ada dengar dari Upin Ipin dan Kristal nyanyi balik lagu tu. Adoi. Come on la.

Aku pun tak tahu la nak kata pe. Pelik-pelik. Biar jela. Apa-apa pun, aku mengucapkan selamat sampai kepada yang ingin balik ke kampung. So cliche right? Haha.

NotaKaki : Kepada yang tiket takde, sila naik bas lompat ataupun naik tren secara haram.

Tuesday, August 14, 2012

93. Aku bantah Akta 114A


Apa itu Akta 114A?


Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.”
Keburukan Seksyen 114A
  • Jika anda kena godam, anda harus bertanggungjawab terhadap bahan yang disebarkan.
  • Jika seseorang telah membuat akaun facebook yang baru dengan menggunakan nama anda, secara tidak langsung anda adalah pemilik akaun tersebut.
  • Jika anda sebar kandungan fitnah milik orang lain, anda dianggap tuan empunya kandugan tersebut
  • Jika komputer atau wifi kena ceroboh, anda sendiri bertanggungjawab atas tindakan penggodam tersebut



Siapakah yang terancam dengan Akta 114A ?
Pemilik laman web, blogger dan pemilik akaun facebook dan twitter turut terkena tempias dengan peraturan ni.

Bagaimana cara sertai internet Blackout?
Cara sertai hanya mudah, sila layari How To Get Involve Internet Blackout Malaysia.

Guna ini sebagai profile picture anda dan cover profile.



Sumber: Tujuan Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012 | melvister.com 

Monday, August 13, 2012

92. Aku cepat Terpengaruh


Aku memang cukup pantang kalau ada apa-apa produk yang dikeluarkan lain daripada yang lain. Pernah aku beli wax Brylcreem yang dalam bentuk macam bola tu, padahal aku bukan jenis pakai yang suka letak produk2 kat rambut ni. Jaga rambut kononnya.


So, haritu tengah aku melayan facebook, tak tahu nak buat apa. Aku ternampak ada orang tunjuk yang majalah APO? akan keluar satu edisi khas sempena raya dalam bentuk 3D. Ye, tak salah baca, 3D. Aku yang dah lama gila tak beli pun mulalah teruja nak beli.

Kat bawah opis aku ada satu kedai buku. Boleh kata hari-hari aku tanya ada tak majalah APO? ni. Sampai ke sudah takde. Last-last siang tadi, masa jalan-jalan kat bandar Rawang dengan adik saudara aku, terjumpa. Aku terus sambarlah kan.


Harga untuk bumper raya ni berjumlah RM10.90 sahaja. Cewah, sahaja padahal dalam hati kalau bukan sebab 3D tu takdenye aku nak beli. Apa yang aku dapat? 1 majalah yang agak tebal berbanding keluaran biasa, satu spek mata 3D (pasni tengok wayang boleh dapat tiket murah tak kalau pakai spek ni?) dan sticker kat kereta.






Nampak tak gambar timbul-timbul? Kalau tak nampak maksudnya kenalah beli sendiri kalau nak rasai pengalamannya. Haha. Ayat cam gampang.






Tengok adik saudara aku, bukan main seronok baca.

Rasanya, di luar negara banyak dah yang buat macam ni. Memandangkan kat Malaysia, aku rasa pertama kali, tu yang semangat lain macam tu. Hehe.

Notakaki : Sekali sekala berhibur lebih sikit, tak salah kan?

Friday, August 10, 2012

91. Kenapa Manusia di Malaysia begini?


Kalau sesiapa dah kenal aku atau dah lama follow blog aku ni, wajib tahu yang aku adalah bukufags lebih-lebih lagi terbitan buku FIXI.

Kebanyakkan buku ini aku akan dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran seperti POPULAR, MPH, I AM LEJEN SHOP (dulu UYA BISTRO) dan lain-lain kedai buku yang ada ataupun mana-mana pesta buku yang berlangsung.



Pada aku, buku FIXI telah melakukan satu evolusi yang sangat besar pada diri aku. Kenapa aku kata gitu? Aku pernah cuba membaca sebelum ini tapi seriusly aku teramat sangat menyampah dengan gejala pembukuan terbitan Malaysia. Kalau korang perasan di mana-mana kedai buku, jualan tertinggi bagi kategori fiction berbahasa MALAYSIA boleh dikatakan hampir 90% adalah novel yang bertemakan CINTA.

Aku tak kisah kalau tema semata-mata cinta tetapi kalau korang semua perasaan, boleh dikatakan hampir kesemua novel yang bertemakan CINTA itu hanya nama watak dan masa sahaja yang berubah. Yang lain? Semuanya sama. Tak percaya? Sila ambil mana-mana 5 buah buku secara rawak yang bertemakan CINTA. Sila comparekan.

So, apabila aku dapat tahu buku FIXI cuba menerbitkan novel-novel yang bertemakan lain daripada lain (walaupun ada jugak tema cinta). Konsep mereka memang sangat-sangat berbeza. Hati aku mengatakan ini yang aku mahu, bukan seperti novel-novel kebanyakkan yang ada. Cewaah, ayat bukan main kau. Haha.

Tapi bukan itu yang ingin diperkatakan pada entry kali ini. Baru-baru ini telah terjadi suatu peristiwa yang mana pihak POPULAR membuat keputusan untuk tidak menjual 2 novel keluaran buku FIXI iaitu MURTAD dan HILANG yang mana aku beli di Pesta Buku Selangor 2012 tempoh hari.

Kenapa pihak POPULAR membuat keputusan itu? Boleh baca penjelasannya di sini.

Dah baca? Saja nak tambah sikit lagi. Baca yang ini pulak.

Dah? Ok. Kalau korang ada baca entry aku pasal Pesta Buku Selangor 2012, aku ada menceritakan mengenai seorang abang agak berusia yang menegur aweks di booth Lejen Press dan FIXI mengenai perkataan 'I AM LEJEN" kan?

Apa yang aku rasa tentang itu samalah yang aku rasa tentang ini. Hehe.

Pada aku, pihak POPULAR memang ada hak untuk tidak menjual mana-mana buku yang dirasakan tidak sesuai. Cuma pada aku, tolonglah bagi alasan yang sangat-sangat kukuh yang boleh diterima akal fikiran. Kalau itu alasan mereka? Hmm, entahlah.

notakaki: Sekarang p/s ditukar pada notakaki. Nampak menarik sikit. Haha.

notakakiki: Manusia memang penuh dengan sifat hasad dengki ke ek?

Monday, August 6, 2012

90. Takde apa-apa pun


Semalam aku berbuka di rumah pakcik aku kat area Kg. Jawa. Apa ntah taman tu nama dia. Aku sampai awal, dalam jam4.30 ptg. Boring duk rumah, lepas la situ jap. Dalam 5.30petang aku bawak anak-anak pakcik aku ke bazar ramadhan kat Andalas, Klang. 3orang, sulung lelaki umur 13tahun, second gurl 8tahun dan third laki 7tahun. Sorang lagi tak sampai setengah tahun, so dia membuta jela kat rumah tu. Haha.

Tengah-tengah bawah dorang, aku teringat masa family aku still tinggal kat Segambut, KL dulu. Masa hujung 90-an dan awal Y2K-an dulu, family aku selalunya masa hujung minggu akan ke Pasar Borong Selayang. Masa tu pemes la. Sebelum pasaraya-pasaraya lain muncul.

Masa tu aku ada adik kecik umur bawah 5tahun, lelaki. Selalu bawak dia masa pergi pasar borong tu. Tau apa yang syok adik aku ni? Hehe. Selalunya kalau nak balik dah, kat tangan dia takde apa-apa mainan even yang harga 50sen tu. Dia akan cakap

"Kat tangan Arie takde apa-apa pun" sambil buat muka seposen. Haha. Kadang-kadang kelakar jugak budak kecik ni.

Macam siang tadi, aku ikut family pakcik aku pergi Jusco Bukit Tinggi, Klang. Dorang nak shopping sikit baju raya. Anak dia laki yang 7tahun tu nampak tempat main-main untuk budak-budak (even ada bapak budak main gak), terus dia nak.

Sampai mak dia suruh try baju dan seluar pun taknak. Siap menangis. Masa nak balik tu, mata dah merah, muka dah seposen. Last-last pakcik aku bagi RM10 kat aku, suruh bawak. Ikut hati aku taknak. Kes tu aku buat tak layan tapi orang mintak tolong kita tolong la kan?hehe.

Pandai pulak tu pilih yang boleh main lama-laima. Ada satu tu RM5 untuk 20minit. Yang lain main pakai token,so lama sikit. Dia boleh pikir nak main yang pakai token. Bagus-bagus, guna otak. Hehe.

apa-apa pun, budak-budak memang best masa tak meragam, kalau meragam payah..

p/s : Ada anak nanti tak tahu la saya.

Thursday, August 2, 2012

89. Beringat sikit.


Sekarang aku tinggal di area flat Seksyen 7, Shah Alam walaupun mencari rezeki di Subang Jaya. Menetap dengan 5 orang. Kesemuanya bekerja. Jadi pada hari siang boleh dikatakan sepanjang masa tiada orang.

Aku pada bulan ramadhan ni biasanya akan tiba jam 6 petang di rumah. Bila sampai rumah petang tadi, housemate aku, Iz bagitahu yang rumah aku hampir dipecah masuk pencuri. Nasib baik jiran sebelah dengar.

 Akak (jiran) tu memang sentiasa ada di rumah, kalau tak silap aku, beliau merupakan seorang suri rumah tangga. Dia dengar ada orang cuba memasuki rumah ini tetapi terlalu lama mencuba untuk masuk. So, dia cuba jenguk. Masa dia jenguk, dia ternampak ada seorang lelaki tinggi berlari dari rumah aku. Nasib baik. Terima kasih ye.

Malangnya, rumah jiran aku yang belah depan dah kena pecah masuk dulu. Nasib baik katanya tak banyak barang yang hilang. Cuma barang-barang kecik yang senang untuk si pencuri tu ambil sahaja. Lepas rumah akak (jiran depan) tu kena, barulah pencuri tu aim rumah aku.

Ni nak pesan sikit, kalau rasa-rasa nak menetap di rumah-rumah gini, berbaik-baik sikit dengan jiran. Barulah jiran kenal siapa yang tinggal di situ, siapa yang tak tinggal kat situ. Kira-kira kalau jadi apa-apa bolehlah dia tolong dulu ke.

Dengar-dengar jugak, rasanya makin banyak kes kecurian berlaku kat area flat Seksyen 7 ni. Lebih-lebih lagi kalau di tingkat 4 dan tingkat 5. Minta sesiapa yang tinggal di sini lebih berjaga-jaga.

Nampak gaya cam kena cari rumah lain je. Makin tak selamat pulak aku rasa flat ni sekarang.

p/s : Muncul satu lagi sebab kenapa aku terasa best tinggal dengan family sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...